Monday, September 9, 2013

mind your manner, friend!


assalamualaikum wbt

dan selamat petang


Taip sikit, backspaced. Taip sikit, backspaced. Taktau nak tulis ape. Kosong. Zero. Empty. Ni la bahana ada blog tapi simpan buat jeruk. Kalau blog ni hidup, dah tak mengaku sy ni owner dia. Selalu diabaikan bila happy. Dicari bila sunyi. Sadis.

Sentap. Dah lama tak rasa sentap. Tapi hari ni tiba-tiba mensentap. Kenapa? Sy nak nikmati hari-hari terakhir sy kat bumi hijau kuning dengan perasaan happy. Happy dengan kawan-kawan yang sy tau dah susah nak jumpa nanti. Kecuali reunion. Kalau ade.

Jujur, memang sy sensitif. Dengan kerja bertimbun. AR mintak disiapkan. VIVA yang dah tak lama. Nasib baik tarikh postpone seminggu. Kalau tak, sawan mungkin. Sedikit sebanyak, jejaskan mood sy jugak. Tapi, kalau sy boleh kawal, kenapa tidak awak? Awak ada masalah peribadi awk, sy pon ade. Kita sama-sama ada masalah. Why not we cheering each other?

Too many problem in my mind. Banyak sangat. Yang memang tak mampu nak diluah. Simpan sorang-sorang jugak. Tapi oke je. Cool je. Boleh lagi jawab elok-elok orang tanye. Boleh je lagi senyum-senyum sengih-sengih. Boleh je tak buat muke moody. Boleh je buat muke macam tak mintak penampar. grrrrr..

So, sume orang ade problem masing-masing. Kalau awak problem dengan bf awk, sy pon ade (tapi bukan dengan bf la). Jangan ingat orang single takde masalah. So, masing-masing ade problem. Boleh tak kalo awak luah perasaan marah awak tu dekat orang yang sepatutnye? Boleh tak kalo awak jangan luah marah tu kat sy? Boleh tak awak jawab elok-elok kalo sy tanye? Boleh tak jangan buat muke kat sy? Boleh tak awak jangan buat tak tahu kalo sy cakap ngan awak? Boleh tak? Boleh tak? Boleh takkkkk?????? Sy ni manusia kuat sentap tahuuuuu!

Please mind your manner, friend. Kadang-kadang, kita rasa dia oke je kalo kite buat macam tu.Kita yang rasa oke, dia tak. Sensitif kat perasaan orang lain sama la. How you expect others will respect you if you not respect others? Hormat orang lain jugak la, baru orang akan hormat awak.That's the point. Kadang-kadang, buat tak fikir, cakap main lepas je. Macam patung awak buat orang. Hey! Saya ni manusia. Ada nyawa. Ada hati. Ada perasaan. Bukan macam teddy bear yang awak pelok tiap-tiap malam tu! Grrrrrrrrr


p/s :: Saat entry ni ditulis, sentap tak abis lagi ni. Macam-macam ragam manusia ni. Ni tak sabo nak balik kampung ni :'(




Thursday, June 27, 2013

Kecewa but still, Alhamdulillah..

assalamualaikum wbt...


What a gloomy day today. Gloomy untuk saya. Sangat! Today i got my semester 7's final exam's result. And felt so so and sooooo bad :'( Yeah, still not fail. But pass with not too flying colors. Ohhh! sedihnya perasaan ni ya Allah. Musnah harapan untuk dapat second class upper degree. Musnah! musnah! downnnnn :'(

Rasa macam terok gila result kali ni. tak padan dengan study masa exam week. terok! memang terok! tambah-tambah lagi bila tak mampu nak buat ape dah nak bawak naik lagi CGPA sampai ke 3.6. Alahaiiii.. kenapa la IPG ni pelik sangat. sampai kena dapat 3.6 baru dapat second class upper degree. frusttt! sebab rasa dah tak mampu nak bawak pointer CGPA naik ke 3.6 walaupun sikit je lagi. sebab sikit la jadi frust. kalo banyak tak jadi pulak. tau tak betapa teroknye perasaan 'sikit lagi' tu?



Tapi, masih lagi bersyukur dengan result tersebut. Kerana Allah masih lagi berikan saya peluang untuk rasakan nikmat lulus exam tu. ye. memang frust. kecewa, frust, sedih dan macam-macam rasa ade dalam hati saya ni. tapi redha kan la hati. ape pon saya buat, dah tak mampu nak ubah result tu. so, be rasional. cehhh~ tiba-tiba berubah jadi pakar motivasi. insyaAllah, kaunselor-to-be.

