Friday, April 26, 2013

i know that loneliness :'(


saya tau rasa sepi itu...

bila tidak mampu untuk meluahkan
bila rindu datang membuak-buak
bila sedih yang tak mampu dihalang

dan 
 
bila tersedar hanya seorang diri.........

yes, i'm alone.. i'm all alone :'(

we're close.. really close.. but we're far apart :'(
but still.. i love our friendship. and yes. love it so much!

p/s :: i just can't help myself from being lonely :'(

Friday, April 12, 2013

Random updates

assalamualaikum wbt..

and very good night.. =)


it has been a long time since my last update.. Phewwww~  bukan mudah untuk beristiqamah dalam mengupdate blog ni rupenye =.='

Ohh yaaaa! by the way, my practicum for fasa 3 is almost done! and it such a HUGE reliefffffff! rasa macam terlepas segala mak nenek datuk beban. Ceitt~ macam penat sangat je praktikum. Padahal rileks je kot! and yes! tersangat la rilek berbanding dengan sebelum-sebelum ini. Dah la budak Pendidikan Khas pon baru 8 orang. Tu pon bahagi 2 kelas which is 3-5 each class. Normal lagi la. 8 orang. Tapi nakal ya ampunnnnn macam 40 orang. Tapi nama pon budak kan =.='

Time flies so fast. Bila dah habis praktikum ni dah mula la life as a student balik. Pergi kelas, balik kelas. Tido dalam kuliah. errrkk! Dan yang paling tak disukai mahupun digemari oleh penduduk sekalian alam is after 2 weeks mula kelas as usual, terus masuk study week. Study week boleh la tahan lagi. Tapi bila masuk exam week mula la stress tak ingat. Mula la rasa ishhh~ apesal aku tak study awal-awal dulu, kenapa lecturer tak kasi notes ni awal sikit, kenapa susah sangat tajuk ni, banyak pulak nak kena study' and it would be such a HECTIC ZONE! Masa ni mula la emosi tak berapa nak stabil. Mula nak melenting tak tentu pasal. Pantang la kalo ade orang kacau tido. *ohhh, kenapa tido jugak dijadikan contoh?* Even kalo orang tu mengahafal kuat-kuat pon rasa macam nak bagi tendangan jurus maut je berdas-das! Psycho Freakkkk!

After berhadapan dengan stress zone, barula hormon mula berada pada paras normal. Kitorang bebudak maktab berholiday for 3 weeks before continue new sem. As for me, it's final sem =) Masa ni bolehla bermanja berpeluk cium sampai rimas dengan femly terchenta :p

Tapi tapi tapi, ada stress nye jugak. But maybe for me je la kot. Tau-tau je la kan. Time school holiday, banyak la kenduri kawen and what so ever. And time kenduri ni la yang tak syok. Bab makan, minum, jumpe sedara, kawan tu syok la. BUT yang tak syok comes when your relatives or so-called golongan-makcik-mulut-laser ask you such a sensitive issues i think...yeahh.. you know what i mean. And it was like :

- Haiii.. Orang lain yang sebaya dah kawen dah.. Awak tu bila lagi?
- Aku dah dapat cucu dah. Kau tu bila pulak? *especially to my mum la
- Bila la nak dapat rasa nasik minyak Kak Long ni..
- Bila nak kawen? Ma pon nak pegang cucu jugak tu.
- Umur awak tu dah makin meningkat. Kawen la cepat..
- Sudah-sudah la belajar tu.. Lama sangat dah. Cari la laki pulak..
- And sooooo sooooo soooooo sooooo soooooooooo on.................................

Sebenarnya rimas dengan soalan-soalan macam ni. SANGAT. RIMAS. Makcik-makcik sekalian, tolongla jangan tanya soalan yang macam tu. Tak larat nak menjawab. And it's kinda sensitive :'( InsyaAllah, sampai jodoh saya kawen la. Nak sangat nasik minyak pegi la beli. Kat kedai banyak. Tak payah tunggu orang kawen pon takpe. And kalo saya kawen pon tak buat nasik minyak kot. Dah ramai buat nasik minyak. Muak. Beriyani will do :p Dan mak saya tak cakap pon lagi nak pegang cucu. Mak saya baru 40-an kot. Rileks laa.. Muda lagi nak pegang cucu. Saya pon baru 23 tahun. Tu pon tak sampai lagi 23. Enjoy tak puas lagi.

give me, huh?


