Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu

assalamualaikum wbt dan selamat petang.. :)


sedar tak sedar dah hampir ke penghujung bulan Januari dah bagi tahun 2013 ni. dan entry pulak tak gerak-gerak.. hahahaha PEMALAS!
but then, still terfikir-fikir sampai tak lena tido *tipu*
cemane la agaknye nak menghabiskan praktikum 3 bulan + intern 1 bulan di sekolah tamil. ahhhh! risau dibuli oleh student-student tamil.
"barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
memang semua yang kita nak kita takkan dapat. for example, macam sy sendiri. tak pernah mimpi pon nak dapat sekolah tamil tu. tak pernah. bila keluar je tempat praktikum, partner bagitau dapat sekolah tamil, dalam hati ni macam-macam perasaan

oh damn! kenape dapat sekolah tamil?
tak boleh ke mintak tukar sekolah?
kenape mesti aku yang kena praktikum kat sane?
susahla macam ni..diorang tu bukan faham Melayu..aku dahla nak di observe

yes! a HUGE question mark! why me? why me? then, sy bagitau parents yang sy dapat praktikum kat sekolah tamil. they said, 'pergi aje la. kita tak tau kemampuan kita until kita betol-betol berhadapan dengan masalah' and bila difikir-fikir balik. yes, it is! we not even know our ability until we're facing the problem. so, why not i try? mungkin ada kebaikannya jugak sy berpraktikum di situ. Allah maha mengetahui. dan Dia telah menetapkan yang sy akan berada di situ for 4 months dan akan mendidik murid-murid di situ. why not kan sy ajar je student tu tanpa diskriminasi?

dan jugak bila kita terlalu berkeinginan atas sesuatu then kita tak dapat. please don't give up. mungkin Allah menunjukkan jalan yang lain buat kita. Allah adalah sebaik-baik perancang. let say, you really-really love him. then, plan nak kawen. at the end, he's leaving you. dan you pon macam nak gila teringat kat dia. lepas tu, ada kawan yang sedarkan you. you pon mula mendekati agama. mengadu kat Allah. *tipikal manusia. bila dalam susah, baru ingat Allah* mula dekat dengan masjid sampai sangkut kat Ustaz alim lagi hensem. nampak tak ada hikmah di sebalik apa yang jadi?

couple -->break--> separuh gila --> kawan sedarkan --> dekati agama --> sangkut kat ustaz alim+hensem *so sweet

nampak tak? nampak tak? so, kalau break tu jangan cepat putus asa ye. just follow the flow =)

sekarang ni sy sendiri pon kena ubah mindset. mungkin kena bukakan sedikit ruang hati ni untuk terima je walau diposting ke pedalaman especially Sabah dan Sarawak. kalau ikot nak tu memang taknak la. kalau diberi pilihan memang sy nak dipostingkan ke tempat yang ada macam-macam kemudahan plus senang nak balik kg la. mungkin KL, Selangor, Melaka jadi pilihan sy kot memandangkan Terengganu dah mengalami limpahan guru. but, tak semua yang diingini kita akan dapat. dan kebanyakannya yang tak diingini tu la yang selalu kita dapat =) mintak-mintak tak kena la posting sampai ke Sabah Sarawak

so, sy pon kena buang pendirian sy yang taknak kawen dengan orang utara. kalau asyik sebut taknak,taknak je, nanti mesti dapat. ni last time sy sebut taknak kawen orang utara walaupun dalam hati sy memang menjerit-jerit TAKNAK. tettttttttttttt! ouhh~ tidak sekali-kali.

oke, that's all for now. i'm going to prepare the RPH's book for practicum. hope it'll be going smoothly. HAVE A NICE DAY!


p/s :: kamu-kamu pon doakan la sy tidak diposting ke Sabah Sarawak. tak sedia lagi nak berhadapan dengan buaya... sobssss T_T



Saturday, May 5, 2012

redha itu ikhlas :)

assalamualaikum wbt dan selamat petang...

dan selamat berhujung minggu jugee !




Alhamdulillah, hari ini ternyata lebih baik dari semalam. kalau semalam emosional-emosional, hari ni dah jauh lebih oke. betulla cakap orang, kadang-kadang dengan menangis boleh buatkan kita rasa lebih baik. dan terbukti memang betul setelah dibuat ujikaji ke atas diri aku sendiri. haha

kalau semalam rasa nak marah, rasa sedih, hari ni aku dah mampu bergelak ketawa dengan nyaringnya seperti diri aku sebelum ni. ye, aku yang periang, happy-go-lucky,dan yang sentiasa senyum. aku suka tersenyum dan gelak. tu trademark aku. tapi selalu senyum, selalu gelak tu tak bermakna aku selalu happy takde masalah. pernah dengar orang cakap ' a fake smile can hide million of tears' ? macam tu la aku. kadang-kadang buat-buat hepy. sebab aku tak nak orang susah sebab masalah aku.