Saya bersyukur sebab ada parents yang memahami. Yang tahu kemampuan saya dan tak harapkan lebih dari yang saya mampu. Mereka tahu sejauhmana yang saya mampu buat dan tak paksa saya untuk dapatkan dari luar kemampuan saya. Contohnya, tadi bila saya cakap result saya, mereka just cakap Alhamdulillah. Syukur la dah dapat macam tu. Expectation saya, mereka akan marah saya sebab result jatuh terok sem lepas. Sebab sem sebelum tu result saya lagi baik. Tapi mereka pulak yang pujuk saya sebab saya down sampai tak lalu makan sebab result kali ni. Alhamdulillah untuk itu, ya Allah.



So, apa pun, saya tetap bersyukur dengan result kali ni. Sebab walaupun pointer jatuh teruk, tapi CGPA tetap maintain. Alhamdulillah. Namun, saya ni manusia biasa. Tetap rasa kecewa tu ada. Bukan tak bersyukur, tapi... entahla. Tak tau nak explain rasa ni. Tapi, life must go on. Kalau saya asyik fikirkan pasal result ni, tak kemana la saya. So, forget the past. Survive for last sem kat sini. InsyaAllah :)


Happy reading and have a nice day! ^_^


p/s :: tadi kat IPG ada sambutan hari guru. tiba-tiba rasa sebak je sambut tadi. sambutan terakhir kat IPG sebelum keluar ke dunia perguruan sebenar. Sedih nak tinggal IPG yang penuh dengan kenangan T_T




Friday, May 17, 2013

kenapa nak jadi cikgu?

assalamualaikum wbt...

salam Jumaat :)

to all teachers, teacher-to-be, happy teacher's day *walaupun delay sikit* and to mom and dad, you are such a great teacher taught me about life!


Kalau dulu-dulu masa sekolah rendah, orang selalu tanya dah besar nanti nak jadi ape? and saya dengan confidentnye cakap nak jadi doktor. sebab ape doktor? sebab doktor ni bergaya, nampak educated, dan jugak macam ade stail gitu kan. *tapi sebenarnye kecik-kecik dulu pon dah nampak duit!* yelaa.. keje doktor kan macam gaji besar :p

Lepas tu naik sekolah menengah. Masa form 1,2,3.. orang tanya saya bile dah besar nak jadi ape pulak. Dan saya jawab lagi nak jadi doktor. Memang minat saya nak jadi doktor sejak dari kecik lagi. Sangat minat. Dan saya nak jadi doktor pakar kanak-kanak. Sebab masa saya Form 2, saya dapat adik bongsu. Kiranya macam baby laa.. Sebab saya terlalu sukakan baby-baby ni, saya decide nak jadi doktor paeds :) Lepas tu, abah cakap nak jadi doktor kene la pandai Sains. Cabaran jugak tu sebab subjek Sains saya tak selalu kantoiiiii je! nak lulus pon payah wa cakap sama luuu! sebab saya ni minat nak jadi doktor sangat-sangat, saya pon study la sebab nak dapat A subjek Sains dalam PMR. dan Alhamdulillah, berjaya jugak dapat A akhirnya :)

Bila dah naik Form 4, minat saya dengan kerjaya doktor ni bertambah-tambah after saya belajar subjek Biology. Memang nekad nak proceed bidang tu la. Tak kira la lama mane pon saya kene study. Kira berbaloi jugak la sebab saya dapat offer sambung bidang medic ni. Tapi parents tak kasi la pulak kan. Maka jadilah saya seorang bakal guru :)

Sekarang ni orang tanya saya, kenapa pilih cikgu? Susah nak terangkan sebenarnya. Saya pon taktau sejak bila saya jatuh cinta dengan bidang ni. Mungkin sebab bidang ni tak jauh beza ngan doktor kot. Keje dengan orang ramai, kene bercakap, bersosial dan whatsoever la. Dannnnn, yang paling penting, saya jatuh cinta dengan bidang ni sejak saya bertemu dengan murid-murid pendidikan khas. InsyaAllah mereka bakal jadi sumber rezeki saya :)

1. Saya jadi cikgu sebab saya sukakan budak-budak. Kan saya cakap sebelum ni, saya memang suka budak-budak dan atas sebab tu saya nak jadi doktor pediatrik :)

2. Saya jadi cikgu sebab saya taknak sia-siakan ilmu saya. Kalau saya ajar orang, at least saya ilmu saya tetap berkembang walaupun saya dah takde nanti. Takdela ilmu saya untuk saya je kannnn..