TAPI yang kedua last tu memang speechless saya dibuatnya. Masa makcik tu cakap macam tu, saya macam... errr! boleh pulak macam tu. Means macam ni la. Saya berhenti belajar and go to cari laki. Macam tu? Hahahaha :D Pegi ujibakat Raja Lawak la makcik oiiii. I Vote for u :p Makcik, saya ni belajar 5 tahun setengah. Lama tak lama, tu la tempohnya. And makcik ingat nak cari laki macam cari ikan kat pasar? Bila dah beli, kalau busuk, buang je. Ingat laki ni boleh buang-buang camtu? Lagi kan ikan tu pon kita nak cari yang elok-elok, segar-segar. Ni kan pulak husband. Teman sehidup semati.  Nak cari husband bukan untuk sehari dua makcik. Ni untuk seumur hidup. Tak nak la banyak-banyak kali. Yang berkualiti itu harusla perlu. Tak gitu? ;)

and i'm not the one ;)


Kekadang nak jawab soalan-soalan macam ni lagi susah sebenarnya dari nak jawab soalan exam. At least exam dapat la baca-baca sikit lepastu jawab. At least tau la basic tu walopon tak khatam sepenuhnya. Yang soalan maut macam ni terus on the spot. Dahla bertubi-tubi macam machine gun! Tepu otak dibuatnya. Dah la makcik-makcik ni ramai kroni. Sorang tanya, yang lain duk add-on. Sampai bila pon tak habis melainkan angkat punggung dan blah dari situ. Kadang-kadang kalo malas nak jawab, bagi je la senyuman paling menawan tak pon buat pekak je. Tapi sakit dalam hati sape tau. Duk menyumpah-nyumpah pon sape tau. Hahaha :D



Haishhhhhh~ duk merapu ape taktau! Oke peep! till then and have a nice day =)

p/s :: dapat tau taon depan lambat makin lambat posting. kalo setaon tak posting lagi, alamatnye sambung study la kite :D so, kena prepare la ni. nak kena cari laki yang mampu support kiteee sambung master! hikhikhik :p *joking*


Sunday, January 20, 2013

macam mana nak sembuhkan kaki terseliuh? help me..

assalamualaikum wbt dan selamat petang =)

rajin pulak update blog sehari dua ni. macam dah takde keje sangat je padahal keje menimbun mintak disiapkan. sighh =.='

sy sangat risau nak berpraktikum sebenarnya. sampai semalam pon tido dah tak berapa lena. ini serious oke!
sangat risau sampai tido asyik terjaga-jaga je. tambah pulak dengan kaki berdenyut-denyut. cabaran betol.

harap-harap kaki yang terseliuh ni cepat sembuh la. sekarang ni dah bengkak-bengkak dah kat buku lali. tukang urut sorang pon tak tahu kat sini. kalo pegi klinik pon habis-habis doktor tu balut pakai bandage je.
haihhh~ risau jugak kalau tak sempat sembuh before praktikum.
camne nak jalan, lompat, lari-lari memandangkan sem ni terpaksa mengajar PJ. kalo tak ajar PJ lagi takpe la. bertongkat pon bolehhh. tak kisah sangat. kalo ajar PJ tu takkan nak lari pakai tongkat. yedokkk?

yang kena tu semalam. tapi semalam, tak rasa ape pon lagi. rase la jugak sakit cucuk-cucuk tu sikit. pagi tadi bila bangun tido lagi sakit. rasa macam nak menangis pon ade. bagitau abah terus abah call. lagi la sebak menjadi-jadi. haihh~ tak hero langsung. sy menangis terharu sebenarnye. hikkkss!

lepas ni memang jalan akan tengok bawah je. serik hoiii! sakit tu dah jatuh nombor 2 memandangkan semalam tak sakit sangat lagi. nombor 1 malu bebbb! nasib baik kene malam. takde la ramai orang sangat.
takla malu sangat. kalo tak memang sarung kotak la kat atas kepala. boleh pulak tak nampak lekuk lubang atas jalan tu. tapi nama pon malam kan. JKR pon satu, dah tau ade lekuk, timbus la balik. takde la sy jadi mangsa. *hahahaha..taknak salahkan diri sendiri..nak salahkan orang lain jugak*

so, kesimpulannya, lain kali bila jalan sy kena tengok bawah jugak. ni duk kalut tu yang jadi macam tu. hahaha. oke peeps, enjoy reading. have a nice day! =)

p/s :: any idea macam mana nak sembuhkan kaki terseliuh? help me pleaseee.. nak sembuh dalam masa less than a week. nak masuk mengajar ni.