sebenarnye, aku pun selalu berhadapan dengan masalah. sama je macam orang lain. cuma ikut tahap serius mana masalah tu. kalau tak berkaitan dengan emosi aku, sekejap je aku dah boleh tersenyum. boleh gelak ketawa dan bersuka ria. tapi sebenarnya, aku prefer untuk aku simpan sendiri masalah aku. kalau boleh, aku taknak orang tahu. bukan sombong ! tapi aku tak suka bebankan orang lain sebab masalah aku. tapi tu sume tak pernah jadi kat aku. macam mana sekalipun aku sorokkan benda tu, kawan aku mesti dapat tau jugak. alahh, dah kawan lama dengan aku. memang dah masak la perangai aku ni macam mane.

tapi hari ni dan seterus-seterusnya, insyaAllah aku akan cuba jadi kuat. yang semalam, semalam punya hal. hari ni, hari ni punya hal la. aku dah takmo ingat dah yang pasal semalam. what a stupid me ! aku rasa aku la paling bodoh sebab menangis sampai sakit kepala semalam. last-last aku jugak yang sakit. dia tak rasa ape pon. *tonyoh kepale sendiri*

but i think, sleep is the best therapy. semalam aku tak dapat tido. banyak benda yang buat aku fikir. last aku tengok jam pukul 4.12 pagi. tapi mata pulak cerah semacam je. nak taknak pejam jugak. nak jugak tido. sampai pukul berapa aku terlelap pon aku tak ingat. sedar-sedar dah pagi. bila aku bangun tu, hati aku rasa tenang sangat. bila aku ingat balik apa yang jadi semalam, aku dah tak rasa apa. geram tidak, marah tidak, cuma sedih tu ada la. tapi takde la sampai nak menangis macam semalam.Alhamdulillah.. tenang, damai sangat. macam takde ape yang berlaku pon.

aku harap dapat jadi kuat untuk hari selepas-selepas ni. kita tak tau hari-hari mendatang kita macam mana. kalau hari ni pon kita dah rebah, macam mana kita nak hadapi kalau ada dugaan lagi hebat akan datang nanti? so, dengan dugaan-dugaan kecik ni la kita mampu jadi kuat untuk hadapi dugaan-dugaan yang akan datang yang kita tak tau lagi macam mana. apa bentuknya. jadi, jangan lemah untuk hadapi dugaan. sebab dugaan akan menguatkan kita. insyaAllah. #peringatan untuk diri sendiri jugak#

ingatlah, Allah sedang menguji kita apabila didatangkan dugaan untuk kita. dan apabila kita selalu diuji, tandanya Allah tidak pernah melupakan kita. dan itu bermakna Allah sayangkan kita. jadi, jangan mengeluh dan terima dengan redha kerana setiap apa yang berlaku adalah atas izinNya.


"kadang-kadang Allah hilangkan mentari kita,
kemudian Dia datangkan guruh dan kilat,
puas kita menangis, menunggu dan mencari mana mentari kita,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah :)"


DI SEBALIK KESUSAHAN PASTI ADA BAHAGIA YANG MENANTI :)

sekadar berkongsi pendapat dan rasa.
till then,hepy reading and have a nice day !

p/s :: time study week ni memang homesick tahap gaban ! huwaaaa ~

Saturday, February 4, 2012

ku pinang kau dengan Bismillah ~

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

how your weekend ya peeps ?

hujung minggu aku macam biase aje even elaun baru je masuk. just like hujung minggu-hujung minggu sebelum ni. duk rumah dan online. tidow dan makan tu kerja sampingan. tak berjalan, tak habis duit. yedokk ? eventhough sangat-sangat bosan. haih.

sekarang dalam mood untuk nak selalu update blog. entah ape mimpinye taktau la tiba-tiba berubah jadi rajin. rajin update blog yang tak mendatangkan sebarang faedah mahupun keuntungan ni la. bukan rajin buat assignment. assignment sikit pon tak sentuh lagi. tengok tajuk pon tak. ouh ! the very very lazyyyyy me ! adoiii~ parahhhhh =.='

oke, back to our topic, tadi tengah duk godam-godam facebook ade la kawan-kawan facebook duk share pasal lagu ni. lagu ungu ft rossa- ku pinang kau dengan bismillah. aku tau lagu ni dah agak lama. cuma aku je yang agak ketinggalan zaman sikit baru nak dengar. sebenarnye aku dah dengar lama dah lagu ni tapi entah mengapa ( skema siott ! )baru hari ni aku perasan yang lirik lagu tu ada maksud yang sangat-sangat mendalam. baru aku perasan lepas aku hayati betul-betul lirik lagu tu ( tak boleh tahan la ayat aku ni ) sweet pon ade jugak ! haha *gatal* oke, layan video ni dulu.. kat bawah ni sekali dengan lirik lagunye..



lirik  :::

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

alahaiii syahdunyeeee la hai lagu ni. so suwittt la. kalau la bakal asben aku nyanyi lagu ni kat aku, memang tak tidow malam dah la wa cakap sama luu *berangan* memang tiap-tiap hari la saye suruh awak nyanyi sampai  suara awak jadi macam Ramli Sarip. tu pon kalau suara awak sedap. kalau suara tak sedap pun takpe, saye terima seadanya. saye kan baik. cuma jangan nyanyi je la awak ye :p 
oke, cukup la setakat hari ni. sekarang ni misi untuk mencari calon bakal suami pulak. eh tak. misi untuk tengok drama korea. aku baru je beli cerita HEARTSTRING. alaa, yang cerita baru tu la. Park Shin Hye dengan Jung Yong Hwa CNBLUE berlakon tu la. kalau tak tau, sila dapatkan khidmat GOOGLE. Yong Hwa Oppa, here I come ! adios amigos ! nite peeps :)



Friday, February 3, 2012

pemilik tulang rusukku..