3. Saya jadi cikgu sebab saham akhirat. Anak-anak murid saya yang saya ajar akan terus-menerus guna ilmu yang saya ajar. Dan kalau anak murid saya ajarkan kat orang lain, saya tetap dapat pahala. Trust me, ilmu adalah saham yang takkan rugi :D

4. Saya jadi cikgu sebab saya nak mereka-mereka jadi lebih pandai. Satu kepuasan bagi seorang guru tengok anak-anak murid diorang pandai buat ape yang diorang ajar walaupon ajar basuh tangan je :')

5. Saya jadi cikgu sebab saya sayangkan kanak-kanak OKU. Sebab tu jugaklah saya cuba pilih bidang ni walaupun saya takde pengalaman langsung tentang OKU ni. Dan orang cakap, kanak-kanak OKU ni istimewa. Mereka bakal penghuni syurga. Kalau kite baik dengan diorang, insyaAllah diorang akan doakan yang baik-baik untuk kite. Sape taknak doa dari bakal penghuni syurga kan? :)

Kalau ikotkan nak list memang banyak lagi. Tapi cukupla setakat ni. Sejak saya duduk dalam bidang ni, saya  jadi lebih sabar. Kalau dulu, macam tak yakin je nak jadi cikgu sebab kurang sabar. Pantang ade salah sikit, nak merajuk la, nak marah la, cepat je naik angin.. Tapi sekarang, nak jadi cikgu mane boleh garang-garang, marah-marah. 



Jujur saya cakap, walaupun saya ada masa lebih kurang setengah tahun je lagi nak habiskan pengajian ni, keinginan saya masih lagi nak jadi doktor. Heyy! bukan senang nak buang ape yang kita minat, tau! Walaupun saya dah pon nak jadi cikgu, saya masih lagi tanam niat nak jadi doktor *erkkk! buleh ke gitu?* Bukan maksudnya saya tak minat nak jadi cikgu, tapi keinginan saya lebih kepada nak jadi doktor.  

Ingatkan lepas habis ni nak proceed masters dalam bidang psikologi dan nak berinteraksi dengan orang sakit jiwa pulak. Tengok orang sakit jiwa tu macam nak tau ape ade dalam kepala mereka. Ape yang diorang fikir sebenarnya. Sebab saya ade pengalaman macam tu sebelum ni (bukan saya pernah sakit jiwa tahuuu!). Dia adalah someone that close to me. Saya pon minat jugak bab-bab psikologi ni :) Macam thrill. HAHAHA :p


Till then.
Happy reading and have a nice day!
Again, Happy Teacher's Day to all teachers :)

p/s :: Angan-angan nak sambung sampai masters. Degree pon tak habis lagi dah malas nak study. Duk menghapdet blog je time exam week! so, how???



Sunday, May 5, 2013

orang mengundi, kite study! ;)

assalamualaikum wbt dan selamat hari mengundi :)

your vote is so meaningful to our country, tahu!
so, choose our leader wisely :) #ini kalilah! ehhhh! :p

hari ni banyak sungguh update pasal jari, dakwat, and what so ever yang pasal mengundi-mengundi ini la. tapi yang paling banyaknye pasal jari-jari yang dah disapu dakwat la. yang buat gambar sebelum dan selepas dicuci pon ade. meriah! rasa macam lebih daripada raya pulak tu. setengah orang tak suka. annoying la ape la. alaaa, biarla kat diorang. bukan senang nak tunggu election. 5 taon sekali kottt!



tapi, mengundi tu mengundi punya pasal la. dah habis dah pon. saya je tak mengundi sebab tak cukup umur (kononnye la) dah tua taknak ngaku pulak kan :p so, kita tunggu aje la keputusannya macam mana. tak kisah la yang mana menang, yang mana kalah. all we want is bright future to our generation and our country. dan yang penting tak bermusuhan sebab berbeza fahaman politik. ehh! apela gaduh-gaduh ni? tak matured langsung! tak gitu?

