Allah knows better :')
Saturday, December 17, 2011
Friday, December 9, 2011
entry merapu meraban di kala subuh yang hening ~
assalamualaikum wbt dan selamat awal pagi..
Malam ni tetibe pulak nak menjengah dan menaip di blog ini. Rindu untuk menaip assignment mungkin. Mungkin. Oke, only a few weeks more at home. Selepas itu, kembali menuntut ilmu di negeri Kedah Darul Aman. Dan kembali bergelumang dengan assignments, tutorial, dan segala macam amali dan Gerko yang entah pape. Dan tambahan untuk semester 5, PRAKTIKUM. Dan akhir sem, study untuk final. As usual. Lepas itu, cuti lagi. Dan macam tu la ulangannye sampai la aku grad lagi 2 tahun.
Sebenarnye, baru je selesai menonton. Bukan menonton wayang tengah-tengah malam macam ni. Hanya di pawagam kecik atau lebih dikenali sebagai laptop. Cerita Twilight- breaking dawn (part one). Nak tengok kat pawagam tapi masa tak mengizinkan. Tau-tau je la. Duduk kat Kedah aje yang boleh rasa sedikit kebebasan. Dekat rumah kebebasan tersekat oleh housewife tersohor di abad ini yakni, mak aku. Takpe la, beliau sayang aku *bangga*. And aku rasa, Breaking Dawn ni takde la sedap sangat pun. Takde la rase macam karipap sardin kat gerai Pak Hasan tepi rumah Pak Long nenek kawan aku *sila gelak ! aku buat lawak ni* . Oke, fine. Tak lawak pun. Maksud aku tadi tahap kesedapan cerita tu tak macam Twilight yang sebelum-sebelum ni. Rugi kalau beli tiket wayang. Nasib baik aku tengok DVD je. Tapi ni pendapat aku je la. Kalau korang lebih suka tengok kat panggung pun takpe. Tak salah. Aku pun tak marah.
Oke, aku taknak pun cerita pasal Twilight ni. Let bygone be bygone la kan. Dah tengok tu, simpan aje la kan. Sandarkan pada kenangan ( cewahh ! ayat kira nak glemer aje ) Aku taktau ape motif entry ni ditulis sebenarnye. Nak memenuhi masa lapang aku je mungkin. Ye la, dah mata tak boleh nak lelap, nak chatting pun sape je kan tak tidow lagi time-time macam ni. Nak mesej orang lagi la. Gila ape nak mesej orang pagi-pagi buta macam ni. Macam dah lapar maki gayenye ! Orang siap nak bangun solat Subuh dah tapi aku tak reti nak tidow. Esok mula la membuta tak ingat ! *ayat mak aku* Tapi nak buat macam mana kan, dah mata ni taknak tidow. Nak dipaksa pun tak kena jugak. And pada saat ayat ini ditulis, tajuk untuk entry ni pun tengah duk fikir lagi. Aku memang tulis entry dulu baru tajuk. Baru rasa macam tak terikat sangat. Amacam ? Stylo tak ?
Aku stop kat sini dulu la. Makin banyak aku tulis, makin merapu pulak jadinya. And makin biol kepala otak aku baca apa yang aku tulis. Kalau aku pun tak faham apa yang aku tulis, orang lain apatah lagi. Aku rasa kalau monyet kat hutan baca apa yang aku tulis, kebarangkalian untuk dapat penyakit Monyet Gila tinggi jugak peratusnya. Oke, I will stop here ! Till then ! Bye ! *amek kau ! speakinggggggggg siot ! *
P/s :: Aku baru tulis tajuk. Macam mane tajuk entry aku ?Ade berani nak lawan ? Ade gaya sasterawan negara tak ? Ke sasterawan Zoo Negara je yang layak ?
Wednesday, November 23, 2011
cuti-cuti sekolah bukan cuti-cuti Malaysia
assalamualaikum wbt dan selamat pagi.. pagi dah kot ni…
*nak jugak buat entry ni walaupun final exam dah lama habis and nak masuk seminggu aku duk menyemak kat rumah*
alhamdulillah.. akhirnya lepas sudah exam final yang aku duk tunggu-tunggu selama ni.. tunggu ke ? takla tunggu sangat..tunggu dalam keterpaksaan je.. itu pon sebab syarat nak habiskan sem..kalo tak, takdenye aku nak exam-exam bagai ni..menyemak kepala otak je duk study banyak-banyak pastu soalan yang keluar ciput tuet je..bukan soalan sikit maksud aku..tapi yang aku bacanya keluar sikit je walaupun habis satu buku aku baca..*ayat nak tunjuk hebat* astaghfirullahalazim.. riak..
sekarang ni, memang masanya aku duk kat rumah aje la.. takde ape nak buat..dengar mak aku membebel potpet potpet je la..aku pun ape kurangnye..membebel jugak..maklumla, genetik orang tua-tua cakap..ke mana tumpahnya kuah kari kalau tak ke perut aku jugak *rekaan sendiri* tapi ape yang aku bebelkan takla sehebat mak aku..ayat dia lagi power + pedas + berbisa + makan dalam dan seangkatan dengannya la..bingit telinga aku dibuatnya tahan pitching yang memang dah sedia tinggi untuk kaum wanita macam mak aku tu.. mau pecah gegendang, bernanah telinga aku ni dengar.. *oke, hiperbola* tapi nanti bila aku dah balik Kedah, ni la yang aku paling rindu..tu aku tak kisah kena bebel.. asal mak aku bahagia, aku pon bahagia la.. sob sob sob *lap hingus*
sebenarnya, sepanjang aku duduk kat rumah ni, belum pernah lagi la aku tidur awal..maksud aku belum pernah aku tidur pukul 2.00 pagi ke bawah..tak tau la ape penyakit yang duk melanda ni.. biasanya aku memang akan tidur pukul 3.00, 4.00 pagi sebab mata aku ni memang susah nak lelap awal-awal.. mase duk study week hari tu, tau pulak mata ni asyik nak tidur aje..naik boring aku tidur..bila sampai kat rumah ni, kemain lagi susahnye nak lelap awal-awal..dan hasilnya, ni laa.. duk buat keje tak mendatangkan ape faedah ni..layan blog lagi sampai kul 4,5 pagi.. lagi satu hasilnya,, mesti dapat hadiah special berupa bebelan ma dengan abah sebab susah nak bangun pagi..susah nak bangun semayang subuh..nak buat macam mana, dah duk tidur lewat je..haruslah tak dengar bunyi alarm aku walaupun dah pasang level paling kuat.. dah dasar orang pekak memang macam tu la..tapi bukan salah aku jugak nak tidur lambat, dah memang mata ni tak mengantuk..dipaksa tidur pun tak jadi jugak..jap gi kang sekali tertutup tak bukak-bukak aku jugak yang susah kenape la mata aku ni tak buleh nak bukak..itula, paksa tutup lagi sampai dah tak boleh nak bukak *bab mengarut serahla kat aku* tapi aku rasa aku tak boleh nak tidur awal-awal ni sebab duk biasa tidur lambat kot 2,3 minggu sebelum exam tu..yelakan, dah duk layan video SuJu mane tak tidur lambatnya..tak tahannya, aku boleh lagi layan video time-time orang duk kalut study..ape punye manusia pun aku tak tau la..takde matlamat hidup betulla~
cukup la ni aku duk merapu ape tah ni..aku pon tak tau ape motif aku buat entry ni..sekadar memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah barangkali..oke la, nak fikir nak buat ape pulak lepas ni sebab kelopak mata aku ni susah gila nak tertutup walaupun tak ambik sebarang minuman berkafein..aku minum nescafe 3 in 1 tu bancuh 2 paket sekaligus pun tak macam ni tahu ! kalau la masa study week hari tu aku dapat stay up baca buku macam ni kan bagus..ni tak, asal pegang buku je mata kuyu..tengok video SuJu segar balek mata tu..kalau result aku down, memang aku salahkan kau la mata ! watch out ! oke,till then.. good night and have a nice day ~
p/s :: gerun la pulak bila cakap pasal result ni.. harap-harap pointer aku sem ni naik and takde paper yang kena repeat.. reader-reader mahupun silent reader sekalian, doakan kejayaan saye ye ! luv u !
Friday, November 11, 2011
exam fever ke KOREAN fever ???
assalamualaikum wbt dan salam hari Jumaat..
howdy ya peeps ??
today 11/11/11.. cantik kan tarikh hari ni ? baik pulak jatuh hari Jumaat yang mana penghulu segala hari. So, sama-sama la kita memperbanyakkan amalan kita memandangkan sekarang ni masih lagi bulan Zulhijjah. *mood ustazah*
oke, sekarang ni taknak la cerita pasal hari ni sebabnya aku pun jahil lagi bab-bab agama ni. banyak lagi yang nak kena belajar. sekarang ni pun kena belajar sebab tengah dalam musim exam. jadual exam padat gila woh ! semput bila teringatkan exam ni ! satu paper sudah lepas tapi tinggal 4 lagi paper berderet.. fuhh ~ semput.. tapi paper yang satu tu pon hancur berkecai beb ! redha aje la ~
tapi, yang lagi berat dugaannya, kenapa la mesti time-time exam macam ni aku TERMINAT dengan video clip- video clip SUJU pulak.. hadoiii ~ tak larat nak menahan kecairan hati tengok kehenseman dan kejambuan budak-budak SUJU ni.. lagi-lagi pandai menari pulak tu.. perggghh ~ memang menguji keimanan betol la ! asal nak bukak buku je, TERbukak video clip SUJU.. asal nak hafal note je TERdownload video clip baru pulak.. asal nak pegang pen je, TERpegang laptop pulak.. kalo macam ni la hari-hari macam mane aku nak study ? memang betol-betol TERdemam SUJU pulak time nak exam paper-paper bermasalah ni !
nak sambung tengok video clip SUJU lagi la.. eh tak, nak sambung study.. note-note pendidikan khas ni satu pon tak TERtengok lagi ! video clip SUJU je yang asyik duk TERtengok.. tu tak termasuk lagi group-group lain.. 2PM, MBLAQ, BEAST, BIGBANG sumenye tunggu masa aku tengok je tu.. nasib kau la wahai note-note sekalian.. sikit pon aku tak ingin nak pandang ~
p/s :: doa-doakan la aku ni supaya cepat-cepat sembuh dari KOREAN FEVER ni.. dan doa-doakan jugak aku ni cepat-cepat kena EXAM FEVER...