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

dah lama tak menulis tiba-tiba malam ni rase macam nak menulis. yela kan, dah lame blog ni terbiar kosong. tah ape angin malam ni rase nak tulis pasal pemilik tulang rusukku ataupun dalam bahasa mudahnye 'jodoh'. since umur aku pon semakin bertambah, aku rase dah sesuai la aku cakap pasal ni. sebenarnye, aku pun taktau  apa motif entry ni ditulis.

kalau cakap pasal jodoh ni, memang banyak sangat point-point yang akan keluar. tapi jodoh adalah rahsia Allah. itu yang pasti :) sejak dari kita kat alam roh lagi, Allah dah tetapkan rezeki, jodoh, ajal di Luh Mahfuz. jadi tak payah la nak susah hati pasal jodoh kita kalau masih belum bertemu yang sesuai. andainya Allah telah menciptakan seseorang untuk kita, insyaAllah akan bertemu la kita dengannya walaupun tanpa dicari. namun mungkin hati kita sering bertanya 'sape jodoh kita...orang yang selalu dengan kitakah..segakkah..orang berada ke tak..orang dekat ke jauh..'macam-macam persoalan yang selalu muncul tapi hanya Allah yang dapat menjawab segala persoalan tersebut kerana Dia yang maha mengetahui segalanya.

dalam mencari cinta kita, mesti macam-macam orang yang dah kita jumpa kan ? yang macam-macam perangai dan kerenah. mungkin kita dah tetapkan nak pasangan yang macam ni, macam tu tapi kadang-kadang tak semua yang kita nak kita dapat. perlu ingat, dalam mencari pasangan tak perlu yang sempurna. cukuplah seseorang yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya. yang akan buat kita ingat kepada Allah S.W.T kerana Dia lah cinta sejati kita.

sesiapa pun ada hak untuk tetapkan ciri-ciri pasangan yang mereka mahukan. tak terkecuali jugak aku.*senyum* siapa pun nakkan pasangan yang beriman, kuat pegangan agama, segak, kemas, tak cerewet, mampu terima diri seadanya, macam ni, macam tu.. namun, tak semua yang diharapkan akan menjadi kenyataan. apabila Allah tetapkan bahawa dia akan menjadi pasangan kita, Allah akan terbitkan rasa sayang dalam hati kita.

tak perlu risau jika pemilik rusuk yang dinanti masih belum tiba. kerana janji Allah itu pasti. PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK. hanya perlu persiapkan diri untuk menanti kehadirannya. supaya dapat menjaga kehormatannya kelak, menemaninya dikala dia bersendirian, menenangkannya dikala dia resah, menguatkannya dikala dia lemah, membahagiakannya di dunia dan akhirat,setia disisinya dikala susah dan senang, menjaga makan dan pakainya, dan mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya.insyaAllah :)





Monday, January 16, 2012

cinta terhalang? sebab ?

assalamualaikum wbt dan selamat malam..


sekarang ni, ikot tajuk yang aku tulis tu ade something yang aku nak share. mesti la pasal cinta terhalang atau orang panggil jugak cinta tak kesampaian mungkin. cinta terhalang ni adalah cinta yang dihalang oleh mak ayah kita la. takkan jiran sebelah rumah nak larang pulak kan.  sekarang ni aku tak tau wujud ke tak lagi cinta macam ni. tapi aku rasa wujud lagi kot. kot.

akcely, dalam bab-bab cinta ni, aku rase tak perlu la nak tergopoh-gapah. just make it slow and smooth. kene fikir elok-elok dulu, then baru boleh nak buat keputusan. ni tak, mak ayah tak bagi terus bantah. dan atas pengalaman aku jugak, aku rasa ade macam-macam sebab terjadinya cinta terhalang oleh mak ayah ni..

**********

## PEKERJAAN ##









first of all, mesti mak-mak dan ayah-ayah korang akan tengok ape pekerjaan pasangan korang. especially untuk perempuan la kan. of course mak-mak dan ayah-ayah (especially mak la) akan tengok apa kerja bakal suami korang. mak ngan ayah mana nak bagi anak diorang hidup susah. yedokk ? takkan ade mak ayah yang nak bagi anak diorang kawen dengan orang yang takde keje. kalo keje pilot, doktor, arkitek, engineer kebarangkalian untuk ditolak tu tipis la.

yang lelaki pulak, aku taktau la kalo-kalo ade jugak mak or ayah korang yang akan pilih bakal menantu perempuan yang ade keje jugak. tapi maybe jugak. nak setaraf dengan lelaki tu la kot.