yang mengundi tu satu hal la. yang duk update blog time-time study week dah kenapa? hahaha.. no answer for that question :p sebenarnye dari pagi tadi lagi duk study. (lahhh sangatt!) study 5 minit, lipat baju 20 minit. pastu sambung study pulak 5 minit, online 30 minit. pastu sambung pulak lagi study 5 minit, tengok tv sejam. pastu study pulak 5 minit, online tak tahu bape jam. pastu sambung study 5 minit lagi, masak pulak setengah jam. pastu makan. pastu online facebook dan update blog sampai la sekarang. yang peliknya, 5 minit je boleh fokus? dah macam kanak-kanak autisme dah =_='

i'm always like this!


mungkin disebabkan saya ni ade dua payyyyyyperrr (sila baca ikot slang jozan oke :p) je kot yang menyebabkan saya tersangatlah malas untuk study. alaa, setakat dua payyyyyperrr tu apala sangat kannn? aceyhhh~ cakap gaya orang selalu dapat 4 rata (baca : 4 flat) padahal nak cecah 3.6 pon payah. dah tahu tak pandai taknak pulak study awal-awal. selalu tunggu last minute aje. dan saya tahu kamu-kamu jeles dengan dua payyyyyyperrrr saya kann? taknak mengaku takpe!

dan lagi, mungkin jugak disebabkan subjek-subjek saya ni tak menarik menyebabkan saya jadi malas nak study awal-awal. dua-dua payyyyyyperrr ini subjek killer tahu? walaupun nama aje dua paper, tapi saya rasa macam takde beza dengan lima payyyyperrr sem-sem yang lepas. tapi Alhamdulillah, jadual tak rapat sangat. bukan setakat tak rapat sangat, tapi memang jarak gilaaaaa!



13/5/2013 :: EDU 3107 - BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
22/5/2013 :: PKU 3113 - PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- PENDIDIKAN KHAS

syokkan jadual exam kite? kalau orang yang tengok tu syok, orang yang merasa ni laaaaaaaaagi la syok. syok gila bak hanggg! tu la saya masih di sini bersuka ria mengupdate blog yang langsung tak memberikan apa-apa manfaat dan faedah kepada saya. jarak jauh gila tuuu! sempat sangat nak study ni. tapi tak syok jugak jauh-jauh. kalau dekatkan sikit lagi syok. boleh jugak balik kampung awal lagi ni.

oke la, kamu-kamu-kamu yang baca blog ni, jangan lupa doakan saya berjaya menempuhi study week dan exam week yang akan datang dengan jayanya ye :) dannnn, yang nak exam jugak sama macam saya, all the best okeh! wish all of you good luck ;)

all da best yawww! 


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau bantulah hamba-hambaMu ini berjuang menuntut ilmu. Berikanlah kejayaan kepada kami. Hanya kepada Engkau la tempat kami berlindung dan memohon pertolongan. Sesungguhnya, Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami. Aaminnnn.
dah doa jangan malas study pulak ye ^^ jom study!
usaha + doa + tawakal :)

Till then, and have a nice day! ^_^


p/s :: macam mana ye tak nak bagi malas study awal-awal? any tips can help? ;)

Friday, May 3, 2013

kenapa nak kena fikir orang lain jugak!

assalamualaikum.... and good evening...


buntu sebenarnya nak tulis ape. kepala kosong je ni. ini pun dah masuk study week sebenarnye, tapi biasa la. orang malas mana study awal-awal ni. heh~ memandangkan hanya dua paper, so mood bersenang-lenang pon datang la menjelma. i guess, mesti ramai yang cakap ' whattttt?? DUA PAPER ONLY?', kenapa sikit sangat paper?', bukan sepatutnya tahun akhir banyak ke paper?' and my answer is yes, it is. ONLY TWO PAYYYPERRRS for this semester. heaven kannn? sila la jealous! ahaksss~

dannnnn... sebab dua paper tu la, saya berada di sini bersenang-lenang mengupdate blog semasa orang lain balik kampung untuk mengundi. sedih bak hanggg! sunyi tahuuuu! saya tak pernah rasa sunyi macam ni. lagi-lagi dengan cuaca mendung, hujan pulak tak segan langsung nak turun. nak sembang tapi tak tau nak sembang dengan apa. dinding mungkin boleh. huwaaaaaaaaa~ dah macam psycho dah rasanye...

dah dapat green light dari abah dah sebenarnya nak balik kampung time study week ni. lama kottt weii! 13 May ni 1st payyyperrr! tapiiiii, kenapa tah tiba-tiba rasa berat hati nak balik kampung. insyaAllah boleh je study kalau balik. takde masalah yang tu. mungkin sebab fikir kawan-kawan lain sama kot.