Saturday, January 19, 2013

barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu

assalamualaikum wbt dan selamat petang.. :)


sedar tak sedar dah hampir ke penghujung bulan Januari dah bagi tahun 2013 ni. dan entry pulak tak gerak-gerak.. hahahaha PEMALAS!
but then, still terfikir-fikir sampai tak lena tido *tipu*
cemane la agaknye nak menghabiskan praktikum 3 bulan + intern 1 bulan di sekolah tamil. ahhhh! risau dibuli oleh student-student tamil.
"barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
memang semua yang kita nak kita takkan dapat. for example, macam sy sendiri. tak pernah mimpi pon nak dapat sekolah tamil tu. tak pernah. bila keluar je tempat praktikum, partner bagitau dapat sekolah tamil, dalam hati ni macam-macam perasaan

oh damn! kenape dapat sekolah tamil?
tak boleh ke mintak tukar sekolah?
kenape mesti aku yang kena praktikum kat sane?
susahla macam ni..diorang tu bukan faham Melayu..aku dahla nak di observe

yes! a HUGE question mark! why me? why me? then, sy bagitau parents yang sy dapat praktikum kat sekolah tamil. they said, 'pergi aje la. kita tak tau kemampuan kita until kita betol-betol berhadapan dengan masalah' and bila difikir-fikir balik. yes, it is! we not even know our ability until we're facing the problem. so, why not i try? mungkin ada kebaikannya jugak sy berpraktikum di situ. Allah maha mengetahui. dan Dia telah menetapkan yang sy akan berada di situ for 4 months dan akan mendidik murid-murid di situ. why not kan sy ajar je student tu tanpa diskriminasi?

dan jugak bila kita terlalu berkeinginan atas sesuatu then kita tak dapat. please don't give up. mungkin Allah menunjukkan jalan yang lain buat kita. Allah adalah sebaik-baik perancang. let say, you really-really love him. then, plan nak kawen. at the end, he's leaving you. dan you pon macam nak gila teringat kat dia. lepas tu, ada kawan yang sedarkan you. you pon mula mendekati agama. mengadu kat Allah. *tipikal manusia. bila dalam susah, baru ingat Allah* mula dekat dengan masjid sampai sangkut kat Ustaz alim lagi hensem. nampak tak ada hikmah di sebalik apa yang jadi?

couple -->break--> separuh gila --> kawan sedarkan --> dekati agama --> sangkut kat ustaz alim+hensem *so sweet

nampak tak? nampak tak? so, kalau break tu jangan cepat putus asa ye. just follow the flow =)

sekarang ni sy sendiri pon kena ubah mindset. mungkin kena bukakan sedikit ruang hati ni untuk terima je walau diposting ke pedalaman especially Sabah dan Sarawak. kalau ikot nak tu memang taknak la. kalau diberi pilihan memang sy nak dipostingkan ke tempat yang ada macam-macam kemudahan plus senang nak balik kg la. mungkin KL, Selangor, Melaka jadi pilihan sy kot memandangkan Terengganu dah mengalami limpahan guru. but, tak semua yang diingini kita akan dapat. dan kebanyakannya yang tak diingini tu la yang selalu kita dapat =) mintak-mintak tak kena la posting sampai ke Sabah Sarawak

so, sy pon kena buang pendirian sy yang taknak kawen dengan orang utara. kalau asyik sebut taknak,taknak je, nanti mesti dapat. ni last time sy sebut taknak kawen orang utara walaupun dalam hati sy memang menjerit-jerit TAKNAK. tettttttttttttt! ouhh~ tidak sekali-kali.

oke, that's all for now. i'm going to prepare the RPH's book for practicum. hope it'll be going smoothly. HAVE A NICE DAY!