## LATAR BELAKANG ##






latar belakang ni termasukla keturunan, latar belakang keluarga, and sebagai-sebagainye la. memang mak dan ayah kita akan tengok latar belakang orang ni dulu sebelum diterima jadik menantu. diorang tengok la keturunan baik-baik ke tak, latar belakang keluarga pasangan korang tu macam mana dan untuk mak ayah yang pentingkan agama, mestila diorang nak anak diorang kawen dengan orang yang kuat pendirian agama. takkan ada mak ayah nak suruh anak diorang kawen dengan ketua mafia. takkan ada. kalau ketua mafia la pasangan korang, dahla ketua mafia, taktau asal-usul, semayang pun on off je, perangai pun kalahkan cimpanzi,*contoh aje, jangan terasa * kebarangkalian untuk terjadinya cinta terhalang memang tinggi.

## ADA PILIHAN LEBIH BAIK ##






point ni serius pengaruh novel dan drama. mak dan ayah kita tak restu hubungan kita sebab ada pilihan yang lagi baik untuk kita. and wut should we do ? try to discuss with them. mak ayah ada sebab kenapa mereka tak restu hubungan kita. and maybe pilihan mak ayah kita lebih baik dari yang kita pilih. maybe yang kita pilih tu kepala senget, hidung kemek. atau mungkin jugak kaki botol, kaki perempuan, kaki pukul, kaki bangku *erk, boleh eh ?* dan pilihan mak ayah kita jauh lebih baik daripada tu. terima aje la. takkan nak lari tinggalkan mak ayah pasal lelaki ? lelaki tu baru je kita kenal. mak ayah kita dah kenal berpuluh tahun. try untuk pujuk diorang. kalo tak jalan, terima aje la. mane la tau pilihan mak ayah kita tu hensem kalahkan edward cullen. dahla hensem, educated, keje lawyer dan yang paling penting beragama dan bertanggungjawab. tak ke rugi kalau korang tolak ?

## UMUR ##

oke, point yang last, umur pasangan korang. untuk yang lelaki, memang sangat-sangat penting la. kalo mak ayah korang sangat ambil kira umur pasangan korang, jangan salahkan mereka cakap umur hanya pada angka la, ape la. umur ni sangatlah penting okay ! tapi kalau setakat yang perempuan tu tua setahun dua oke lagi la. maksudnye kat sini if umur pasangan korang tu terlalu tua untuk korang. oke, just imagine if korang kawen dengan perempuan yang agak berumur. kebarangkalian untuk perempuan tu mengandung sangatlah tipis and kalau ade pun, memang berisiko and membahayakan nyawa perempuan tu. then, mak ayah korang confirm la nak cucu kan ? dah jadi masalah. so, dengar aje la cakap orang tua korang sebab mereka tu lebih berpengalaman dan lebih tahu. dan sudah tentu mereka nak yang terbaik untuk anak-anak diorang.

untuk perempuan pulak, maybe ade jugak case di mana mak ayah terlalu ambil kira pasal umur pasangan korang. mestila kan. takkan ade mak ayah nak bagi anak dia kawen dengan datuk yang dah bercucu. anak bukan main lagi muda bergetah tup tup kawen dengan datuk cucu sepuluh. tapi ade jugak mak ayah yang tak bagi anak-anak diorang kawen dengan lelaki yang umur 10 tahun ++  lagi tua dari anak dia. tapi itu mungkin untuk kebaikan anak dia jugak. kalau lelaki tu dah keje,dah ada kedudukan kewangan yang kukuh, confirm la lelaki tu nak kawen cepat-cepat sebab umur pun dah makin meningkat and memang dah patut kawen pun. yang perempuan pulak tengah belajar lagi masa tu and masih tak sesuai lagi nak kawen sebab baru pandai urus diri je pun, urus benda lain tak pandai lagi. confirm la mak ayah halang sebab anak dia mesti la kena pandai urus rumah tangga dulu baru boleh kawen. plus, mungkin sebab takut tak boleh fokus study and pelajaran terganggu. mungkin. and on my own opinion, aku rase takde la salah pun kalau nak bercinta dengan lelaki yang lebih tua. lagi tua lagi matang. ye tak ? and if lelaki tu ajak kawen, kawen aje la. aku rase dia pun faham kalu kita tengah belajar and takde masa lagi nak belajar pasal ilmu-ilmu rumah tangga ni. lepas grad je belajar la cara-cara nak urus rumah tangga. kawen pun just nak menghalalkan hubungan je. hati pun makin senang and bahagia. silap-silap haribulan boleh dapat pointer lagi tinggi ! *emo*



**********

oke, aku rasa tu je la untuk setakat hari ni. sebenarnye idea banyak lagi nak tulis tapi disebabkan kesuntukan masa plus malas, aku rasa cukup la dulu kot. nanti ada masa atau terlebih rajin aku tulis lagi. 


Monday, February 14, 2011

9 spesies syaitan

assalamualaikum w.b.t..

Menurut Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.




6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sunday, October 17, 2010

antara 9 mimpi Rasulullah S.A.W..

i got dis from my friend’s page in facebook...n here i wanna share..sharing is caring ryte??u all check dis out yaa..!(^__^)

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,Nabi Muhammad saw bersabda:'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........'

