Wednesday, November 23, 2011

cuti-cuti sekolah bukan cuti-cuti Malaysia

 

assalamualaikum wbt dan selamat pagi.. pagi dah kot ni…

 

*nak jugak buat entry ni walaupun final exam dah lama habis and nak masuk seminggu aku duk menyemak kat rumah*

 

alhamdulillah.. akhirnya lepas sudah exam final yang aku duk tunggu-tunggu selama ni.. tunggu ke ? takla tunggu sangat..tunggu dalam keterpaksaan je.. itu pon sebab syarat nak habiskan sem..kalo tak, takdenye aku nak exam-exam bagai ni..menyemak kepala otak je duk study banyak-banyak pastu soalan yang keluar ciput tuet je..bukan soalan sikit maksud aku..tapi yang aku bacanya keluar sikit je walaupun habis satu buku aku baca..*ayat nak tunjuk hebat* astaghfirullahalazim.. riak..

sekarang ni, memang masanya aku duk kat rumah aje la.. takde ape nak buat..dengar mak aku membebel potpet potpet je la..aku pun ape kurangnye..membebel jugak..maklumla, genetik orang tua-tua cakap..ke mana tumpahnya kuah kari kalau tak ke perut aku jugak *rekaan sendiri* tapi ape yang aku bebelkan takla sehebat mak aku..ayat dia lagi power + pedas + berbisa + makan dalam dan seangkatan dengannya la..bingit telinga aku dibuatnya tahan pitching yang memang dah sedia tinggi untuk kaum wanita macam mak aku tu.. mau pecah gegendang, bernanah telinga aku ni dengar.. *oke, hiperbola* tapi nanti bila aku dah balik Kedah, ni la yang aku paling rindu..tu aku tak kisah kena bebel.. asal mak aku bahagia, aku pon bahagia la.. sob sob sob *lap hingus*

sebenarnya, sepanjang aku duduk kat rumah ni, belum pernah lagi la aku tidur awal..maksud aku belum pernah aku tidur pukul 2.00 pagi ke bawah..tak tau la ape penyakit yang duk melanda ni.. biasanya aku memang akan tidur pukul 3.00, 4.00 pagi sebab mata aku ni memang susah nak lelap awal-awal.. mase duk study week hari tu, tau pulak mata ni asyik nak tidur aje..naik boring aku tidur..bila sampai kat rumah ni, kemain lagi susahnye nak lelap awal-awal..dan hasilnya, ni laa.. duk buat keje tak mendatangkan ape faedah ni..layan blog lagi sampai kul 4,5 pagi.. lagi satu hasilnya,, mesti dapat hadiah special berupa bebelan ma dengan abah sebab susah nak bangun pagi..susah nak bangun semayang subuh..nak buat macam mana, dah duk tidur lewat je..haruslah tak dengar bunyi alarm aku walaupun dah pasang level paling kuat.. dah dasar orang pekak memang macam tu la..tapi bukan salah aku jugak nak tidur lambat, dah memang mata ni tak mengantuk..dipaksa tidur pun tak jadi jugak..jap gi kang sekali tertutup tak bukak-bukak aku jugak yang susah kenape la mata aku ni tak buleh nak bukak..itula, paksa tutup lagi sampai dah tak boleh nak bukak *bab mengarut serahla kat aku* tapi aku rasa aku tak boleh nak tidur awal-awal ni sebab duk biasa tidur lambat kot 2,3 minggu sebelum exam tu..yelakan, dah duk layan video SuJu mane tak tidur lambatnya..tak tahannya, aku boleh lagi layan video time-time orang duk kalut study..ape punye manusia pun aku tak tau la..takde matlamat hidup betulla~

 

cukup la ni aku duk merapu ape tah ni..aku pon tak tau ape motif aku buat entry ni..sekadar memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah barangkali..oke la, nak fikir nak buat ape pulak lepas ni sebab kelopak mata aku ni susah gila nak tertutup walaupun tak ambik sebarang minuman berkafein..aku minum nescafe 3 in 1 tu bancuh 2 paket sekaligus pun tak macam ni tahu ! kalau la masa study week hari tu aku dapat stay up baca buku macam ni kan bagus..ni tak, asal pegang buku je mata kuyu..tengok video SuJu segar balek mata tu..kalau result aku down, memang aku salahkan kau la mata ! watch out ! oke,till then.. good night and have a nice day ~

 

 

 

 

 

p/s :: gerun la pulak bila cakap pasal result ni.. harap-harap pointer aku sem ni naik and takde paper yang kena repeat.. reader-reader mahupun silent reader sekalian, doakan kejayaan saye ye ! luv u !

Friday, November 11, 2011

exam fever ke KOREAN fever ???

 

assalamualaikum wbt dan salam hari Jumaat..

howdy ya peeps ??

today 11/11/11.. cantik kan tarikh hari ni ? baik pulak jatuh hari Jumaat yang mana penghulu segala hari. So, sama-sama la kita memperbanyakkan amalan kita memandangkan sekarang ni masih lagi bulan Zulhijjah. *mood ustazah*

oke, sekarang ni taknak la cerita pasal hari ni sebabnya aku pun jahil lagi bab-bab agama ni. banyak lagi yang nak kena belajar. sekarang ni pun kena belajar sebab tengah dalam musim exam. jadual exam padat gila woh ! semput bila teringatkan exam ni ! satu paper sudah lepas tapi tinggal 4 lagi paper berderet.. fuhh ~ semput.. tapi paper yang satu tu pon hancur berkecai beb ! redha aje la ~

tapi, yang lagi berat dugaannya, kenapa la mesti time-time exam macam ni aku TERMINAT dengan video clip- video clip SUJU pulak.. hadoiii ~ tak larat nak menahan kecairan hati tengok kehenseman dan kejambuan budak-budak SUJU ni.. lagi-lagi pandai menari pulak tu.. perggghh ~ memang menguji keimanan betol la ! asal nak bukak buku je, TERbukak video clip SUJU.. asal nak hafal note je TERdownload video clip baru pulak.. asal nak pegang pen je, TERpegang laptop pulak.. kalo macam ni la hari-hari macam mane aku nak study ? memang betol-betol TERdemam SUJU pulak time nak exam paper-paper bermasalah ni !

 

nak sambung tengok video clip SUJU lagi la.. eh tak, nak sambung study.. note-note pendidikan khas ni satu pon tak TERtengok lagi ! video clip SUJU je yang asyik duk TERtengok.. tu tak termasuk lagi group-group lain.. 2PM, MBLAQ, BEAST, BIGBANG sumenye tunggu masa aku tengok je tu.. nasib kau la wahai note-note sekalian.. sikit pon aku tak ingin nak pandang ~

 

Wallpaper-Super-Junior

 

 

p/s :: doa-doakan la aku ni supaya cepat-cepat sembuh dari KOREAN FEVER ni.. dan doa-doakan jugak aku ni cepat-cepat kena EXAM FEVER...