Saturday, October 29, 2011
home sweet home !
assalamualaikum wbt dan salam lewat malam menjelang pagi..
tiba-tiba malam ni rasa nak update blog memandangkan dah lama aku tinggalkan blog ni. yela kan, dah cuti seminggu plus duduk kat kampung pulak tu mestilah habiskan masa dengan family aje kan. normal la bagi perantau macam aku ni. dan aku pasti korang-korang jugak macam tu. sekarang ni, mata pun susah semacam aje nak lelap. dan kesudahannya, benda yang langsung tak mendatangkan faedah ape pun kat aku ni jugak aku buat. demm !
mood aku sekarang ni masih lagi dalam mood bercuti. nak cerita memang takkan habis ah mood cuti aku sampai bila-bila. exam tak fikir, nak balik kedah pun tak fikir. macam heaven gila duk kat rumah. tak payah fikir apa pun. bangun pagi, siapkan diri. sampai masa makan, aku makan. tak payah nak keluar duet ape pon, dapat makan yang sedap-sedap lagi. tak macam kat kedah, nak makan kena keluar beli, keluar duet lagi. makanan bukan sedap sangat pun. tak beli kang kebulur pulak. nak masak sendiri ? kirim salam ah. confirm fail ! dan sebab ni jugak la aku selalu kene bebel dengan mak aku. tapi takpe. macam masuk telinga kanan, kuar kot lubang hidung. penat bebel mak aku stop la. tapi bebelan mak aku tu la buat aku tak sunyi duk kat rumah. dan benda-benda kecik macam ni la buat aku homesick yang teramat sangat. demm sekali lagi !
tapi walaupun aku ni mood bercuti ke, kuliah ke, aku still kena balek kedah ahad ni. tu pon sebab tiket aku takde jumaat ngan sabtu, dats why la aku balek ahad. kalau tak jumaat tu aku dah say goodbye dah. tiket petang pulak tu. sabor aje la. 5.30 petang sampai 6.00 pagi jugak nak buleh aku balek kedah. jauh woo ! sengal badan aku naek bas yang super duper lama. tapi yang naek bas tu aku tak kisah sangat sengal-sengal, yang aku kisah aku taknak balek lagi ! dengan terjejaknye kaki aku kat bumi kedah, bermula lagi la life aku sebagai student. yang busy dengan final exam. after 3 weeks, baru aku balek ke Johor lagi. takpe, sikit je lagi *pujuk diri sendiri* walaupun tak lama, tapi aku dah dapat rasa dah tension masa exam week nanti. yang tu aku tak sanggup. tapi yang tu jugak la aku kena tempuh. haish ! teringin gila nak grad awal-awal. tapi nanti aku balik kedah takde la bosan mana pun. sebab aku ada kawan yang boleh share macam-macam. cerita memang takkan habis. dan dia jugak la kawan aku yang paling baik dan tahan dengan segala perangai aku yang kadang-kadang sensitif terlebih. *aja, sila belanje aku* :p
oke la, dah penat merepek dan merapu. and blog ni akan dibiarkan sampai aku habis exam kot.. KOT.. wish me luck in my final ya ! nite peeps !
p/s :: cakap taknak update masa exam, nanti ade je yang update sebab malas nak study :D
Friday, October 14, 2011
you are my SUPERMAN !
assalamualaikum wbt dan selamat malam..
rajin pulak aku update blog kebelakangan ni. sampai tiap-tiap hari nak update. biasanya sebulan sekali pon belum tentu. biasala, kalau boring plus tak tau nak buat ape plus hati berbunga-bunga, beranting-ranting, berbatang-batang baru sebok nak update belog buruk ni. kalau sedih pon still aku update ape ! tak pecaye tengok la entry-entry aku sebelom ni. bersepah cerita sedih !
mood sekarang ni tak sabar nak balik kampung ! hoyeahhh ! bukan kampung sementara aku kat Johor tapi kampung asal aku la. kat Terengganu. tak sabar nak jumpa nenek aku, tak sabar nak bergaduh dengan Tok Ngah aku, tak sabar nak makan keropok lekor original made in Terengganu, and tak sabar nak jumpa…. jumpa…jumpa.. err.. oke, kucing nenek aku ! * ceh ! bila masa pulak aku bestfriend dengan kucing*
oke, tipu ! tak. sebenarnya bukan kucing nenek aku. tak sabar nak jumpa kawan aku. sebab dia dah janji nak belanja aku makan mcD puas-puas. kalo tak jangan harap la aku nak jumpa ! lagipun dia ada cakap nak belanja aku kalau aku lulus lesen kereta tanpa mengulang ! and hoyeaahh ! I did it ! so, sekarang la masa untuk menagih kasih sayang, eh tak, menagih janji. aku ni bukan jenis orang yang mudah lupa pada janji lagi-lagi yang orang janji dengan aku. bukan apa. aku tolong dia tak buat dosa. jap gi kang cakap dia ni mungkir janji. so, taknak bagi dia mungkir janji, aku tuntut la.. yedokkk ??
dia cakap nak belanja je sebenarnya. takde pulak mention kat mcD ke ape ke. kalo ikutkan kat tepi jalan pon buleh. tapi sebab aku ada problem semalam and dia macam nak baikkan mood aku terus mention nak belanja kat mcD and yang buat aku suka lagi, aku buleh amek banyak mana makanan aku nak.. syok kan ?? aku nak tapau banyak-banyak ah nanti. agak-agak buleh buat stok makanan 2 hari. untungla nenek aku, buleh rasa BIG MAC nanti. walaupun takde gigi, hentam aje la wan ! biar kering wallet dia ! sape suruh janji nak belanja aku. kan aku dah tuntut ! tapi satu yang aku tak puas hati pasal dia ni dia. abis masalah aku, mood aku pun dah oke, terus menghilang ! nak tunggu contact aku pulak tunggu aku ada problem lagi la. yang ni memang aku geram gila! tak tinggal jejak langsung. takkan nak suruh aku cari kot. aku ni perempuan. harga diri kena jaga beb ! haish ! memang macam superman sebijik ! lepas tolong orang terus hilang. cuma superman tu orang tak kenal and yang ni aku kenal.
tapi cemana pon, aku memang berterima kasih banyak-banyak la kat superman ni sebab buat aku tak sabar-sabar nak balik Terengganu makan mcD banyak-banyak. kalo macam ni la, problem selalu pon takpe. aku rela ! haha.. THANKS YA SUPERMAN ! u cheer up my day ! dan kesannya, tengoklah aku duk merapu apa sekarang ni. oke, dah penat merapu ! see u then ! LUV YA !

he is not my SUPERMAN
p/s :: abaikan ayat yang bersepah-sepah dan tak tersusun tu.. ni la kesannya kalau hati berbunga-bunga sangat !
Thursday, October 13, 2011
ye ! aku memang orang yang tak reti bertanggungjawab
assalamualaikum dan selamat malam..
aku taktau nak start macam mana nk tulis kat blog ni. lama tak menulis macam janggal pulak rasa. plus, aku memang takde mood nak mengarang ke ape ke sekarang ni. pendek kata, memang aku rasa semua yang aku buat tak kena. tapi disebabkan dah takde tempat lain aku nak luah perasaan, aku rasa better aku tulis dekat sini je la. bukan aku nak suruh orang tau masalah aku tapi aku rasa lega sikit bila dapat cerita masalah aku. walaupun dekat blog je.
kepala aku pening dari petang tadi lagi. aku taktau la sebab ape boleh jadi pening macam ni. berdenyut-denyut sebelah kiri ni haa. mungkin jugak sebab minum nescafe tadi. tapi nak cakap aku ni migrain memang tak la. dulu-dulu ada la. tapi tak mustahil jadi balik kan ? dengan fikir macam-macam lagi. fikir apa pon taktau la aku. tambah pulak bila aku dah tiga kali mimpi benda yang sama macam aku cerita hari tu. serabut gila ! nak pecah kepala aku !
pastu, aku pun perasan jugak yang aku mudah sangat terasa dua tiga hari ni. pantang ada yang tak kena, mula la terasa. hati oh hati, kenapa la mudah sangat kau mengecik ? adik aku cakap sikit pon dah nak terasa. padahal sebelom ni gurau la macam mana pon takde la nk terasa ni. kalo terasa pon kejap je la. pastu oke la. tapi sekarang ni sampai boleh menitik air mata ni. padahal bukan hal besar sangat pon. murah sangat air mata aku ni.
then, hari ni. ada la sorang hamba Allah tu. aku taktau apa salah aku kat dia tiba-tiba je mengata aku. oke fine, aku tau dia bergurau tapi gurauan dia tu mempersendakan aku. macam mana nak tahan ? depan muka aku dia cakap. cara dia cakap tu nak cakap macam aku ni tak bertanggungjawab dengan kerja yang diberi. aku taktau nak cakap macam mana tapi seriusly aku terasa sangat-sangat. aku rasa macam aku ni orang tak bertanggungjawab dengan amanah, dan aku rasa tak dihargai. aku tak mintak pon untuk dihargai. memang tak mintak. tapi at least tunjuk la timbang rasa tu sikit. aku pon ada kerja aku. aku tak dikecualikan pun untuk buat kerja-kerja lain. kerja sama banyak je. mau tak tidur malam aku kalo nak siapkan kerja tu perfect macam yang kau nak. kalau tak puas hati kenapa tak bagitau awal-awal ? kenapa akhir-akhir sem ni baru nak bagitau? kan senang. tak payah aku nak habiskan kredit aku tanya tu tanya ni. tak payah aku nak tahan telinga nak kena marah, kena tengking dengan pensyarah. aku pun terkedu masa aku kena marah tu. ayah aku pun tak tengking aku macam tu. tapi ada aku marah balik kat kau ?? ada ? aku tanggung sorang-sorang jugak. walaupun hari tu aku cuti, tapi aku tak ungkit apa-apa pun. sebab apa ? sebab aku rasa tu memang tanggungjawab aku. and kau boleh pulak nak cakap aku ni tak bertanggungjawab. tanggungjawab macam mana lagi yang kau nak ? please la.. show some respect to others. kau bukan budak kecik yang nak kena ajar buat tu buat ni. aku bukan nak ungkit semua yang aku dah buat tapi bila perangai kau macam ni aku rasa macam sia-sia je apa yang aku buat selama ni. macam tak berbaloi je rasa. sakit hati aku ni tahu tak ?? SAKIT !!!
kalo boleh aku nak buat kerja ni dengan ikhlas. taknak la ungkit-ungkit ni. tak syok kalo buat kerja tak ikhlas ni. lagipun pahala pun tak dapat kalo buat kerja tak ikhlas. takpe la. ni mungkin dugaan untuk aku. apa yang aku boleh buat cuma bersabar je. takkan nak pegi pukul pulak kan? apa aku dapat setakat pukul kau ? lagi susah aku ada la. tapi lepas ni jangan suruh aku pegang apa-apa jawatan kalau rasa aku tak layak. maklum la kan. aku ni memang TAK BERTANGGUNGJAWAB..
p/s :: NOBODY PERFECT !