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang olehmalaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yangamat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadi sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api kemukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

p/s :: SABDA RASULULLAH SAW: 'SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT'


Sunday, September 19, 2010

30 perkara ttg pmpuan yg laki xpenah taw..



Welcome back!!kt cni ak ade sumtim yg ak kire mnarik nk share ngn korg..bnde ni ak jmpe kt tenet mse ngah syok dk on9 td..korg nk taw?check dis out....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya..

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Oke....dh bce dh??fhm x murid2 cikgu??hehehe..koya jdik cikgu..okela..ape motif sbnrnyer ak letak bnde nih??eceli,,xde ap2 motif pon..juz nmpk cm mnrik jer artikel nih..so,,nk share la ngn korg..sharing is caring,,rite??oke..dats all..thnx for reading.. (^__^)

Tuesday, August 10, 2010

syukur bile kite sakit.....

salam sume...arini xbniat pom nk tulis byk2 coz rse xsdp bdn sgt nih...mcm nk dmam jer rse..tp blogging ttp blogging...hihihi..aceli,,rse sgt xshat today..sakit tkak,selsema,batuk,pening n loya2..rse cm nk muntah jer tiap kli mkn..mybe xckup rehat kot kn..dh slalu sgt tdow lwt..2 la..ckp ma ngn abah xnk dgr..dorg slalu psan,,suh jge ksihatan..tp dgil..hm..xpe la..klo dh nk sakit 2,,sakit jgk kn..huhu..dh mmg t'surat kite akn sakit..so,,kne la trime ngn reda...lgpom,,sakit 2 kn ujian dr Allah..bila Allah mnguji hambaNya,,means Dia sygkn kiter..sakit tu jugak penghapus dosa..sape xnk kn bile dosa terhapus kn??so,,jgn la mrungut klo kiter sakit..lebih baek kiter zikir ke,,selawat ke,,doa ker biar diampunkan dosa kiter...kiter akn ingat Allah lebih banyak mse kiter sakit berbanding time kiter sihat..kn??


oke la...tkat ni je la nk tulis..mls dh nk taip pjg2..nt ade mse leh la bebel pjg2..k..dats oll for now..so,,ap yg nk dtekankan kt entry ni ialah ::: psni bile sakit,,jgn prnah mrungut..kiter kene syukur klo kiter sakit sbb Allah lebih sygkn kiter drpd org laen...oke??daaa~~(^__^)

Sunday, August 8, 2010

citer antara C.I.N.T.A dan W.A.K.T.U...


Salam dear....

 Hm...skg ni mood agak baek...n tgn lak rse cm gatal jer nk mnaip..rse cm satu kpuasan bile dgr keletuk keletak bunyi keyboard nih...hihihi..punyer la smangat taip kn??hahaha..btw,,ak ade satu kisah yg nk dceritakn kt cni..hm..aceli,,ak ade jnji ngn sumone nih nk letak citer ni kt cni..ak jnji nk letak citer ni bile ak ad mase..n skg ni mse ak ngah tulis nih,,mmg ak ngah free la..hm..to sumone yg dikatakn td,,awk,,sy dh letak citer ni mcm yg sy jnji aritu...awk bce la k...:)
 

..........Here we begin........

Alkisah, di suatu pulau kecil tinggallah berbagai benda abstrak ada CINTA, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang ombak menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba untuk mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kakinya.

Tak lama CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu, “Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!,” teriak CINTA “Maaf, CINTA!,” kata kekayaan “Aku tak dapat membawamu serta nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini kerana perahuku sudah penuh dengan kekayaanku” Lalu kekayaan cepat-cepat pergi mengayuh perahunya. CINTA  sangat sedih , namun kemudian dilihatnya kegembiraan lalu dengan perahunya. “Kegembiraan! Tolong aku!,” teriak CINTA. Namun kegembiraan terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