saya ni duk rumah sewa. enam orang sumenye. tiga dah selamat sampai kat kampung dah. tinggal la lagi tiga orang. kalau la saya balik, tinggal la dua orang je kat rumah ni. kesian la diorang berdua je. laaaaaaaagi la sunyi. so, better saya duk sini je kot walaupun hati ni kemain lagi bergegar nak balik! huwaaaaaaa :'(

kadang-kadang saya frust dengan diri saya sendiri. frust sangat! kenapa nak kena fikirkan orang lain sebelum wat keputusan? tak boleh ke saya fikir diri saya dulu? saya pun nak jadi macam orang lain jugak. boleh buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain. kalau saya boleh buat keputusan sendiri tak payah nak rasa bersalah fikirkan orang lain. boleh je blah terus balik kampung. arghhhhh! stressss!




p/s :: no p/s :(

Friday, April 26, 2013

i know that loneliness :'(


saya tau rasa sepi itu...

bila tidak mampu untuk meluahkan
bila rindu datang membuak-buak
bila sedih yang tak mampu dihalang

dan 
 
bila tersedar hanya seorang diri.........

yes, i'm alone.. i'm all alone :'(

we're close.. really close.. but we're far apart :'(
but still.. i love our friendship. and yes. love it so much!

p/s :: i just can't help myself from being lonely :'(

Friday, April 12, 2013

Random updates

assalamualaikum wbt..

and very good night.. =)


it has been a long time since my last update.. Phewwww~  bukan mudah untuk beristiqamah dalam mengupdate blog ni rupenye =.='

Ohh yaaaa! by the way, my practicum for fasa 3 is almost done! and it such a HUGE reliefffffff! rasa macam terlepas segala mak nenek datuk beban. Ceitt~ macam penat sangat je praktikum. Padahal rileks je kot! and yes! tersangat la rilek berbanding dengan sebelum-sebelum ini. Dah la budak Pendidikan Khas pon baru 8 orang. Tu pon bahagi 2 kelas which is 3-5 each class. Normal lagi la. 8 orang. Tapi nakal ya ampunnnnn macam 40 orang. Tapi nama pon budak kan =.='

Time flies so fast. Bila dah habis praktikum ni dah mula la life as a student balik. Pergi kelas, balik kelas. Tido dalam kuliah. errrkk! Dan yang paling tak disukai mahupun digemari oleh penduduk sekalian alam is after 2 weeks mula kelas as usual, terus masuk study week. Study week boleh la tahan lagi. Tapi bila masuk exam week mula la stress tak ingat. Mula la rasa ishhh~ apesal aku tak study awal-awal dulu, kenapa lecturer tak kasi notes ni awal sikit, kenapa susah sangat tajuk ni, banyak pulak nak kena study' and it would be such a HECTIC ZONE! Masa ni mula la emosi tak berapa nak stabil. Mula nak melenting tak tentu pasal. Pantang la kalo ade orang kacau tido. *ohhh, kenapa tido jugak dijadikan contoh?* Even kalo orang tu mengahafal kuat-kuat pon rasa macam nak bagi tendangan jurus maut je berdas-das! Psycho Freakkkk!

After berhadapan dengan stress zone, barula hormon mula berada pada paras normal. Kitorang bebudak maktab berholiday for 3 weeks before continue new sem. As for me, it's final sem =) Masa ni bolehla bermanja berpeluk cium sampai rimas dengan femly terchenta :p

Tapi tapi tapi, ada stress nye jugak. But maybe for me je la kot. Tau-tau je la kan. Time school holiday, banyak la kenduri kawen and what so ever. And time kenduri ni la yang tak syok. Bab makan, minum, jumpe sedara, kawan tu syok la. BUT yang tak syok comes when your relatives or so-called golongan-makcik-mulut-laser ask you such a sensitive issues i think...yeahh.. you know what i mean. And it was like :

- Haiii.. Orang lain yang sebaya dah kawen dah.. Awak tu bila lagi?
- Aku dah dapat cucu dah. Kau tu bila pulak? *especially to my mum la
- Bila la nak dapat rasa nasik minyak Kak Long ni..
- Bila nak kawen? Ma pon nak pegang cucu jugak tu.
- Umur awak tu dah makin meningkat. Kawen la cepat..
- Sudah-sudah la belajar tu.. Lama sangat dah. Cari la laki pulak..
- And sooooo sooooo soooooo sooooo soooooooooo on.................................

