Friday, March 2, 2012
sedih+serabut+terasa = tension !!
dan hepy friday to all...
but not a very good friday for me. yelaa, dah lepas kena marah nak good ape lagi. sedih, terasa. rasa macam taknak balik kampung je minggu depan. dah hilang semua excited bile dah kena marah. oke, mesti nak cakap aku anak manja, kena marah sikit pon dah nak merajuk bagai kan ? cakapla.cakapla. tapi hanya aku je yang tau perkara sebenar. dan aku rasa memang salah aku pon. ye, salah aku.
haih. tak tau macam mana nak mula. serabut betul kepala otak ni. rumah sewa kat Kulim tak dapat-dapat lagi. boleh harapkan kawan-kawan je tolong cari. nak pegi sendiri takut jugak kalau area Kulim ni. kawan aku dah pernah kena ragut kat situ. scary ! memang tak berdaya nak cari. kalau kat internet tu memang dah habis tempat dah bukak. mudah.my pon tak mudah sangat sebenarnya. tiba-tiba aku rasa penting jugak kalau dapat kenal dengan orang Kedah time-time ni. senang kerja aku nak cari rumah sewa. pastu kalau dapat posting kat negeri lain pulak, cari orang negeri lain pulak. jenuh nak tukar partner. macam tukar baju. sepupu aku ada kat area sana. cakap nak tolong cari rumah. last-last ajak duduk rumah dia. bukan taknak, tapi jauh. susah nak berulang dari sekolah aku. haih. susahnya nak praktikum ni.
sebenarnye, takde mood sangat nak update blog ni. terasa pon belum habis lagi. sedih. tiba-tiba rasa hati ni makin lama, makin mengecil. ye, aku kecik hati sebenarnya. terasa ngan abah aku, adik aku. tapi nak mengadu kat sape. aku takde sape-sape. selama ni, ada masalah, memang mengadu terus dengan parents aku. tapi kalau dah terasa dengan parents nak mengadu kat sape lagi. ade adik pun takleh harap !lagi double triple dia buat kita terasa. honestly, aku ni bukan anak manja sangat. tapi sangat sensitif. antara adik-beradik aku, aku yang paling sensitif. paling cepat terasa. tapi terasa aku bersebab !
haih. memang takde idea nak tulis kat blog time sedih + serabut macam ni. dah sejam lebih dah duduk berteleku kat sini. dah taip, backspace balik. macam-macam tak kena. i think i better stop here. duduk fikir lama-lama pun idea taknak keluar jugak.oke peeps, have a nice day !
Thursday, October 13, 2011
ye ! aku memang orang yang tak reti bertanggungjawab
assalamualaikum dan selamat malam..
aku taktau nak start macam mana nk tulis kat blog ni. lama tak menulis macam janggal pulak rasa. plus, aku memang takde mood nak mengarang ke ape ke sekarang ni. pendek kata, memang aku rasa semua yang aku buat tak kena. tapi disebabkan dah takde tempat lain aku nak luah perasaan, aku rasa better aku tulis dekat sini je la. bukan aku nak suruh orang tau masalah aku tapi aku rasa lega sikit bila dapat cerita masalah aku. walaupun dekat blog je.
kepala aku pening dari petang tadi lagi. aku taktau la sebab ape boleh jadi pening macam ni. berdenyut-denyut sebelah kiri ni haa. mungkin jugak sebab minum nescafe tadi. tapi nak cakap aku ni migrain memang tak la. dulu-dulu ada la. tapi tak mustahil jadi balik kan ? dengan fikir macam-macam lagi. fikir apa pon taktau la aku. tambah pulak bila aku dah tiga kali mimpi benda yang sama macam aku cerita hari tu. serabut gila ! nak pecah kepala aku !
pastu, aku pun perasan jugak yang aku mudah sangat terasa dua tiga hari ni. pantang ada yang tak kena, mula la terasa. hati oh hati, kenapa la mudah sangat kau mengecik ? adik aku cakap sikit pon dah nak terasa. padahal sebelom ni gurau la macam mana pon takde la nk terasa ni. kalo terasa pon kejap je la. pastu oke la. tapi sekarang ni sampai boleh menitik air mata ni. padahal bukan hal besar sangat pon. murah sangat air mata aku ni.
then, hari ni. ada la sorang hamba Allah tu. aku taktau apa salah aku kat dia tiba-tiba je mengata aku. oke fine, aku tau dia bergurau tapi gurauan dia tu mempersendakan aku. macam mana nak tahan ? depan muka aku dia cakap. cara dia cakap tu nak cakap macam aku ni tak bertanggungjawab dengan kerja yang diberi. aku taktau nak cakap macam mana tapi seriusly aku terasa sangat-sangat. aku rasa macam aku ni orang tak bertanggungjawab dengan amanah, dan aku rasa tak dihargai. aku tak mintak pon untuk dihargai. memang tak mintak. tapi at least tunjuk la timbang rasa tu sikit. aku pon ada kerja aku. aku tak dikecualikan pun untuk buat kerja-kerja lain. kerja sama banyak je. mau tak tidur malam aku kalo nak siapkan kerja tu perfect macam yang kau nak. kalau tak puas hati kenapa tak bagitau awal-awal ? kenapa akhir-akhir sem ni baru nak bagitau? kan senang. tak payah aku nak habiskan kredit aku tanya tu tanya ni. tak payah aku nak tahan telinga nak kena marah, kena tengking dengan pensyarah. aku pun terkedu masa aku kena marah tu. ayah aku pun tak tengking aku macam tu. tapi ada aku marah balik kat kau ?? ada ? aku tanggung sorang-sorang jugak. walaupun hari tu aku cuti, tapi aku tak ungkit apa-apa pun. sebab apa ? sebab aku rasa tu memang tanggungjawab aku. and kau boleh pulak nak cakap aku ni tak bertanggungjawab. tanggungjawab macam mana lagi yang kau nak ? please la.. show some respect to others. kau bukan budak kecik yang nak kena ajar buat tu buat ni. aku bukan nak ungkit semua yang aku dah buat tapi bila perangai kau macam ni aku rasa macam sia-sia je apa yang aku buat selama ni. macam tak berbaloi je rasa. sakit hati aku ni tahu tak ?? SAKIT !!!
kalo boleh aku nak buat kerja ni dengan ikhlas. taknak la ungkit-ungkit ni. tak syok kalo buat kerja tak ikhlas ni. lagipun pahala pun tak dapat kalo buat kerja tak ikhlas. takpe la. ni mungkin dugaan untuk aku. apa yang aku boleh buat cuma bersabar je. takkan nak pegi pukul pulak kan? apa aku dapat setakat pukul kau ? lagi susah aku ada la. tapi lepas ni jangan suruh aku pegang apa-apa jawatan kalau rasa aku tak layak. maklum la kan. aku ni memang TAK BERTANGGUNGJAWAB..
p/s :: NOBODY PERFECT !