p/s :: kamu-kamu pon doakan la sy tidak diposting ke Sabah Sarawak. tak sedia lagi nak berhadapan dengan buaya... sobssss T_T



Friday, January 4, 2013

rindu rumah :'(

assalamualaikum and very good evening peeps!

salam Jumaat yang berkat :)

Alhamdulillah akhirnya berada dalam tahun 2013. Dan insyaAllah, tahun ni sy bakal menamatkan pengajian yang dah tak sampai setahun dah. Mudah-mudahan diberikan kemudahan olehNya :)

Walaupun dah hampir 5 tahun duduk kat Kedah ni, perasaan homesick tu masih ade. Bila nak hilang pun taktau la. Mungkin kene angkut femly duk sini sekali baru tak homesick kot. Mungkin suatu hari nanti bile dah diposting sy akan buat macam tu. kihkihkih :)

Mood sekarang masih rindu rumah. Mungkin dengan keadaan yang sunyi kat sini buat sy asyik teringat-ingat rumah. Tapi seriously. Sangat rindu. Makin nak habis belajar makin menjadi-jadi homesick. Tak tertahan nak tanggung sorang-sorang. Tambah-tambah pulak ni tengah hujung minggu. Sume pon keluar la. Tambah la sunyi lagi. Mane la tak menangis rindu kat femly. Sobssss :'(

Masa cuti memang fulltime sy duduk ngan family. Bukak mata je, ade abah ade ma. Bukak mata je, terus nampak adik-adik. Bukak mata je, terus dengar ma berleter. Bukak mata je, terus dengar suara adik-adik duk bergaduh nak itu ini. Sekarang ni, bukak mata je tengok-tengok ada kat umah sewa. Bukak mata je, rase sunyi sepi. Mane tak meleleh air mata. Sy ni taklah sekuat yang orang-orang lain. Sy ni memang anak manja. Tapi tak bermaksud sy tak pandai berdikari. Buktinya, sy boleh survive sorang-sorang kat sini tanpa ada sedara mara. Cuma dengan bantuan kawan-kawan, dan doa dari ma abah sy, sy dapat survive kat sini.

Kalo ikotkan hati yang tak berapa nak rasional ni, nak je beli tiket balik terengganu sekarang ni jugak. Tak tahan rasenye nak tanggung rindu. Nak tanggung sedih. Tapi tak berbaloi la kan. Mintak-mintak nanti cuti CNY nanti sekolah tamil dekat sy praktikum tu bagi cuti sampai seminggu. Memang no doubt sy akan balik! Confirm!

Ni la padahnye kalau cuti lama-lama sangat. Setiap benda yang nak dibuat akan reminds me to my lovely femly. Kalo duk makan kek, ingat kat adik yang suka makan kek. Kalo duk makan nasik, ingat kat ma yang suke masak macam-macam lauk. Sebab most of time masa cuti tu sy spend dengan mereka-mereka. How come sy tak teringat kan? 

Datang sini pon dah tak berapa selera nak makan. Tekak macam dah tak boleh terima je masakan orang lain. Eh, mengadelah kau! Selama ni oke pulak kau makan. Tapi seriously, memang macam takde selera je dengan lauk kedai. Baik masak kat umah je lagi sedap walaupun telur goreng. Takpe la, at least boleh kurus sikit nak pakai jubah konvo nanti kan. KAHKAHKAH. Gelak la hoii! 

Oke la, ape-ape pon, perjalanan mesti diteruskan. Sesedih mana pon sy, selemah mana pon sy, sy mesti jadi kuat. Kalo tak, sia-sia je la pengorbanan sy selama 4 taon lebih ni. Macam abah sy cakap, 4 taon setengah boleh tahan, ni tinggal setahun je lagi. tahan la sikit. Oke, i'll try! bukan i'll try but i'll do it! insyaAllah :) kamu-kamu doakan sy oke :)

Cukupla dulu setakat ni. Dah macam penat dah menaip. Lama tak menaip tangan pon dah kejung. Oke, till then. Have a nice day! and Happy 2013!




p/s :: azam taon baru nak tukar ganti nama diri. kalo dulu guna 'aku' now guna 'sy'. Lebih sopan kan? *dushhh! penampar sedas* oke la tu, selari dengan pertambahan usia sikit. sikit je okehhh! :p