Tak lama lalulah kecantikan “Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!,” teriak CINTA “Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Aku tak dapat membawamu pergi. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini,” sahut kecantikan. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis teresak-esak. Saat itulah lalu kesedihan “Oh kesedihan, bawlah aku bersamamu!,” kata CINTA. “Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..,” kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa.
Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu terus pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya. CINTA segera bertanya pada penduduk pulau itu. “Yang tadi adalah WAKTU,” kata penduduk itu “Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-temanku yang mengenalku pun enggan menolong” tanya CINTA hairan “Sebab……HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU”
~~~~the end~~~~

So,,korg taw x ape motifnye citer nih??hm...bg ak la,,CINTA nih xperlu terlalu mmntingkan kecantikan n kekayaan...CINTA jugak xsmestinyer slalu sdih n xsmestinyer slalu gmbira...hanya WAKTU yg mnentukn sgalanya..kdg2,,Allah bg kiter rse sakit dulu then bru bg kiter kbahagiaan..Allah nk kiter hrgai erti ksih syg yg sbenar2 nyer...sbb 2 la dye uji ngn m’berikn org yg slh dlu kt kiter...then,,bru la berikn org yg t’baek utk kiter..so,,klo ad sape2 yg ptus cinta ke ap ke,,dont be sad k...Allah oweyz wit us..Allah berikn dugaan tu sbb Dia syg kt kiter..Allah xkn bg ssuatu dugaan tu kalo Dia taw kiter xmmpu..so,,kiter kne syukur la ye...n kne ingat jgk...LELAKI YG BAEK UTK PEREMPUAN YG BAEK n bgitula sebaliknyer...insyaAllah...:)so,,klo nk dptkn psgn idop yg baek,,make sure kiter kne baekkn dri kiter dlu yer...ok...c ya..(^__^)

Jangan mengharap isteri semulia Siti Fatimah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali….
mengapa mencari teman secantik ratu Balqis, 
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tidak setulus Zulaikha,
tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim, 
andai diri tidak setabah Siti Hajar,
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad,
jika diri tak setanding Siti Khadijah

Kadang-kadang Allah hilangkan mentari
Kemudian Dia datangkan guruh
Kita menangis,,tercari-cari mana mentari kita
Rupa-rupanya Allah nk bg kita pelangi yang indah :)




i luv dis ring....
mcm ak punyer..tp ak punyer lg murah la kot..;p

Friday, August 6, 2010

unsur kejadian manusia~~

Ellooop bloggyku cyg...
Hm..nk mbebel ap lak arini yer...suke ati la nk bebel ap pom!ak punyer blog,ak punyer suke la!!kn??ececece...hahaha..aceli sgt pnat la after amek gmbar utk p’grakn asas...but lega la jgk sbb dh abis bhgian tu utk wt esaimen PJ tu...tp still xlega spenuhnye sbb gmbr 2 lum dtunjukkn lg...nt msti ade kne ubah tu,,ubah ni...huhuhu..alahai,,ssh nyer  nk bjaya,,kn??Mmg la ssh ssh nk bjaye..kn ad org ckp ‘bkn sng nk sng,,n bkn ssh nk ssh’..dlu ak salu dgr cikgu ak ckp cm2..tp smakin ari smakin lupe lak..hihihi..besela..ingatan jgka pendek la kte org (aplikasi dr subjek murid dan alam belajar)..hihihi..
Aceli,,skg ni tgh mghitung hari nk blek kg which is Kuala Terengganu t’cinta..dh lame rsenyer tggalkn kg halaman nih..ala..bru sbuln lebih..hahaha..nsib baek xg Indon aritu..law x,,msti nanges2 nk blek..rupenyer ma ngn abah lbih taw prngai ak,,sbb 2 la xbg ak g aritu even lam ati ni mberontak sgt2 nk g..dpt kt Kedah ni pom rse cm jauh sgt dh..xleh blek sbulan cm staon xleh blek..hahahaha...ak ank mnje ke??mybe ye n mybe jgk x...ma ngn abah pom ckp cm2..myb sbb ak ank first kot kn?org ckp anak first ni mnja...yeke?hm..xtaw la..lu pk la snirik..hehhehe..k la..tibe2 lak dpt idea nk bebel arini..aceli,,mnusia ni dilahrkn dgn unsur2 t’tentu...n sifat2 dye 2,,b’kaitan dgn ape unsur yg dye bwk..nk taw x???check dis out,,k....


·        Anak pertama – resmi tanah
·        Anak kedua – resmi air
·        Anak ketiga – resmi api
·        Anak keempat – resmi angin

Anak seterusnya ia kembali bermula kepada resmi tanah dan berturutan 
·        Anak kelima – resmi tanah
·        Anak keenam – resmi air
·        Anak ketujuh – resmi api
·        Anak kelapan – resmi angin
·        Anak kesembilan – resmi tanah
·        Anak kesepuluh – resmi air
Dan demikianlah turutan seterusnya.


Ok...korg dh taw kn korg ni unsur ape kn...skg ni jom kiter tgk sifat unsur2 tu plak k...


1.    Resmi tanah – adalah seorang yang mantap pendirian, boleh menerima dan memberi pendapat kepada orang lain. Umpama sifat keadaan tanah itu sendiri, boleh dicucuktanam, boleh dipijak, tempat tinggal diatasnya, tempat tinggal makhluk didalamnya. Tanah juga mampu memberi kehidupan kepada tumbuhan. Tetapi harus diingat tanah ada bermacam jenis, tanah pasir, tanah hitam, tanah liat, tanah lekit, tanah gambut, tanah lumpur.