Tuesday, October 11, 2011
mimpi.. petanda atau mainan tidur?
assalamualaikum dan selamat malam menjelang pagi..
hari tu aku ade cakap kan nak cerita macam-macam kat sini sebab dah lama aku tak menaip. So, hari ni aku ade cerita sikit untuk ditulis kat sini. hurm..aku sendiri pon tak tau nak mula dari mana. Dah lupa dah cara menaip kat blog *over*
oke la. senang-senang cerita macam ni la. hari tu aku tertidur sebelum asar. tidur punye tidur sampai dekat pukul 6 kalo tak silap. tapi aku ade mimpi pelik sangat. tak tau ape maksudnye. tapi yang aku tau memang bukan maksud baik la. dan mimpi tu jugak la buat aku tak senang hati sampai sekarang. ceritanya macam ni… dalam mimpi tu ade banyak part.
first skali aku mimpi adik lelaki aku. masa tu aku dekat rumah. abah ajak semayang sama-sama. aku pun pergi la panggil adik aku tu nak ajak dia semayang skali. bila aku pergi dekat dia nak panggil, mata dia bulat pandang aku. tubuh dia meleding ke belakang sambil renung aku tajam. aku cakap kat abah aku adik aku kena rasuk. abah aku suruh pegang dia. aku pun pegang la. bila aku pegang tangan dia, dia pegang tangan aku kuat. kuku dia tajam. sampai aku boleh rasa dia cengkam aku. sebab bila aku bangun, tangan aku macam sakit. tapi kat dalam mimpi aku tu, sampai tersiat-siat isi lengan aku dia cengkam. tapi aku tetap gak pegang dia taknak lepas. darah jangan cakap la. sampai lenjun lengan baju aku. tapi yang aku pelik walaupun sakit, kenape aku tak lepas. aku baca ayat kursi kat adik aku tu. masa aku baca tu macam betul. aku dengar suara aku baca ayat tu. aku sedar aku baca tu tapi aku still terbaring lagi. pelik kan?
lepas tu part kedua pulak, aku mimpi ada orang bagi aku makan dan minum. ada tiga orangtak silap aku. aku pun tak pasti tapi yang pasti lebih dari sorang la. diorang hidangkan makanan ngan minuman kat atas meja tapi aku sorang je yang duduk kat situ. aku jenguk kat mangkuk tu. tengok-tengok diorang hidang macam-macam benda kotor dan tajam kat aku. yang aku ingat ada otak, kuku, rambut, paku, darah, kaca dan macam-macam la. aku taknak makan benda-benda tu tapi diorang paksa jugak. mak ngan abah aku pon ade masa tu tapi tak dapat tolong aku. ada orang cakap kalo mimpi diberi makanan-makanan kotor tu ada kaitan dengan sihir. aku pon tak tau sejauh mana kebenarannya. lepas aku taknak tu, diorang paksa aku minum air dalam cawan tu pulak. air tu air panas ! aku taknak, tapi diorang paksa. air tu mengelegak gila-gila yang macam baru masak tu. diorang suruh aku minum air macam tu tapi aku taknak. aku lari sekuat yang boleh. diorang kejar jugak aku sambil bawak makanan kotor tu. diorang nak sumbat dalam mulut aku. tapi tak boleh. aku elak jugak camne pon. last-last aku baca ayat kursi lagi. tapi tak berjaya jugak. makin laju diorang kejar aku. diorang macam makin kuat. sekali lagi aku dengar suara aku baca ayat kursi tu. macam real. pastu aku sedar. tapi mimpi tu macam betul. macam-macam aku rasa. penat, takut, sampai berpeluh-peluh.
aku tak tau kenapa aku boleh mimpi macam ni. tapi hati aku kuat mengatakan yang memang ada kaitan dengan sihir. tak taulah sebab ape. tapi tak taula betul ke tak. aku assume je. harap-harap tak la.. okela.. sampai kat sini dulu.. till then :)
p/s :: sape-sape yang ade terbaca entry ni yang tau pasal mimpi ni tolong explain ye.
Sunday, October 9, 2011
belog baru !
assalamualaikum dan selamat pagi..
ape khabar sumenye ye ?? lama kan belog ni dibiarkan.. tuannye sebok.. banyak lagi tugas penting yang perlu diselesaikan… lagipon aku rase macam tak perlu sangat la kot nak cerita semuanya kat dalam ni.. ni bukan diari aku.. ye dokk?? oke la.. ni hanyalah short entry sebab nak menunjuk belog baru ni haa ! baru ke ?? baru di touch up oke.. sekarang ni mata dah mengantuk.. lain kali pulak ceritanya ye.. banyak benda nak diluahkan kat sini sebenarnye.. banyak sangat since dah lama dah tak luah perasaan kat belog setia ni.. next time aku akan cerita semuanya kat sini.. mungkin esok, mungkin lusa.. tapi bukan sekarang.. sebab not in mood and aku pon tak tau kenape.. oke la peeps ! see u ya !
Monday, August 29, 2011
short entry ;)
assalamualaikum wbt dan selamat pagi
hari ni for the first time lepas sahur aku tak tidur.. semangat berkobar-kobar nak update belog ni.. maklumla kan, lame gile dah tak update.. bukan sebab tak ade mase oke ! sebab tu dah lapuk dah.. aku tak update sebab malas.. mase pon ade sikit-sikit je.. camne nak update.. nak tidur lagi, makan lagi.. so, keje mengupdate belog ni dah jadi last dah dalam senarai tugas aku ni haaa...
aku menaip ni bukan nak cerita pasal tu sebenarnye..saje je nak mengupdate sebab dah lapuk sangat dah blog ni.. kalo la blog ni umah dah buleh jadi reput dah sume kayu-kayu tu..
oke, hari ini dah hari last puasa.. esok dah nak sambut hari raya.. akhir sekali, ni la tujuan aku update belog sebenarnye..aku nak ucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI’ ‘MAAF ZAHIR DAN BATIN’ kat sume reader yang baca blog ni.. semoga kita sume dah berjaya topup pahala pada Ramadhan tahun ni dan sempat jumpe Ramadhan yang akan datang..
p/s :: mood nak beraye je ni.. esaimen dah beratur berderet-deret mintak disiapkan.. bile nak buat pon tak tau.. haishh !
Friday, July 8, 2011
3 hari 2 malam di Ulu Legong
assalamualaikum wbt…. dan selamat malam…
sekarang ni tengah eksaited giler-giler nak update blog.. maklumla, baru dapat broadband.. sebenarnye bukan baru dapat tapi baru bayar bil-bil tertunggak.. dan sebenarnye jugak, modem ni rosak.. lepastu baru dapat tukar la..bil pon dah bayar untuk 6 bulan terus.. so, lepas ni takdela nak kene potong-potong pulak…buleh la online sepuas hati..
oke, hari ni menaip kat blog ni bukan nak citer pasal broadband ke ape ke.. sebenarnye nak citer pasal pegi Ulu Legong hari tu.. takla hari tu sangat.. baru je 3 hari lepas..pegi untuk program anak angkat.. bestnyer tak tergambar dengan kata-kata la.. duk sane 3 hari 2 malam.. tapi walaupun sekejap je, sangat-sangat-sangat best !! tak rugi pegi tau ! aku dapat mak, bapak, adik, mak long, pak ngah, tok ngan tok wan kat sane.. orang kampung sane pon sume sporting-sporting.. diorang sambut meriah-meriah mase kitorang sampai.. dengan bunga-bunga manggar la.. macam pengantin pulak rase..
aku ni pon berdebar jugak mase diorang umumkan keluarga angkat mana yang kitorang sume ni duduk.. yela.. takut jugak kalo kene family yang tak sebulu.. tapi nasib aku baik.. duduk dengan family cikgu..baik pulak tu.. tapi, mak ngan ayah angkat aku takde mase tu.. keje.. so, terpaksa la tok ngan tok wan kitorang yang sambut..tapi tak kisah la.. sebab diorang sumenye baik-baik dah macam family sendiri pulak rasenye..
sampai-sampai je kat rumah tu, tengok-tengok ade sungai.. fuhhh ! syok giler kot.. dah la sungai, nak seberang ke rumah tu pulak kena lalu ikot titi gantung..double triple la dye punye syok! aku nampak-nampak sungai terus rasenye nak terjun.. maklumla, aku ni tak pernah duduk kat sungai..kat pantai je la… tapi pantai tak se syok sungai sebab sungai sejuk..pantai panas, buleh burn muka duk lama-lama..mase duk kat sana, tiap-tiap hari aku pegi mandi sungai..pagi,petang duk mandi.. sampai kecut kaki duk mandi..
lepas-lepas mandi, pegi dusun cari buah durian dengan rambutan..tapi aku sempat pegi sekali je..taknak pegi dah lepas tu.. sebab pacat naik atas kaki.. giler geli tengok.. dah la merah basah camtu, panjang pulak tu.. melekat kat kaki ! eeeii ! dalam tak sedar pon dah dua ekor pacat gigit kaki aku..tapi nasib baik tak sedar..sedar-sedar rasa gatal je..tengok-tengok dah merah.. tapi baik tak sedar dari sedar.. orang lain je la duk cari durian, pucuk paku sume tu.. aku memang dah tak masuk dusun dah lepas tu..makan je.. dapat pulak makan durian yang fresh dari dusun.. 2 biji jugak aku habis sekali makan.. sampai serak suara makan durian.. nak tidow malam pon tak buleh sebab panas badan..tapi best woh!! pengalaman tu!
mase duk kat sane jugak, sempat pegi kolam air panas.. tak best sangat pon.. aku ni memang tak suka sangat air-air panas ni.. tapi sebab nak kenal, pegi la jugak..kalo tak, tak kenal.. boleh tahan cantk jugak la tempat tu.. dan boleh tahan panas jugak air dye..sampai aku main kat kolam budak-budak je.. bajet macam muda la.. haha..lepas tu, dapat pegi tengok perkampungan orang asli.. memang asli sungguh ! macam duk bese tengok kat tv..tapi ni dapat tengok live.. lagi syok..diorang pon sporting..senang je kalo nak amek gambar..kalo nak taw pegi la.. memang unik masyarakat orang asli ni..
sepanjang duduk kat sini, banyak jugak la pengalaman aku dapat.. rasa hidup kat kampung yang betul-betul kampung..sebab kampung aku sendiri pon tak macam ni.. and dapat jugak rasa makanan-makanan kat Baling ni..tapi aku tak dapat rasa pengalaman duduk dengan family yang agak kekurangan..kalo buleh nak rasa benda tu sume..nak try rasa macam mana cara hidup diorang..tapi takpe..at least dapat tengok pon jadi la..tapi kan, orang-orang kat sini memang kaya dengan budi bahasa..diorang ni sangat-sangat sopan la..yang remaja-remaja pon takde nak berkasar dengan mak bapak diorang..tak macam orang bandar..memang respect la!
oke la,, cukup la aku buat refleksi ngan laporan yang tak rasmi ni.. nak buat refleksi rasmi malas la pulak..bila nak buat pon tak tau la..setakat ni dulu aku cerita..kalo nak cerita ni, 3 hari 3 malam pon tak habis..biar la aku simpan jadi kenangan je.. tapi serius best..rase macam taknak balek je.. Ulu Legong memang da best la!!! oke la,, mau tidow sudaa… bubbye ! selamat malam.. :)
p/s :: gambar tak sempat upload sebab belum transfer..kalo rajin aku upload la..
Saturday, June 25, 2011
NEW SEM NEW SPIRIT…
assalamualaikum wbt dan selamat petang….
huishhhh ! lame betul tak update blog ni.. sampai takde perkembangan langsung.. makin lame makin malas pulak nak update-update blog ni.. rase macam nak delete blog ni terus pun ade jugak.. tapi takkan la kot.. nanti kalo sakit ati, nak marah-marah, nak feeling-feeling, kat mane lagi nak tulis kan? kat atas dahi kau?
orite.. taknak cerita pasal tu arini.. skang ni, aku dah pun masuk sem baru iaitu sem 4.. lagi 4 sem buleh la nak kawen eh tak, grad.. oke la.. result untuk sem lepas dah dapat dah baru-baru ni.. hurm,, takde la banyak tapi oke la jugak berbanding dengan sem lepas.. Alhamdulillah sebab tak payah kene repeat.. mase cuti hari tu asyik fikir pasal repeat jer.. lega lepas dapat result hanya Allah aje yang tahu..
dah masok sem baru ni, macam-macam azam la yang keluar.. tapi tak tau la mampu ke tak nak buat.. nak siapkan assignment awal la.. nak jimat dwet blanje la.. nak study awal-awal la.. alaaa.. macam la kau tak pernah.. mesti pernah jugak kan? MESTI punye la ! tolong la cakap kau pun pernah jugak…
oke, taknak mengarut panjang-panjang kat sini.. tak tau nak tulis ape dah.. orite peeps ! see you then ! adios ! :)
p/s :: oh ya ! lupe nak cakap.. lepas ni, lame pulak aku tak update.. takde mood nak menaip plus brodband dah kene potong.. hutang ngan maxis and celcom pon dah banyak ni.. tunggu elaun baru buleh update macam bese..