Sebenarnya rimas dengan soalan-soalan macam ni. SANGAT. RIMAS. Makcik-makcik sekalian, tolongla jangan tanya soalan yang macam tu. Tak larat nak menjawab. And it's kinda sensitive :'( InsyaAllah, sampai jodoh saya kawen la. Nak sangat nasik minyak pegi la beli. Kat kedai banyak. Tak payah tunggu orang kawen pon takpe. And kalo saya kawen pon tak buat nasik minyak kot. Dah ramai buat nasik minyak. Muak. Beriyani will do :p Dan mak saya tak cakap pon lagi nak pegang cucu. Mak saya baru 40-an kot. Rileks laa.. Muda lagi nak pegang cucu. Saya pon baru 23 tahun. Tu pon tak sampai lagi 23. Enjoy tak puas lagi.

give me, huh?


TAPI yang kedua last tu memang speechless saya dibuatnya. Masa makcik tu cakap macam tu, saya macam... errr! boleh pulak macam tu. Means macam ni la. Saya berhenti belajar and go to cari laki. Macam tu? Hahahaha :D Pegi ujibakat Raja Lawak la makcik oiiii. I Vote for u :p Makcik, saya ni belajar 5 tahun setengah. Lama tak lama, tu la tempohnya. And makcik ingat nak cari laki macam cari ikan kat pasar? Bila dah beli, kalau busuk, buang je. Ingat laki ni boleh buang-buang camtu? Lagi kan ikan tu pon kita nak cari yang elok-elok, segar-segar. Ni kan pulak husband. Teman sehidup semati.  Nak cari husband bukan untuk sehari dua makcik. Ni untuk seumur hidup. Tak nak la banyak-banyak kali. Yang berkualiti itu harusla perlu. Tak gitu? ;)

and i'm not the one ;)


Kekadang nak jawab soalan-soalan macam ni lagi susah sebenarnya dari nak jawab soalan exam. At least exam dapat la baca-baca sikit lepastu jawab. At least tau la basic tu walopon tak khatam sepenuhnya. Yang soalan maut macam ni terus on the spot. Dahla bertubi-tubi macam machine gun! Tepu otak dibuatnya. Dah la makcik-makcik ni ramai kroni. Sorang tanya, yang lain duk add-on. Sampai bila pon tak habis melainkan angkat punggung dan blah dari situ. Kadang-kadang kalo malas nak jawab, bagi je la senyuman paling menawan tak pon buat pekak je. Tapi sakit dalam hati sape tau. Duk menyumpah-nyumpah pon sape tau. Hahaha :D



Haishhhhhh~ duk merapu ape taktau! Oke peep! till then and have a nice day =)

p/s :: dapat tau taon depan lambat makin lambat posting. kalo setaon tak posting lagi, alamatnye sambung study la kite :D so, kena prepare la ni. nak kena cari laki yang mampu support kiteee sambung master! hikhikhik :p *joking*


Sunday, January 20, 2013

macam mana nak sembuhkan kaki terseliuh? help me..

assalamualaikum wbt dan selamat petang =)

rajin pulak update blog sehari dua ni. macam dah takde keje sangat je padahal keje menimbun mintak disiapkan. sighh =.='

sy sangat risau nak berpraktikum sebenarnya. sampai semalam pon tido dah tak berapa lena. ini serious oke!
sangat risau sampai tido asyik terjaga-jaga je. tambah pulak dengan kaki berdenyut-denyut. cabaran betol.

harap-harap kaki yang terseliuh ni cepat sembuh la. sekarang ni dah bengkak-bengkak dah kat buku lali. tukang urut sorang pon tak tahu kat sini. kalo pegi klinik pon habis-habis doktor tu balut pakai bandage je.
haihhh~ risau jugak kalau tak sempat sembuh before praktikum.
camne nak jalan, lompat, lari-lari memandangkan sem ni terpaksa mengajar PJ. kalo tak ajar PJ lagi takpe la. bertongkat pon bolehhh. tak kisah sangat. kalo ajar PJ tu takkan nak lari pakai tongkat. yedokkk?

yang kena tu semalam. tapi semalam, tak rasa ape pon lagi. rase la jugak sakit cucuk-cucuk tu sikit. pagi tadi bila bangun tido lagi sakit. rasa macam nak menangis pon ade. bagitau abah terus abah call. lagi la sebak menjadi-jadi. haihh~ tak hero langsung. sy menangis terharu sebenarnye. hikkkss!