Tanah pada anak pertama dan kelima berbeza sifatnya. Sifat tanah pada anak kelima dikenali tanah mencerut yang mana mempunyai perasaan iri, kedekut dan mementingkan diri. Tetapi apabila membawa kepada resmi tanah anak kesembilan, sifatnya hampir serupa kepada resmi tanah anak pertama. Anak ketigabelas pula sifatnya hampir serupa kepada resmi anak kelima. Ianya berselang seli. Oleh itu boleh dikatakan anak ketujuhbelas resmi tanahnya serupa dengan anak pertama dan kesembilan.

Kita dapat menilai sikap dan karakter orang dari resmi tanah itu berdasarkan sifat tanah itu. Kalau resmi tanah yg dibawanya adalah baik, maka pembawaan sikap akan memberi manfaat kepada mereka disekelilingnya. Orang resmi tanah juga boleh dikategorikan orang yang bagus untuk diberikan tanggungjawab untuk dijalankan dan kemampuan mencapai matlamat yang agak baik.
2.   Resmi air – Orang dari resmi air boleh dikategorikan mereka yang mempunyai fleksibiliti dan adakalanya tidak tetap pendirian. Orang resmi air kebiasaannya lembut hati dan menyejukkan. Setiap mereka ini juga membawa resmi air yang berbeza bergantung kepada jenis air apa yg menjadi resmi mereka. lace w:st="on"Ada lace berbagai jenis air seperti hujan, mata air, lautan, sungai sebagai air yang menyucikan. lace w:st="on"Ada lace juga yang yang tercemar, yang bersih tetapi tidak boleh menyucikan dan air yang lain. Walaubagaimanapun air tetap mempunyai persamaan iaitu sifat fizikal dan semulajadinya.
Orang resmi air dapat dilihat mempunyai persamaan dengan sifat air itu sendiri yang fleksibel, boleh menyejukkan, boleh dipanaskan, boleh bergelora, boleh menyuburkan tanah, boleh membanjirkan, boleh melembutkan yang keras. Resmi air juga mempunyai kelebihan dalam menerima dan memberi pendapat. Seketul batu boleh berada didalam segelas air, air boleh berada dalam sebuah gelas. Mereka juga boleh menjadi orang yang sukar diramal akan kemampuannya dan mungkin mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan.
3.   Resmi api – Api adalah sesuatu yang panas. Satu sifat yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh hadir atau zahir dalam keadaan yang jelas seperti api yang marak menyala atau tersembunyi seperti api membakar sekam yang mana hanya mampu kita mencium asapnya. Api bersifat membakar dan memusnahkan. Namun api juga mempunyai sifat yang memberikan cahaya dan menjelaskan pandangan. Sifat panas api boleh menyakitkan tetapi adakalanya menghangatkan keadaan menghilangkan kesejukan. Boleh dikatakan orang resmi api boleh menceriakan suasana dengan semangatnya tetapi adakalanya boleh menjadi kebencian orang.
Api juga sering dikaitkan dengan sifat panas baran atau beremosi. Api boleh dimarakkan dari angin yg bertiup dan minyak yang dituangkan. Ia boleh marak dalam sekelip mata. Ia juga boleh dipadamkan dalam sekelip mata sekiranya cukup air untuk disiramkan, tapi kalau terlalu besar dan marak, air yang sedikit tidak cukup untuk meredakan. Orang resmi api mungkin banyak boleh membuat orang lain memendam dan makan hati tetapi banyak boleh merungkai kekusutan apabila ia lantang bersuara dan bercahaya.

4.   Resmi angin – Angin dikaitkan dengan sifatnya yang tidak dapat diduga dan dilihat. Orang resmi angin juga boleh dikaitkan dengan orang yang tidak tetap emosi (moody). Angin yang perlahan biasanya menyamankan tetapi angin yang kuat boleh membawa kemusnahan. Sifatnya yang tidak boleh dilihat dan sukar diagak kemana arah tujuannya boleh juga dikaitkan tentang pendirian yang berubah-ubah.
Sungguhpun begitu angin berkelebihan untuk berada dimana-mana. Ia boleh bertiup jauh menjelajahi ruang tempat dan waktu. Orang dari resmi ini boleh dikaitkan dengan kelebihan bermusafir dan fleksibel untuk berada dalam kebanyakan tempat dan situasi. Mereka juga boleh menempatkan dan menyesuaikan diri dengan berada dengan kelompok lain

Ok..dh dpt mksud dr unsur korg??hm..ok..skg ni kiter tgk psgn yg ssuai untk korg..dr unsur apekah si dye??hihihi..;)Dari keempat-empat resmi ini, ada yang terdapat pertembungan dan ada yang terdapat keserasian. Ini dapat dilihat dari sifat-sifat elemen tersebut yang berinteraksi antara satu sama lain.

Tanah vs air – keduanya adalah resmi yang mempunyai sifat fizikal mantap, penuh dan boleh memenuhi serta dipenuhi. Air mampu menyuburkan tanah dikaitkan dengan memberi rezeki yang baik. Tanah dikaitkan sesuatu yang padat dank eras tetapi air mampu melembutkan tanah. Baik air yang sentiasa mengalir dan tidak tetap, ia mampu bertakung berdindingkan tanah seperti kolam dan lautan. Ia mampu mengalir mengikut acuan tanah seperti sungai. Ia juga mampu berada dan berlindung didalam tanah serta mengalir sebagai mata air.