Wednesday, May 11, 2011
STUDY + EXAM WEEK ! SERIOUS STRESS BEB !!
assalamualaikum wbt dan selamat petang…
wuhuuuuu ! sekarang ni dah masuk study week dah.. jadual exam pon dah dapat.. fuhhh~ betol-betol menguji keimanan aku tu beb ! paper dekat-dekat.. selang sehari je tuuuu.. cemmane nak jawab pon aku tak taw la tambah lagi bile study tak berapa nak banyak ni.. tidow je banyak ! tengok orang laen study tu cuak jugak.. tertanya-tanya jugak banyak mane la diorang dah study.. tapi cuak je.. study tak pon ! haish..
sekarang ni duk counting day nak balek jer.. exam tu belakang kira tapi counting-counting pon nervous jugak dow ! sebabnye, nak balek kena la exam dulu.. tu yang lemah tu.. lagi 2 minggu je lagi nak balek.. eii ! seronok seronok ! tak sabar.. tapi nak exam tinggal lebih kurang seminggu je lagi.. aiseymen ! kenape la lagi cepat exam dari balek rumah..
jadual exam sem ni padat gila wa cakap sama lu ! memang gila la.. aku pon tak tau sempat ke tak nak study.. mintak-mintak sempat la.. kalo tak study nak sempat apenye.. oke nak study,nak study ! *nekad*
19/5 ---- pengurusan bilik darjah
23/5 ---- pentaksiran pendidikan khas
24/5 ---- english language teaching methodology
25/5 ---- anatomi & fisiologi
26/5 ---- huraian sukatan mata pelajaran BM sekolah rendah
padat kan ? padat kan ? kan aku dah cakap… padan muke aku ! sape suruh tak study.. oke la,, nak out nak sambung study.. oh ! lupe nak cakap.. ni maybe entry terakhir sebelom aku exam.. lepas exam baru sambung berblogging balek..doakan kejayaan aku ye sume reader ! kepada yang amek exam jugak, good luck ! till then, peeps ! bubbye ! :)
p/s :: kalo nak ikot teori yang tunggu ade mood baru boleh nak belajar, alamatnye terkial-kial la aku mase exam nanti sebab sampai bila-bila pon mood aku takkan datang.. yang penting, aku kena push jugak diri aku untuk study.. aja aja fighting !!
Monday, May 9, 2011
SELAMAT HARI IBU, MA !
assalamualaikum wbt dan selamat malam….
SELAMAT HARI IBU eh tak,, nak tukar la.. macam tak best je.. HAPPY MOTHER’S DAY kepada semua mummy-mummy.. sebenarnye, aku confuse bape haribulan hari ibu.. sebab setahu aku 9 Mei.. tapi kat dalam facebook ramai pulak yang wish harini.. hurm.. takpela.. yang penting wish tu kan… korang dah ucap dah kat mak-mak korang ? aku ni confirm-confirm la takde orang nak wish sebabnye belom jadi ibu lagi.. ibu jari kaki ade la ! nak rase ??
oke, aku pon nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kat ma aku.. sebenarnye, dah telefon dah tengah hari tadi.., tapi macam tak lengkap pulak tak tulis kat blog.. so,,
SELAMAT HARI IBU, MA !!!!
terima kasih sebab membesarkan along selama ni sampai along jadi ape yang along jadi sekarang ni..budi dan jasa ma memang tak mampu along nak balas.. along janji along akan belajar sungguh-sungguh untuk balas jasa ma ngan abah.. saaayang ma ketat-ketat !! sobs~ *lap hingus kat hujung lengan baju*
ma aku ni best sangat-sangat tapi takde la sesuwit mak orang laen.. tapi bagi aku, ma aku memang da best mum la ! walaupun takde nak call aku tiap mase taknak bagi maen banjir time kedah kena banjir dulu, tapi aku tau ma bimbangkan aku.. ma tau anak dia pandai jaga diri.. takkan maen banjir-banjir ni walaupun takde call nak larang-larang..*tiba-tiba masuk bab banjir* haish ! kenape ? kau terasa ?
walaupun ma aku ni agak kedekut nak call aku, aku tau dia selalu ingat kat aku… buktinya, setiap kali aku call ade je benda yang nak diceritakan kat aku.. yela, sebab kredit aku, bukan kredit ma aku ! cuba kalo kredit ma aku, maunye missed call je pastu tunggu aku call balek.. alahai suwitttnye ! =.=’
tipula kalo aku cakap aku tak pernah lawan cakap ngan ma aku.. dulu-dulu ade jugak.. mase budak hingusan dulu.. selalu jugak la lawan cakap sebab tak suke kena kongkong, tak suka kena suruh-suruh.. tapi besar-besar macam ni tak dah la.. dah tau dosa pahala..jadi taat je la.. alaa, macam kau tak pernah..mesti pernah jugak tu..MESTI ! tapi ma aku ni penyabar orangnye.. mungkin aku mewarisi sifat sabar ma aku tu kot.. haaaa ! betol la tu.. aku mewarisi sifat sabar ma aku.. sebab aku ni penyabar orangnye :D
ma aku ni boleh kira THE GREAT CHEFF la bagi aku.. BAGI AKU la ye ! korang aku tak tau.. sebab ma aku suke masak.. aku ?? haramm tak reti.. masak megi buleh la ! aku ni agak beruntung la sebab ma aku ni fulltime housewife.. so, selalu masak-masak sebab aku and adek-adek suke makan.. abah aku pon sekali.. daripada breakfast sampai la ke dinner ma aku akan masakkan.. mase aku sekolah-sekolah dulu, balek jer sekolah, terus bukak tudung saji.. semua ma dah sediakan.. sekarang ni, mase nak balek kampung ma dah tanya nak makan ape.. balek jer terus ma masakkan.. ouh ! so sweeeeet la ma,,
selain masak, ma suke shopping menghabiskan duet abah.. and aku rase aku pon mewarisi jugak sifat tu.. SIFAT SUKE MENGHABISKAN DUET ABAH AKU.. banyak betol aku ikot sifat ma rupenye.. ish, tak sangka la pulak.. tapi abah takdela nak marah-marah pon.. sebab ma dah banyak berkorban untuk family.. abah biasanya ikot je ape yang ma nak sebab ma pon tak pernah la nak mintak macam-macam yang abah tak mampu nak belikan.. hope their happiness will last forever.. sukenye ! :D
sebenarnye, kalo nak ikotkan banyak lagi nak tulis ni.. sampai esok pon takkan habis ni.. tapi cukupla kot setakat ni.. yang selebihnya tu biar aku simpan je la.. beruntung sangat-sangat ada mak macam ma aku.. takde orang yang dapat gantikan beliau dalam hati aku.. bagi aku, dia la ma aku, ibu aku, umi aku, mak aku, mummy aku, mama aku !
MA, I LOVE YOU SO MUCH !! YOU ARE MY EVERYTHING ! till then, peeps ! gudnite :)
p/s :: takde gambar la pulak nak letak.. bluetooth buat hal,, haish ! menderhaka betol laptop ni,, tak padan ngan bisu ! grrrrr
Friday, May 6, 2011
MOST TIRED WEEK !
assalamualaikum wbt dan selamat malam… eh tak, selamat pagi !
hai ! sekarang ni jam kat laptop aku dah pukol 3.45 pagi waktu Malaysia.. kat laptop korang aku tak tau la kot dah siang ke ape ke.. tapi mata ni takmo tutup-tutup gak lagi.. dah puas tutup agaknye la kan.. mau taknye dah kalo keje hari ni asyik membuta je.. haha..
dah takde keje nak buat, tidow je la kan ? daripada duk termenung mengenang naseb diri yang jauh di perantauan yang tak buleh nak balek kampung time study leave sambil menangis-nangis.. yedok??kalo ikot yang aku dengar-dengar dulu, otak akan berkembang time kite tidow..tapi tak tau la sejauh mane kebenarannye tu.. kalo badan berkembang time tidow tu aku tau la !
tengok pada tajuk entry kat atas tu macam teruk sangat.. macam penat sangat jer minggu ni.. macam kena angkat batu bata nak buat rumah sambil buat muka comel dekat pak guard.. padahal tak pon.. sebenarnya, nak cari point nak update blog je.. kang tak update macam tak sempurna pulak minggu ni..cehh! macam ade orang tengok jer blog ni.. tapi trafik naek jugak sikit-sikit tu.. ngeeee~
akcely,,minggu ni adalah minggu paling rileks kot.. kuliah satu haram pon takde.. siang tadi je ade kejap.. tu pon dua jam je.. lepas tu berkuliah kuak lentang kat dalam bilik.. lame la jugak.. 2.30-6.30.. lame woo ! fuhh~ penat sungguh… sampai berpeluh-peluh dibuatnye.. haish,, sabor jela..
minggu ni takde kuliah sebab ade event.. ape name tah event tu.. EKSPO PENDIDIKAN PERDANA kot kalo tak silap aku.. macam-macam tu jugak la namenye.. lupe dah.. ekspo tu start selasa then habis hari rabu.. penat dow handle benda tu.. aku bertugas untuk pandu puteri punye gerai.. bahagian makanan.. tobat laen kali aku taknak dah jadi AJK gerai-gerai jualan ni.. PENAT SAMPAI NAK GILER! serius wa cakap sama lu !dari pagi sampai petang duk berdiri kat tengah panas sebab diorang bagi khemah tengah panas.. kurang asam betol ! macam ade konspirasi nak gelapkan aku lagi je, huh !
balek-balek jer terus tukar baju then makan makanan free yang diorang bagi.. sebungkus setengah jugak makan.. lapor derr ! dari pagi tak makan sebab orang laen tak buat keje.. maunye tak letih.. aku ngan kawan aku je yang bertungkus-lumus buat segala macam benda.. orang laen ?? balek buat kuak lentang kat rumah la kot.. takpon pegi bersuka ria kat YAWATA or JITRA MALL.. kot je ni.. andaian aku semata-mata,, tak tau betol ke tak.. cakap je.. jangan cepat-cepat buat conclusion okeh !!