lepas ni memang jalan akan tengok bawah je. serik hoiii! sakit tu dah jatuh nombor 2 memandangkan semalam tak sakit sangat lagi. nombor 1 malu bebbb! nasib baik kene malam. takde la ramai orang sangat.
takla malu sangat. kalo tak memang sarung kotak la kat atas kepala. boleh pulak tak nampak lekuk lubang atas jalan tu. tapi nama pon malam kan. JKR pon satu, dah tau ade lekuk, timbus la balik. takde la sy jadi mangsa. *hahahaha..taknak salahkan diri sendiri..nak salahkan orang lain jugak*

so, kesimpulannya, lain kali bila jalan sy kena tengok bawah jugak. ni duk kalut tu yang jadi macam tu. hahaha. oke peeps, enjoy reading. have a nice day! =)

p/s :: any idea macam mana nak sembuhkan kaki terseliuh? help me pleaseee.. nak sembuh dalam masa less than a week. nak masuk mengajar ni.


Saturday, January 19, 2013

barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu

assalamualaikum wbt dan selamat petang.. :)


sedar tak sedar dah hampir ke penghujung bulan Januari dah bagi tahun 2013 ni. dan entry pulak tak gerak-gerak.. hahahaha PEMALAS!
but then, still terfikir-fikir sampai tak lena tido *tipu*
cemane la agaknye nak menghabiskan praktikum 3 bulan + intern 1 bulan di sekolah tamil. ahhhh! risau dibuli oleh student-student tamil.
"barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
memang semua yang kita nak kita takkan dapat. for example, macam sy sendiri. tak pernah mimpi pon nak dapat sekolah tamil tu. tak pernah. bila keluar je tempat praktikum, partner bagitau dapat sekolah tamil, dalam hati ni macam-macam perasaan

oh damn! kenape dapat sekolah tamil?
tak boleh ke mintak tukar sekolah?
kenape mesti aku yang kena praktikum kat sane?
susahla macam ni..diorang tu bukan faham Melayu..aku dahla nak di observe

yes! a HUGE question mark! why me? why me? then, sy bagitau parents yang sy dapat praktikum kat sekolah tamil. they said, 'pergi aje la. kita tak tau kemampuan kita until kita betol-betol berhadapan dengan masalah' and bila difikir-fikir balik. yes, it is! we not even know our ability until we're facing the problem. so, why not i try? mungkin ada kebaikannya jugak sy berpraktikum di situ. Allah maha mengetahui. dan Dia telah menetapkan yang sy akan berada di situ for 4 months dan akan mendidik murid-murid di situ. why not kan sy ajar je student tu tanpa diskriminasi?

dan jugak bila kita terlalu berkeinginan atas sesuatu then kita tak dapat. please don't give up. mungkin Allah menunjukkan jalan yang lain buat kita. Allah adalah sebaik-baik perancang. let say, you really-really love him. then, plan nak kawen. at the end, he's leaving you. dan you pon macam nak gila teringat kat dia. lepas tu, ada kawan yang sedarkan you. you pon mula mendekati agama. mengadu kat Allah. *tipikal manusia. bila dalam susah, baru ingat Allah* mula dekat dengan masjid sampai sangkut kat Ustaz alim lagi hensem. nampak tak ada hikmah di sebalik apa yang jadi?

couple -->break--> separuh gila --> kawan sedarkan --> dekati agama --> sangkut kat ustaz alim+hensem *so sweet

nampak tak? nampak tak? so, kalau break tu jangan cepat putus asa ye. just follow the flow =)

sekarang ni sy sendiri pon kena ubah mindset. mungkin kena bukakan sedikit ruang hati ni untuk terima je walau diposting ke pedalaman especially Sabah dan Sarawak. kalau ikot nak tu memang taknak la. kalau diberi pilihan memang sy nak dipostingkan ke tempat yang ada macam-macam kemudahan plus senang nak balik kg la. mungkin KL, Selangor, Melaka jadi pilihan sy kot memandangkan Terengganu dah mengalami limpahan guru. but, tak semua yang diingini kita akan dapat. dan kebanyakannya yang tak diingini tu la yang selalu kita dapat =) mintak-mintak tak kena la posting sampai ke Sabah Sarawak

so, sy pon kena buang pendirian sy yang taknak kawen dengan orang utara. kalau asyik sebut taknak,taknak je, nanti mesti dapat. ni last time sy sebut taknak kawen orang utara walaupun dalam hati sy memang menjerit-jerit TAKNAK. tettttttttttttt! ouhh~ tidak sekali-kali.