Tanah vs api – satu pertembungan resmi yang kurang keserasian. Api itu sendiri yang panas mampu membuat tanah menjadi lebih keras apabila dibakar. Tetapi api yang menyala marak diatas tanah adakala membuat tanah memendam rasa. Ini jelas dilihat bila api marak, kita tidak dapat melihat ia membakar tanah dalam diam sehingga hitam dan hangus.
Tanah vs angin – sebagaimana wujudnya alam semesta yang mana ruang kosong dipenuhi angin dan berada ia di atas tanah. Angin tidak mudah menyanggah tanah. Sekuat mana angin menjadi rebut, amat kurang tanah dapat dirosakkan. Angin hanya dapat bermain diluaran dan tidak seperti air yang mampu meresapi tanah. Tetapi berbanding angin dan tanah, angin lebih mudah bergerak dan tidak begitu statik. Ia mampu menjangkau lebih jauh dan cepat daripada tanah.

Tanah vs tanah – resmi yang sama dari fizikalnya Cuma jenis tanah berbeza akan membezakan refleksinya. Keduanya adalah mantap dan penuh. Ia mungkin tidak menampakkan banyak perubahan berlaku dan mengambil masa yang panjang sekiranya ingin dilihatkan perubahan untuk berlaku. 
Air vs api – air bukanlah calang lawan bagi api. Sungguhpun sifat fizikal air itu lembut dan sejuk, ia adalah kelemahan bagi api. Air mampu memadamkan api dan menyejukkan kepanasan. Baiknya disini, air mampu mengawal permasalahan api dan menenangkannya. Namun tidak bermaksud api tidak boleh menyusahkan air. Api mampu memanaskan air, cuma ia akan mengambil masa. Tetapi ia mampu membuat air mendidih dan mengambil masa untuk air sejuk kembali. Walaubagaimanapun, air yang panas masih mampu memadamkan api dalam sekelip mata. Dilihat air lebih mendominasi api.

Air vs angin – satu pertembungan resmi yang membawa permasalahan. Angin selalunya membuat air bergelora dan tidak tenang. Sekiranya angin makin kuat bertiup, ia memungkin air yg tenng menjadi puting beliung yang boleh memusnahkan. Dapat dilihat sendiri kemampuan angin merubah air menjadi lebih ganas dan merbahaya seperti tsunami dan sebagainya. Tidak banyak dapat dilihat akan keserasian dua resmi ini.

Air vs air – keduanya boleh bercampur dan membentuk keserasian. Ia dilihat boleh bercampur dan disebati bersama. Tetapi yang tidak eloknya air yang kotor bercampur air yang bersih akan tetap membawa kekotoran itu bersama. Sudahnya air yg bersih tadi sudah menjadi kotor. Sekiranya air yang bersih itu lebih banyak, maka percampuran ini mungkin tidak mengotorkan campuran yang baru malah menghilang kekotoran yg sedikit dalam percampuran bersih yang lebih besar. Ia dapat dilihat dalam konsep air mutlak yang melebihi 2 kolah tidak akan terjejas sifatnya sucinya jikalau kotoran yg bercampur tidak menjejaskan warna, bau dan rasa.

Api vs angin – dilihat sebagai pertembungan resmi yang tidak serasi. Angin boleh menyemarakkan api. Semakin kuat angin bertiup semakin kuat api marak dan berjangkit. Tidak dapat dilihat dua elemen ini dapat bersatu dengan baik dan memberi faedah bersama.

Api vs api – api bertemu api akan menjadikan keadaan lebih panas. Tetapi dalam konsep lain ia boleh menyemarakkan semangat dan dilihat begitu menonjol bersama. Kehadiran api bersama barangkali boleh menyebabkan orang lain menjadi lebih tertekan atau lebih bersemangat. Tapi dalam sudut lain sekiranya wujud pertembungan dua jenis api yang berlainan maka ia menjadi pertembungan yang melengkapkan. Sekiranya resmi dari api yg ekstrim bertemu resmi api yang membakar dalam senyap, masih lagi mampu keserasian itu dibina.

Angin vs angin – sama seperti pertembungan resmi yang sama, angin bertemu angin juga mempunyai kelebihan. Ia kelihatan serasi kerana dari elemen yang sama dan mampu bercampur dan bergaul. Dua angin mampu menghasilkan ribut yang membawa perubahan atau mungkin kemusnahan. Tetapi lebihnya keduanya mampu bekerjasama. Andaikata terpisah masih mampu lagi hidup seperti biasa.

Dalam melihat keserasian dalam jodoh, pertembungan resmi ini boleh dirujuk untuk melihat kemungkinan situasi perhubungan atau rumahtangga. Anda boleh melihat dari adik beradik dan meneliti keserasian dari resmi pasangan anda. Adakalanya bila anda tahu sifat semulajadi seseorang dari resmi ini, anda tahu bahawa permasalahan sikap pasangan mungkin disebabkan dari resmi kelahirannya sendiri sebagai anak keberapa.
Ok..!dats al for now...korg fkir2 kn la..aceli,,dr sumber yg ddapati,,ade kbnrnnyer jgk la fakta nih...so it’s up to korg la nk cyer ke x...mybe 50-50 kn...??hihihi..ok la...sudh pnat rsenyer mnaip...nt ade mse,,ak taip lg yer...klo ak jmpe yg mnarik2 ker..ok la...out~~daaaaa~~(^__^)

credits to mr google...
comey kn baby ni??kcik2 dh pndai pkai contact lense..
hihihihihi

alahai comeynyer tdow..
thnx to mr google again....:)
i luv baby!!mmmuaahhxx..