lepas makan-makan tu, ape lagi.. semayang la ! alimnye aku.. haha *riak*.. nauzubillah.. backspace balek.. lepas makan tu, semayang zohor la sebab waktu nak habis dah.. ikotkan nak semayang dulu, tapi sebab lapor tak tertahan so makan dulu la.. nanti tak khusyuk semayang..acecece,, macam bagus sangat je ! *muntah darah*
oh ! lupe nak cakap.. sebelum makan tu, aku bukak hadiah dulu la dengan bff aku.. kitorang masuk pertandingan gubahan coklat.. MENANG DAPAT NOMBOR 1 derr ! tak pecaye pon ade.. maklomla, kitorang ni BRUTAL-BRUTAL COMEL gitu.. tak pecaye la buleh dapat nombor 1.. aim kitorang saguhati je pon takpe.. sekali umum dapat nombor 1, ape lagi.. nak melompat macam beruk maknyeh dapat pisang pon ade ! nanti la aku upload gambar-gambar gubahan tu kalo rajin.. mesti terpegun la korang tengok hasil kekreatifan kitorang yang diluahkan dekat gubahan coklat tu..MESTI PUNYE ! haha..
oke la,, ni je la dulu yang nak aku bebel kat sini.. idea sudah kering sekering tasek yang takde air..terer sungguh aku bab mererka-reka benda merepek ni.. adek-adek sekolah, sila tiru kalo nak BM korang fail oke ?? oke.. see u then, peeps ! luv yaa ! :)
p/s :: exam dah dekat sangat-sangat dah.. tapi tak sedar diri lagi.. orang laen khatam buku anatomi, tapi aku khatam quran update entry baru dekat blog !! haish~
Monday, May 2, 2011
MISS U, ADEK !
assalamualaikum wbt dan selamat petang.. :)
hi koranggg !! buat ape ye hujung-hujung minggu macam ni ? boring kan cuti lame-lame macam ni ? aku pon dah naek boring dah duduk sini.. masok hari ni dah 4 hari aku cuti sederet.. jumaat, sabtu cuti umum.. ahad pulak cuti hari pekerja.. then, hari ni, isnin cuti sebab takde kelas.. hahaha.. satu kelas pon takde hari ni.. syok ouh ! buleh tidow puas-puas..
tapi kan, serious bosan kalo cuti lame-lame kat sini.. takde tempat nak pegi.. kalo duk umah ngan family takde bosan pulak,, ade je yang nak buat.. hurm… serious aku rindu nak balek kampung.. dah sebulan lebih dah tak balek.. hukhukhuk :’( takpe, takpe.. sabar lagi sikit je lagi..
aku paling rindu adek aku yang bongsu.. satu-satunye adek lelaki aku..aiman name dye.. manja sangat kalahkan perempuan.. tiap kali aku nak balek sini mesti kiss pipi aku banyak-banyak kali.. tapi dye jarang nak cakap ngan aku kat dalam phone.. sebab dye lagi suke maen game, tengok kartun, and buat homework dye time aku call.. walopon dye dah besar dah, dah darjah 1 dah pon, tapi aku rase dye macam budak kecik je lagi.. selalu jugak belikan dye macam-macam.. tapi favourite dye, MCFLURRY kat MCD.. sampai nak rembat aku punye dow ! tapi aku tak bagi pon.. kalo aku bagi, aku nak makan ape.. lagipon, jage la kesihatan dye.. kang kencing manis pulak kan.. acecece, prihatin nye aku !
semalam dye kol aku lepas bangon tidow.. dalam pukul tujuh lebih dekat pukul lapan macam tu ah.. aku pon terkejot jugak sebab yang naeknye nombor adek aku yang tengah.. ingatkan sebab ape la dye telefon pagi-pagi macam tu… kot la abah aku ade bank in dwet ke kan lagi-lagi awal bulan macam nih.. kot je.. mane la tau kan.. heeee~ bile angkat tu, dengar la suara adek aku nih..
aku :: adek, kenape call along pagi-pagi nih ?
adek :: takde ape pon.. saje je.. adek baru bangun tidow..
aku :: kenape pakai hp angah ? mane angah ?
adek :: angah ade.. tidow.. adek jumpe hp dye nih bawah katil.. adek amek la...
alahaiiii adek aku ni.. nakal sungguh..mau mengamuk la mak singa tu kalo tau.. bukan maen lagi dye sayang kredit dye.. aku pon dye mesej je kalo ade pape.. ni kan pulak call.. dahla bukan dye yang cakap.. haha.. naseb kau la angah ! :p
lepas tu, tak lame dalam pukol 10 macam tu ade call lagi.. kali ni nombor adek aku yang sorang lagi tu pulak.. angkat-angkat dengar suara dye jugak.. lepastu sembang-sembang la sikit ngan dye..
aku :: laa… kenape call pulak ni ? dah la pakai hp kakak.. kakak mane ?
adek :: alaaa,, adek bosan la.. kakak tidow
aku :: letak la, nanti along call balek.. tapi nanti-nanti la..
adek :: takmo la.. adek bosan ni.. takde sape-sape nak cakap..
aku :: adek pegi maen game dulu.. nanti along call balek..
adek :: janji ye.. call balek eh..
aku :: oke oke.. janji.. nanti along call balek ye..
hahaha,, bukan ape.. nak tunjuk baek jer tu.. nak tunjuk yang aku ni memang tak sayang kredit nak call family aku.. hahaha *riak*
lepas tu aku tak call pon.. lupe nak call sebab aku tertidow lepas balek tasik.. sedar-sedar je dah lewat dah..malam tu aku call tapi dye dah tidow mak aku cakap.. dye tak sihat semalam.. saket perot katenye.. tu la, makan banyak lagi.. ade orang bawak dye pegi MCD.. hurm,, MCFLURRY lagi la tu.. tu la.. tak ajak lagi aku pegi ! kan dah saket..
adek.. nakalnye kamu.. kalo la buleh balek, sekarang ni jugak aku nak balek.. nak peluk, cium adek aku puas-puas.. serious rindu sangat kat dye.. ma cakap, dye ade lukis gambar dye dengan aku.. tengah maen laptop.. ade jugak dye lukis gambar aku ngan dye duk makan cadbury.. terharunye.. nak menangis bile ma citer.. tapi tahan la.. control macho beb !
oke la,, cukop la menaip.. sebab ade keje laen yang perlu disetelkan.. oke, till then, peeps ! adios ! :)
p/s :: jadi tambah rindu bile tengok adik kawan aku semalam.. teringat-ingat kat adek aku… huhu
Saturday, April 30, 2011
WEEKEND OH WEEKEND !
assalamualaikum wbt dan selamat malam dan selamat hujung minggu…
testing, testing… ehemmmm !
haish,, lame tak update blog.. kalo la benda ni buleh bersawang, agaknye dah tak berupe blog dah.. lupe pulak yang aku ni ade blog.. tu yang senang hati jer tak update.. eh ?
tak tau dah nak cerita ape kat blog nih.. asyik-asyik citer yang emo, yang sedih.. yang hepy tu jarang-jarang jer.. mesti boring kan bace ?? aku tau, aku tau.. jangan tipu ah ! tambah dosa je.. dahla pahala tak bape nak banyak.. oke, itu aku ye ! jangan terasa.. tapi kalo nak terasa ape salahnye… sedar diri la tu maknanya,, haha :D
boring la weekend ni.. cuti sampai 3 hari.. tak tau nak buat ape.. duk memerap je la kat dalam bilik nih.. blogwalking, berfesbuk, layan cerita korea dan buat ape-ape je la lagi yang sepatutnye dibuat oleh seorang student macam aku.. tapi bukan STUDYING ye.. esok nak exam barulah malam tu aku study.. mase tu tak ingat ngantok, tak ingat makan dah.. dalam kepale lutut otak ingat nak study jer..mane stail derr study awal-awal ni.. aku ni mane reti nak buat keje awal-awal.. last minute tau la ! kalo tak, takde ah nak kene sound ngan peah aritu.. haha ! takpe, takpe peah.. aku oke :D
semalam ade la pegi buat latihan kete yang 8 jam tu.. tapi semalam buat 4 jam.. fuhhh~ penat dow walopon duduk jer dalam kete tu.. pakcik yang ajar kete tu giler la garang.. takot-takot aku nak bawak lagi-lagi mase buat jalan raya tu.. jalan yang kene lalu tu dah la banyak lori.. maklomla, highway.. tepi kiri kanan pulak sawah padi.. pakcik pulak kadang-kadang tinggikan suara dye.. terkejot aku, tahu??buatnye terpusing stereng pastu terpeleot masok dalam bendang sape nak jawab ?? pakcik jugak kene jawab kan?? sape susah?? pakcik jugak kan.. haish !
lagi satu, akcely semalam ade dua orang cekgu yang ajar aku drive kete.. yang sorang tu perempuan.. kejap je dye ajar sebab pakcik ade keje.. so, dye mintak tolong tengok-tengokkan aku.. tapi masalahnye, bukan tengok saje.. siap marah-marah aku lagi, tahu?? siap banding-banding lagi aku ngan adek dye.. what the fish la ! dye cakap, adek dye tu pon senang diajar.. apasal cekgu macam aku ni tak boleh nak catch up ape yang dye ajar.. cara dye cakap tu macam nak cakap aku ni bengap je ! ape dye ingat sume cekgu pandai bawak kete ke?? kat maktab belajar bawak kete ke? sekarang ni sape yang bengap?
oke, sebenarnye, aku tak berapa nak pandai buat yang 3 penjuru tu.. susah dow ! dekat sepuloh kali jugak aku ulang buat benda yang sama.. kadang jadi, kadang tak ! tu sebab cekgu tu marah.. ala ! standard la tak pandai buat benda-benda tu.. ni first time aku kot ! eh tak,, second time.. kau dah pandai teros ke bawak kete mase lepas keluar dari perot mak kau??? haaa?? ade ? ade? rilek la cekgu, saya budak baru belajar la.. kalo salah tolong ajarkan.. bukan MARAH, TENGKING TAK TENTU PASAL !!
kesian adek kau dapat kakak macam kau.. naseb aku takde kakak lagi-lagi macam kau.. ish,, tak sanggup aku ! garang macam harimau betina.. dahla garang, kurang ajar pulak tu.. marah aku depan cekgu-cekgu and student-student laen.. jatuh maruah aku tahu??! tak tahu ke jatuhkan maruah orang laen tu berdosa?? tak takot dosa ke?? ni lagi la menguatkan teori aku yang mengatakan ……………… ape?? adelah ! secret~~ cakap kang terasa ! heh !
oke la,, nak stop dulu.. belom maghrib lagi ni.. kalau rajin nanti sambung membebel lagi… oke, see u then ! bubbye ! :)
p/s :: serious geram ngan cekgu tu.. rase nak sumbat belacan jer dalam mulot cekgu tuh ! suke-suke hati jer nak tengking aku ! AKU BAYAR OKE !! BUKAN FREE JER AMEK LESEN TUH ! HEH !! mane etika keguruan kau ?? upppss ! kau belajar ke ?? haha :p
Friday, April 22, 2011
korean fever !