oke, that's all for now. i'm going to prepare the RPH's book for practicum. hope it'll be going smoothly. HAVE A NICE DAY!


p/s :: kamu-kamu pon doakan la sy tidak diposting ke Sabah Sarawak. tak sedia lagi nak berhadapan dengan buaya... sobssss T_T



Friday, January 4, 2013

rindu rumah :'(

assalamualaikum and very good evening peeps!

salam Jumaat yang berkat :)

Alhamdulillah akhirnya berada dalam tahun 2013. Dan insyaAllah, tahun ni sy bakal menamatkan pengajian yang dah tak sampai setahun dah. Mudah-mudahan diberikan kemudahan olehNya :)

Walaupun dah hampir 5 tahun duduk kat Kedah ni, perasaan homesick tu masih ade. Bila nak hilang pun taktau la. Mungkin kene angkut femly duk sini sekali baru tak homesick kot. Mungkin suatu hari nanti bile dah diposting sy akan buat macam tu. kihkihkih :)

Mood sekarang masih rindu rumah. Mungkin dengan keadaan yang sunyi kat sini buat sy asyik teringat-ingat rumah. Tapi seriously. Sangat rindu. Makin nak habis belajar makin menjadi-jadi homesick. Tak tertahan nak tanggung sorang-sorang. Tambah-tambah pulak ni tengah hujung minggu. Sume pon keluar la. Tambah la sunyi lagi. Mane la tak menangis rindu kat femly. Sobssss :'(

Masa cuti memang fulltime sy duduk ngan family. Bukak mata je, ade abah ade ma. Bukak mata je, terus nampak adik-adik. Bukak mata je, terus dengar ma berleter. Bukak mata je, terus dengar suara adik-adik duk bergaduh nak itu ini. Sekarang ni, bukak mata je tengok-tengok ada kat umah sewa. Bukak mata je, rase sunyi sepi. Mane tak meleleh air mata. Sy ni taklah sekuat yang orang-orang lain. Sy ni memang anak manja. Tapi tak bermaksud sy tak pandai berdikari. Buktinya, sy boleh survive sorang-sorang kat sini tanpa ada sedara mara. Cuma dengan bantuan kawan-kawan, dan doa dari ma abah sy, sy dapat survive kat sini.

Kalo ikotkan hati yang tak berapa nak rasional ni, nak je beli tiket balik terengganu sekarang ni jugak. Tak tahan rasenye nak tanggung rindu. Nak tanggung sedih. Tapi tak berbaloi la kan. Mintak-mintak nanti cuti CNY nanti sekolah tamil dekat sy praktikum tu bagi cuti sampai seminggu. Memang no doubt sy akan balik! Confirm!

Ni la padahnye kalau cuti lama-lama sangat. Setiap benda yang nak dibuat akan reminds me to my lovely femly. Kalo duk makan kek, ingat kat adik yang suka makan kek. Kalo duk makan nasik, ingat kat ma yang suke masak macam-macam lauk. Sebab most of time masa cuti tu sy spend dengan mereka-mereka. How come sy tak teringat kan? 

Datang sini pon dah tak berapa selera nak makan. Tekak macam dah tak boleh terima je masakan orang lain. Eh, mengadelah kau! Selama ni oke pulak kau makan. Tapi seriously, memang macam takde selera je dengan lauk kedai. Baik masak kat umah je lagi sedap walaupun telur goreng. Takpe la, at least boleh kurus sikit nak pakai jubah konvo nanti kan. KAHKAHKAH. Gelak la hoii! 

Oke la, ape-ape pon, perjalanan mesti diteruskan. Sesedih mana pon sy, selemah mana pon sy, sy mesti jadi kuat. Kalo tak, sia-sia je la pengorbanan sy selama 4 taon lebih ni. Macam abah sy cakap, 4 taon setengah boleh tahan, ni tinggal setahun je lagi. tahan la sikit. Oke, i'll try! bukan i'll try but i'll do it! insyaAllah :) kamu-kamu doakan sy oke :)

Cukupla dulu setakat ni. Dah macam penat dah menaip. Lama tak menaip tangan pon dah kejung. Oke, till then. Have a nice day! and Happy 2013!




p/s :: azam taon baru nak tukar ganti nama diri. kalo dulu guna 'aku' now guna 'sy'. Lebih sopan kan? *dushhh! penampar sedas* oke la tu, selari dengan pertambahan usia sikit. sikit je okehhh! :p