assalamualaikum wbt dan selamat malam.. :)
KOREAN FEVER !! oh my God ! i’m totally in love with korean drama la ! sebelom ni nak layan korea pon jarang-jarang je sebab tak minat sangat.. dulu-dulu time sekolah layan la jugak.. first korean drama yang aku layan of course la WINTER SONATA.. tipu la korang tak layan ! drama tu paling top kot dulu ! aku sanggup tak pegi kelas and mengaji quran semata-mata nak tengok citer tu tahu ?? betapa jahilnya aku mase tu.. kalo ade kelas malam,, siap mandi awal-awal la sebab citer tu punye pasal.. kadang-kadang sampai ponteng kelas ah.. pasal citer tu la aku jadi tak pandai.. *dem !* kalo aku rajin pegi kelas dulu-dulu mesti sekarang ni duk oversea nuh ! :p
sebenarnye… dragon ball ade tujuh bijik sumenye dah lame dah tak layan korea-korea ni.. zaman last tinggal korea lepas tengok citer AUTUMN IN MY HEART.. citer tu bapak ah sedih.. pastu tak tengok-tengok dah sebab ape tah.. maklomla,, dah lame dah.. mase tu taon berapa.. sekarang ni taon berapa.. tak silap aku mase awal-awal aku form 1 or akhir-akhir aku darjah 6.. taon 2002 tu ! sekarang dah 2011.. haruslah aku tak ingat..
oke,, sekarang ni pon aku duk layan korea gak lagi walopon ahad ni aku ade test.. tengah layan MY FAIR LADY.. tak pandai serik aku ni.. hari tu pon nyaris-nyaris esaimen tak siap sebab duk layan BOYS OVER FLOWERS.. hahaha,, naseb la.. nak buat macam mane, selagi tak abiskan citer tu ati aku tak tenang.. ati tak tenang cemmane nak buat keje.. yedok??
banyak pulak citer korea ni ade dalam laptop aku.. tak abis tengok.. yang best, yang tak best sume ade.. dah banyak dah aku tengok sepanjang melepasi minggu-minggu kritikal.. sempat gak lagi layan korea walopon dalam saat-saat kritikal.. sebab tu esaimen lambat siap macam ade orang tanye aku.. “ ainul ni memang suke buat keje last minit eh ?” perghh ! rase nak tersembur air yang aku minum mase tu ! soklan lu tak bertapis dengan bio aura derr ! sentap aku ! tapi aku buat kool la,, ape barang nak tersentap bagai.. so, aku jawab la.. “ a’ah.. ainul memang suke wat keje lewat-lewat.. tak pandai nak buat awal-awal macam orang laen..” tapi dye sedar diri awal ouh ! dye cakap, “ peah (bukan nama sebenar) pon buat keje awal-awal, siap same jugak macam ainul” oke,, at least kau sedar diri ! hahahahahaha *gelak jahat*
oke la,, cukop la aku tulis malam ni.. eh ! awal pulak aku update blog malam ni.. selalu, kalo tak 12 tengah malam tak update.. malas ah nak update lewat-lewat malam ni.. nak layan KOREA.. nak tengok citer ape pulak pon tak taw la.. oke, till then ! see ya ! :)
p/s :: teringin nak tengok PLAYFUL KISS dengan SECRET GARDEN tapi takde la pulak.. haish ! :’(
Thursday, April 21, 2011
friendship never end :)
assalamualaikum wbt dan selamat malam :)
memandangkan aku dah tak emo, so aku taknak ah tulis yang emo-emo ni.. mood aku dah baek dah since keje dah selesai sume, buleh jalan-jalan, buleh enjoy-enjoy and takde orang yang carik pasal ngan aku ! aku tak boleh masok ar ngan orang yang suke carik pasal ni.. aku tak kacau hidop kau, kau pon jangan ah kacau hidop aku ! fair and lovely square kan ? ni taknak cakap ni, kang dah emo balek.. hurm..
oke la,, since sume keje aku dah selesai, aku and kawan-kawan aku pon pegi la jalan-jalan.. eleh,, kalo tak selesai pon pegi jalan-jalan jugak.. kaki ni xbuleh duduk rumah.. tak jauh pon kitorang pegi.. tasek darulaman je.. tu je satu-satunye tempat rekreasi yang paling dekat and mampu kitorang pegi.. kitorang ni nak pegi jauh-jauh tak mampu.. maklomla, takde orang nak bawak.. mak ayah pulak jauh.. kat sini pulak takde sape-sape.. kawan-kawan je la jadi peneman.. aku ingat better kitorang carik femly angkat la.. untung-untung buleh bawak pegi makan-makan, jalan-jalan.. nak holiday sekali pon buleh.. sape-sape nak amek kitorang jadik anak angkat tak ?? menantu pon buleh.. haha :p oke,, ni ade sikit gambar-gambar yang sempat kitorang snap mase kat tasek tu.. tapi bukan sumenye pada hari yang sama.. hari laen-laen ni.. tengok saje oke !
she`s my bff.. lepas gian naek buaian :D
lepas makan..
terengganu VS negeri sembilan.. agak-agak sape menang ?
hot dog prepared by mursyi :) tenkiu mursyi !
say peace !!
buggy ride ! syok owh naek benda ni,, tak penat nak pusing tasek :)
oke la,, tu je aku nak upload.. malas nak letak banyak-banyak lagi.. kalo pasan la kan,, sume gambar-gambar ni aku recolour.. hehe,,takpe la.. yang original punyer ade kat laptop aku.. nak letak kat sini haruslah cantek-cantek rite ? hope our friendship will last forever..
sume gambar-gambar ni kat tempat same je.. TASEK DARULAMAN.. nak pegi jauh-jauh tak mampu.. tapi takpe la.. as long as we are hepy ! pegi jauh-jauh pon kalo saket ati watpe kan?? pegi ramai-ramai kalo terpakse tengok adegan ramah mesra + lawak tak jadi baek tak payah kan ? baek kitorang hiburkan diri sendiri sendiri je.. takde yang saket ati takde yang terasa.. sume enjoy walopon tempat ni dah berpuluh kali dah pegi..
rasenye dah cukop la aku menulis.. mata dah mengantuk ni.. selalu je ngantuk awal-awal sejak takde esaimen ni.. haish ! bile nak study pon tak taw la.. subjek susah-susah semester ni.. kene kuat oww ! huhu.. oke la,, mau tidow sudaa~ gudnite peeps ! :)
p/s :: aku ade sorang ma dan sorang abah je.. NO ONE CAN REPLACE THEM ! *tiba-tiba*
Wednesday, April 20, 2011
gentleman taik kucing kau !
assalamualaikum wbt dan selamat malam…
bapak ah jahat punyer tajuk entry.. tapi suke pulak aku bile bace.. korang nak bace MESTI buat nada yang sepatotnye tahu ! oke.. first of all, cantek tak cantek tak template baru blog ni..? suke sangat aku tukar tukar template nih.. tadi mase duk penat-penat blogwalking sampai bape kilometer tak taw tibe-tibe terjumpe la layout ni.. bapak ah sarat layout ni.. tapi aku suke.. colourful je.. ceria.. cukop la nak ceriakan mood aku tiap kali tengok blog buruk ni.. maklomla, mood tak stabil dua tiga hari ni tapi takde makna ape ape oke !
cume, ade something yang aku tak puas hati.. asal update entry jer mesti ade rase tak puas hati kan.. hurm.. macam mane nak buat.. orang-orang yang buat aku tak puas hati ade kat sekeliling.. cube kalo duduk rumah, takde la pulak nak buat entry tak puas hati.. rumah lagi :’( ouhhh ! i miss my home badly !
oke,, back to our topic,, aku kadang-kadang tak faham ngan perangai sesetengah orang ni.. asal muke nampak baek teros cop dye tu baek.. perangai elok je.. pijak semut pon tak mati.. asal muke jahat je teros cop jahat.. panas guwa derr ! helllo ! sume orang muke baek tu baek jugak ke kat dalam ??? dont judge a book by its cover la.. aku dah banyak kali kene ngan orang muke baek.. mentang-mentang la perangai aku ni tak bape nak baek *bukan jahat oke* teros cop aku jahat ! lu apahal der ?? aku ni pon ade perikemanusiaan lagi.. time aku susah pon aku fikir orang lagi ! aku ni bukan jenis penting diri oke ! kau tak kenal aku jangan cakap ah ! meluat nak terkeluar anak tekak aku tahu kau nak tunjuk gentleman… gentleman tak bertempat ! nak tunjuk gentleman la konon ! gentleman aku kau tak tengok lagi ! huh ! aku dah penat ah nak jadi baek.. senyap je bile kena hentam.. ! aku taknak ah senyap senyap lagi.. kadang-kadang teringin nak jadi outspoken.. tapi tak sampai hati.. maklomla,, ma ngan abah aku besarkan aku dengan sopan santun dan berbudi bahasa.. kasar-kasar bukan cara aku.. negeri aku penuh dengan lemah lembut.. tak perasan ke orang TERENGGANU bile bercakap lembut je ? takde nak kasar-kasar macam orang negeri teeettt.. * kang kalo mention terasa pulak* tapi TERENGGANU pon yang tertentu je la.. especially kat kampung aku la.. KUALA TERENGGANU.. yang laen hampeh je ! cakap je lebih.. cakap macam nak bergegar satu negeri,, buatnye tak pon ! pegi la kau ! lagi baek kambing kat rumah aku.. bunyi-bunyi kuat pon buleh gak la sembelih wat makan..
hurm.. i think dats all for now.. mata pon berat semacam je.. kalo ikotkan nak citer lagi.. banyak lagi ni nak citer tapi malas nak menaip.. nanti kalo rajin ade lagi nak sambung.. oritee ! nak siap-siap nak tidow la.. esok ade kelas pagi-pagi lagi.. oke,, gudnite all ! adios amigos !
p/s :: jangan mudah tertipu kat orang muke baek ! muke baek, alim, sopan, ayu tapi perangai jahat tak terduga kau tahu ! depan kau pijak semut pon tak mati.. tapi kalo belakang kau pijak gajah pon buleh nazak gajah tu..
Saturday, April 16, 2011
sakit rumah :’(
assalamualaikum wbt dan selamat petang…
alhamdulillah… minggu ni dah tak sesibuk minggu-minggu yang lepas.. dah buleh bernafas dah sikit.. dah tak sebusy minggu-minggu sebelom ni yang tak abis keje nk buat.. but still ade keje yang perlu disiapkan…
hurm… sekarang ni, rase macam nak balek rumah sangat-sangat.. rindu everything about rumah.. rindu ma ngan abah.. rindu adek-adek dekat rumah.. nak dengar sore dorang gaduh-gaduh dekat umah.. buleh ke aku nak tahan lagi sebulan lebih..? :’( jeles dengan orang dekat yang selalu balek rumah.. oke, dekat maksud aku ialah PERLIS, PENANG, KEDAH, DAN PERAK.. aku tak tau nak cakap la kalo korang cakap negeri-negeri ni jauh lagi.. *sigh*
aku sangat-sangat tak puas hati kalo orang yang balek rumah duk post kat facebook yang dye balek rumah.. macam dye sorang je yang ade rumah.. aku pon ade la tau ??? cuma takde kesempatan nak balek jer.. kalo setakat cuti 3 hari nak balek memang tak padan la.. tak sempat panas punggung duk rumah.. dah la tiket bas mahal.. kau takpe la.. setakat duk dekat-dekat.. takde dwet nak naek bas buleh call parents kau suh datang amek.. aku ?? ade ke parents aku nak datang jauh-jauh dari johor semata-mata nak amek aku yang nak balek tak sampai seminggu.. kalo dorang sanggup datang amek pon aku taknak.. menyusahkan dorang tu bukan keje aku..aku memang tak buleh tahan la duk bace post-post kat facebook yang bunyi-bunyi macam ni :
- rumah manis rumah *home sweet home*
- bestnye bile ade kat rumah.. makan masakan mama
- bestnye mama masak harini.. esok nak suh mama masak ni la pulak
- akhirnya,, dh smpai rumah.. ouh ! terubat rindu tengok rumah..
hello ! kau ingat kau je ade rumah ?? eeeii ! pelissss la.. aku rase macam annoying gile * jeles* kalo dah balek tu buat je la cara dah balek.. yang duk post-post tu perlu ke ?? aku rase nak tampar laju-laju je orang macam ni.. aku jeles tahu ????! aku jeles ngan orang yang selalu balek pastu duk post-post bagai.. aku takde peluang nak rase macam tu.. aku takde peluang nak balek cuti kejap-kejap ni.. kau ingat aku nak ke duk jauh-jauh macam ni ?? kau ingat aku suke ?? tolong la faham perasaan orang jaoh macam aku ni ! aku tau bukan aku je rase macam ni.. orang laen yang senasib dengan aku pon rase macam ni jugak.. stop la penting diri macam tu.. kau faham tak kalo kau post macam tu, hati aku saket ! aku pon rindu femly aku.. aku pon rindu rumah aku.. eeeii ! tolong la faham !
p/s :: entry ni agak emo.. kalo rase nak terasa tu, sila terasa teros.. sebab aku lagi terasa dari korang.. * gelak jahat*
Sunday, April 10, 2011
freeeeeeeee !
assalamualaikum wbt…dan selamat malam….
fuhhhhhh ~~ saya sudah free ! hohohoho.. akhirnye lepas saat-saat kritikal ! lega yang teramat sangat rasenyer ! alhamdulillah..
tak tidow aku buat esaimen tahu ! kalo tidow pon, kejap je.. tak sempat la nak mimpi indah-indah tu.. asyek mimpi esaimen jer.. mimpi esaimen sume dah siap,, dah hantar sume dah.. bangon-bangon, amek kau ! tak bergerak sikit pon ! bayangkan betapa frustnye aku ni.. terpakse la bersengkang mata buat esaimen.. orang laen tidow, aku buat esaimen.. orang laen buat esaimen, aku layan korea.. eh ? tu la.. dalam busy-busy pon sempat lagi layan citer korea.. boys over flower uuu ! not bad la.. oke la jugak.. i loikee ! haha
oke la u all.. nak sambung layan citer lagi la.. buleh tidow awal tonite ! awal la sangat.. haha.. oke, see u later ! bubbye ! :)
p/s :: aku rase lee min ho tu smart ah.. kim hyun joong gentleman.. kim bum macam nubhan.. kan ? :D
Thursday, April 7, 2011
kawen !
assalamualaikum dan gud evening peeps !
macam gedik giler tajuk entry tu.. aku pon tak taw ape ke nerakanya atau bahasa yang lagi saintifiknye what the hell aku tules macam tu.. sebenarnya aku nak bagitaw korang yang aku dah kawen dah tadi.. pecaye tak ? pecaye tak? oke, jangan pecaye sebab ni adalah tipu semata-mata.. ![]()
sebenarnya memang ade kaitan ngan tajuk pon yang aku nakciter arini.. pasal kawen r.. aku mimpi jer aku kawen tadi.. asyek mimpi pelik-pelik jer.. aku sendiri pon dah rase pelik dah..
oke, back to our topic, tadi aku membuta lama sangat.. sebab tu mimpi pon pelik-pelik.. tapi aku rase aku mimpi tu dah dekat-dekat aku nak terjaga dah.. sebab sekejap sangat aku mimpi..
alkisahnye macam ni.. aku mimpi yang aku dah kawen.. tak taw la pasal ape.. mungkin sebab sebelom aku tidow tu aku tengok gambar kawen kawan aku kot… tu la.. suke stalk orang.. tambah-tambah pulak, tadi mase pegi kelas, lecturer aku duk sembang pasal kawen-kawen ni.. mau tak termimpi-mimpi aku.. haha .. oke, dah melalut.. dalam mimpi tu, aku mimpi aku kawen.. tak taw la dengan sape aku kawen.. tapi aku dapat rasekan yang orang tu familiar sangat.. cume aku tak ingat muke dye macam mane..
lepas tu, mase tengah bersanding tu, buleh pulak ade fairy godmother datang ala-ala citer cinderella gitu tolong tukarkan baju aku.. tapi mase dalam mimpi takde la pulak nak rase peliknye.. bile dah bangon, terfikir pulak..macam mane fairy godmother tu buleh tersesat masuk dalam mimpi aku,, sangat tak logik.. yang laki aku dalam mimpi tu pulak tunggu aku dalam kereta kuda.. bapak ah klasik giler mimpi aku.. sampai nak citer pon aku malu !
aku tak taw la ape sebab aku buleh mimpi klasik-klasik macam tu.. tapi aku suke laki aku dalam mimpi tu.. romantik dow ! haha.. tapi kan, macam sekejap sangat kawen tu.. tup tup dah ade rumah sendiri.. mase dalam mimpi tu rumah sendiri kat KL.. then, ma ngan abah macam sedih jer.. sedih nak lepas aku pegi.. aku pun sedih jugak.. sekejap lepas tu dah ade kat KL kat rumah kitorang sendiri.. aku ingat lagi rumah kitorang tu.. cantek sangat.. laki aku dalam mimpi tu kaye la kot.. ade taman, ade swimming pool.. memang lengkap la.. tapi mase dalam mimpi tu jugak aku terfikir, tadi rase macam baru abis kelas.. cam mane aku buleh kawen pulak ni ? terase amat pelik di situ..
lepas aku jalan-jalan round rumah tu, tibe-tibe aku tersedar dari tidow tu.. mula la rase blur jer.. mane rumah aku ? mane laki aku ? tak buleh blah ah.. lame jugak duk termenung kat atas katil.. teringat balek kat mimpi tu.. memang indah sungguh ah mimpi tu.. walaupun ade jugak klasik-klasiknye.. mase dalam mimpi tu, aku pakai banyak baju.. macam-macam kaler.. maklumla, ade fairy.. memang sweet dream sungguh ! rase macam taknak bangon jer.. dalam hati aku cakap, kan best kalo betol-betol.. ish ! kalo la betol, mau kenduri tak habis.. sape taknak laki kaye kau ? meh cakap kat aku.. takpayah nak study susah-susah nak hidup senang.. dan aku rase jugak, mimpi ni mungkin sebab aku tertekan sebab terlalu banyak keje kot.. ah ! tak kisah ah.. yang penting aku suke.. oke la peeps, wanna out ! keje banyak menanti.. ade mase aku update lagi okeh ? see yawwww ! :)
p/s :: aku rase macam ade kimia *chemistry* je ngan orang yang jadi laki aku tu.. still wondering.. sape la agaknye tersesat masuk dalam mimpi aku tu.. ish,, tak ingat muke la pulak.. tapi serius macam familiar.. rase macam artis pon ade jugak.. haha :D
Saturday, April 2, 2011
kau sahabat kau teman sejati..
just to share satu lagu..
and sebab aku teringat sangat-sangat kat arwah kawan aku..
dulu-dulu kalo dengar lagu ni cepat je air mata nak jatuh..
sekarang pon macam tu.. tapi takde makne la nak menangis..
sebab kalo kite menangis, orang yang kite tangiskan tu mesti terseksa dalam kubur kan? :')
aku taknak kawan aku terseksa..
kalo korang penah rase macam yang aku rase mesti korang akan faham perasaan aku macam mane..
tapi takpe la.. dah ajal.. aku dah ikhlaskan ape yang jadi.. cume tipu la kalo aku tak ingat langsung..
tipu jugak kalo aku cakap yang bile aku ingat aku tak sedih..
tapi takdela sampai nak meraung-raung..
oke la,, korang tengok lirik lagu ni eh.. betol-betol bermakna..
aku dah citer sumenye dekat ENTRY aku yang lepas..
artis : hijaz
tajuk : kau sahabat kau teman
Al-Fatihah untuk arwah sahabatku
dan selamat malam !
mimpi ape tah hari nih rase nak update blog lagi.. padahal esemen nyer bertimbun-timbun tak habis nak buat.. tapi sebok lagi nak update-update ni.. alahai,, naseb la.. tib-tibe jari ni gatal nak menaip.. duhhh ! penampar sebijik ! esemen malas nak taip, blog rajin pulak update ! huh ! watever~
oke la,, actually aku ade citer yang nak citer kat korang sume reader-reader blog ni yang aku kasihi.. *ade orang bace ea blog aku?* aku taw ade orang bace.. walopon sikit, tapi naek jugak trafik ni.. haha ! ye.. ! saye memang perasan ! ade masalah ? *aku tak taw ape motifnye* oke la,, taknak mengarot lagi dah.. nak citer ni.. korang dengar eh..
dulu, aku ade kawan.. kawan aku ni baek sangat.. aku kenal dye mase form 2 lagi.. sebab mase tu dye duk sekelas dengan aku.. tapi mase mule-mule aku tak baek sangat pon dengan dye.. besela,, aku kan perempuan.. dye tu laki.. tak manis ah kalo nak rapat-rapat nak sembang-sembang dengan dye bagi budak skolah agama macam aku ni.. lagi satu, aku ni pemalu.. tak cakap ngan laki dulu.. bese la,, zaman-zaman nerd.. sekarang ni laen pulak.. duk bersembang takde hal la.. sangat laen aku yang dulu ngan aku yang sekarang.. oke,, taknak citer pasal aku.. sambung balek ye..
oke,, aku start rapat dengan dye ni mase last-last form 2.. aku tak ingat mase mane aku dengan dye buleh jadi rapat.. aku rase mase kitorang kene buat keje skali kot.. mase tu kene pairwork.. cekgu sains aku suh cabut sehelai kertas yang ade name.. aku cabut-cabut tu dapat name dye.. means, kitorang kene bekerjasama la.. *geli dow taip skema-skema ni* and mase tu la aku taw yang dye ni tak sombong.. seriously aku ingat dye sombong..start daripada tu, kitorang jadi rapat..sampai la awal tahun 2005...
mase awal tahun 2005 tu, sekolah kitorang ade buat gotong-royong.. aku ingat lagi mase tu ari selasa.. kitorang pon still duk satu kelas lagi mase form 3.. selalu jugak la study same-same.. serius aku cakap, dye la budak laki first yang aku rase macam bestfriend aku.. macam-macam kitorang share same-same.. dye penah citer masalah dye kat aku and ade simpan lagi hadiah yang dye bagi kat aku mase last kitorang jumpe..
and last kitorang jumpe mase hari gotong-royong tu la.. banyak dye sembang dengan aku.. sembang lame giler macam dah taknak jumpe dah.. orang laen duk gotong-royong buat macam-macam, kitorang duk menyembang.. aku ingat lagi mase tu macam-macam lawak dye buat sebab aku tengah sedih.. ade la benda yang buat aku sedih dan aku taknak citer dekat sini..lepas tu, dye ade bagi hadiah kat aku.. dye cakap dye dah lame nak bagi tapi takot aku taknak terima.. dye bagi klip rambut bentuk butterfly kat aku.. bende tu ade kat umah aku.. aku simpan lagi sebab benda tu sangat bermakna bagi aku.. dye cakap, dye takde adik.. dye tengok benda tu terus berkenan tapi tak taw nak bagi kat sape.. then,dye bagi la kat aku..
mase hari gotong-royong tu, kitorang banyak sembang.. dye pulak duk buat lawak.. banyak bende kitorang sembang.. sampai la dye cakap camni..
dye : lepas ni, awk jage diri awk baek-baek la ea.. sy dah takleh nak jage awk lepas ni..
aku : asal pulak?? awk nak kawen ke? ke takot makwe marah?
dye : takla.. nak kawen pon tak sempat dah.. awk ni asyek pikir kawen je..
aku : dahtu awk taknak kawen ke?
dye : kalo sempat, sy kawen r.. kalo tak sempat nak buat cemmane..
oke, aku anggap tu satu gurauan la.. sebab budak ni memang suke bergurau.. memang dye jage aku mase aku kawan dengan dye.. dye ni memang dah macam abang aku.. kebetulan pulak dye memang tua setahun dari aku.. tak taw la cemmane dye buleh tua setaon dari aku.. tapi tak silap dye amek upsr mase umo 13 taon kot.. dye pulak takde adek.. memang sangat-sangat jage aku.. mase haritu jugak, dye banyak cakap bende pelik-pelik..
aku : awk nak pegi kem motivasi kan jap gi?
dye : yela.. sy nak pegi kubur skali..
aku : nak watpe pegi kubur? *lurus*
dye : dah kalo orang mati takkan nak duk kat umah ! *mase ni aku tak faham ape yang dye nak cakap*
dye : kawan-kawan, aku nak mintak maaf kalo selama ni aku ade wat salah ngan korang..
aku : knape nak mintak-mintak maaf ni? salah makan ubat ke?
dye : yela.. kite tak taw bile kite nak mati.. kene la selalu mintak maaf.. jangan mati dalam keadaan kite berdosa kat orang lain *mase ni aku pon tak dapat tangkap lagi maksudnye*
dye : kalo sy takde lagi, awk jangan nanges eh..
aku : awk nak pegi mane?
dye : kalo la sy mati ke, ape-ape jadi kat sy ke..awk jangan la nanges..
aku : mau sy tak nanges kalo kawan sy takde..
dye : kalo awk nanges, maknenye awk tak terima ketentuan Allah.. awk kene terima camne-camne pon..
aku : *taknak layan dye cakap mengarot* takpe la.. nanti-nanti la sy terima..
then, mase dah nak balek dah lepas tu.. mase kitorang tengah makan tengah hari.. dye pon dah nak pegi kem motivasi.. mase tu sekolah kitorang ade buat kem motivasi untuk student yang duk asrama.. tapi laki je la.. yang perempuan tak pegi pon.. mase aku duk kemas-kemas barang nak balek tu, tibe-tibe dye cakap kat aku lagi..
dye : sy mintak maaf ngan awk eh.. halalkan sume makan minum yang awk penah belanja sy selama ni.. halalkan jugak ilmu yang awk dah ajar kat sy..
aku : yang awk ni tak habis-habis nak mintak maaf kat sy ni apahal? sy tak faham la.. *mase ni aku rimas*
dye : sy takot tak jumpe awk lagi lepas ni.. kalo dah ajal kite tak taw.. kite nak cuti panjang ni..
aku : panjang ape benda nye? 4 hari je kot.. kite kan dah penah cuti 2 bulan.. awk tak cakap ape pon..
dye : sy la nak cuti panjang.. awk tak la..
aku : macam-macam awk ni kan..
dye : yela.. awk maaafkan sy eh ? halalkan sumenye eh ?
aku : yela-yela ! *malas nak melayan*
dye : oke, sy pon maafkan awk sumenye.. halalkan sumenye.. lepas ni awk jangan ah sedih-sedih..awk kawan perempuan first yang sy rapat.. best kawan ngan awk..
aku : haaa, ye la.. kalo sy sedih pon, awk ade.. awk kan suke melawak.. best kawan ngan awk jugak..
dye : kalo sy ade... kalo sy takde, sape nak melawak ? so, jangan ah sedih-sedih lepas ni..
aku : awk jangan ah cakap camtu.. malas ah nak cakap.. sy nak balek ah.. nanti sy kene tinggal ngan bas sebab cakap ngan awk..
dye : cakap ah selagi ade kesempatan
aku : pape la awk.. sy nak balek dulu.. jage diri leklok.. pegi sane biar insaf betol-betol..
dye : yela.. biar sy stay kat sane teros pon takpe..
aku : ikot suke awk la..
dye : awk pon jage diri leklok cuti ni.. jangan sedih-sedih lagi lepas ni..
lepas tu aku pon balek.. then, mase hari jumaat 1 Muharram aku terima panggilan dari kawan sekelas aku cakap kawan aku ni lemas.. memang terkejut aku mase tu..mase aku pegang telefon tu buleh jatuh.. kawan aku cakap dye ni lemas kat pantai Merang mase kem motivasi ni.. and ade 4 orang lagi kawan kitorang yang lemas and ustaz yang pegi sorang.. ya Allah, tuhan je yang taw perasaan aku mase tu.. aku rase kehilangan yang amat sangat.. tibe-tibe aku terbayang-bayang muke arwah.. kata-kata arwah tu macam terdengar-dengar je.. hampir hilang semangat aku mase tu.. aku telefon lagi kawan aku nak dapat kepastian.. aku harap dye salah orang sebab yang pegi tu ade jugak name same ngan arwah..
lepas aku telefon tu, memang confirm dye.. tapi mase tu diorang (penyelamat) tak jumpe lagi jenazahnye.. hilang lagi.. so, tak confirm lagi la yang dye lemas.. mase tu aku harap ade la bot nelayan yang selamatkan arwah.. betol-betol harap macam tu.. memang tak berhenti berdoa mintak arwah selamat.. tapi Allah lebih sayangkan arwah.. mase hari sabtu, diorang jumpe jenazah arwah.. jenazah arwah duduk tegak dengan kepala kat atas and kaki kat bawah dalam air.. ade orang cakap duduk macam qiam dalam semayang tu.. wallahualam..
mase dapat taw yang arwah dah takde, aku rase sedih sangat.. aku rase macam down sangat-sangat.. aku kehilangan kawan baek aku.. kalo la aku taw hari tu last aku dapat jumpe dengan dye, aku spend mase banyak-banyak dengan dye.. aku cakap banyak-banyak.. tapi dye pesan jangan sedih lepas ni.. macam mane aku tak sedih kalo aku kehilangan benda yang aku sayang.. sepit rambut tu ak simpan lagi.. tak penah pakai pon.. aku tak tengok pon.. bukan tak sudi tengok tapi kalo aku tengok, mesti sedih.. aku taknak sedih sebab macam aku tak ikhlaskan ape yang jadi..
lepas ape yang jadi tu, banyak kali jugak aku mimpi jumpe dengan arwah.. arwah macam hidup lagi.. pesan macam-macam kat aku.. macam yang kitorang selalu buat.. sembang-sembang.. gurau-gurau.. lepas dah lame tu aku tak mimpi dah.. aku dah buleh terima ape yang jadi.. aku terfikir nak post entry ni sebab baru-baru ni aku mimpi arwah lagi.. mungkin sebab lame sangat aku dah lupekan arwah.. mungkin sebab dah lame aku tak hadiahkan yasin dengan al fatihah kat arwah kot..
masok tahun ni, dah 6 tahun awak takde..
sy doakan awk bahagia di alam sana.. Al-Fatihah..
p/s :: sedih sangat mase taip entry ni..teringat-ingat kenangan lame..macam baru je kejadian ni..
tapi aku dah ikhlaskan ape yang berlaku :')
Friday, April 1, 2011
muke baru !
dan selamat malam..eh, pagi..
hai readers... cantek tak blog ni punyer muke baru ?? aku baru jer lepas make over dye.. puas duk cari template lawa tapi tak jumpe jugak.. last-last pakai jer la yang tak lawa nih.. update sikit-sikit ape yang aku tak puas hati ngan blog ni.. ade la jugak remove bende-bende yang buat aku punye blog ni jadi berat.. last-last macam ni la jadinye.. oke korang... what de heck aku tukar template malam-malam ni kan.. eh, pagi maksud aku.. macam takde keje sangat jer.. actually, dah lame dah berhajat nak make up blog ni.. tapi selalu tak jadi sebab sibuk.. oke, sekarang pon sibuk lagi tapi memandangkan dah tengah malam, line ni laju semacam je.. tula aku tunaikan hasrat yang tertangguh tu.. takde makne pape pon sebenarnye.. suke-suke je sebab dah boring duk tengok blog ni.. skali-skala nak jugak tengok muke baru kan.. aku rase banyak sangat dah aku menaip.. tapi jap je rase.. kalo la taip esaimen pon macam nih jugak alngkah bagusnye.. *skema* oke la readers-readers sume.. mata beta pon dah berat semacam je.. macam tergantung gunung jerai je *hiperbola* eh, wait ! gunung jerai ?? ehemmm ! tibe-tibe saket tekak pulak.. nak kene carik strepsil ni.. oke sume rakyat-rakyat beta.. mau beradu sudaa~ gudnite everyone ! :)
Saturday, March 26, 2011
my weekend story
hi peeps ! how r u today ? haish, terspeaking la pulak.. oke la korang... aku rase macam awal gile aku bangon arini.. perot pon dah start rase lapar.. ni yang buat aku malas nak bangon awal-awal nih.. kalo bangon awal mesti lapor je.. mule la nak sumbat makanan lam mulot nih.. dah sumbat tu pulak tak taw nak brenti.. eh, wait.. buleh dikire bangon awal ke kalo pukul 8.. hahaha,, watever la.. yang penting lagi awal daripada bese.. kalo tak, takdenyer nak bangon awal-awal ni.. paling awal pon pukol 10.. takde maknenyer nak bangon awal-awal.. bukan nak sediakan bekfes kat laki pon.. bukan ade anak-anak nak kene mandikan pon ! hah ~ teremo pulak ! haha.. akcely, tadi ade dapat mesej dari sorang tu yang wat aku bangon awal.. kang nanti tak balas report macam-macam.. siap ugut-ugut bagai.. macam taw-taw jer aku taknak reply mesej tu.. aku ni jarang nak reply mesej time aku berada di alam laen.. oke, tidow maksud aku.. memang bertuah ah korang kalo aku balas mesej ke angkat kol ke time tu.. oke, back to our story.. dye siap ugut aku kalo tak balas mesej tu.. nak bagitaw abah aku, aku tak bangon lagi pukol lapan tu.. kalo tak reply, dye consider aku tak bangon lagi.. aku pon balas la ngan takde feeling.. baru bangon tidow nak carik mane feeling tu kan.. feeling menyampah ade la ! haih ! takot jugak kene sound ngan abah.. abah bukan suke kalo bangon lewat-lewat nih.. hurm~ takpe la.. layan je la.. nak wat macam mane lagi kan? sabo je la.. oke la,, nak out sudaa~ sambung keje pulak.. tules nih pon sebab bosan duk wat keje.. taknak bagi mengantok singgah la sini kejap.. oke peeps ! till we see each other again ! chill ~
oke,, takde motif pon entry ni di post... cume nak pastikan blog nih di update ! okay..
