Friday, May 17, 2013

kenapa nak jadi cikgu?

assalamualaikum wbt...

salam Jumaat :)

to all teachers, teacher-to-be, happy teacher's day *walaupun delay sikit* and to mom and dad, you are such a great teacher taught me about life!


Kalau dulu-dulu masa sekolah rendah, orang selalu tanya dah besar nanti nak jadi ape? and saya dengan confidentnye cakap nak jadi doktor. sebab ape doktor? sebab doktor ni bergaya, nampak educated, dan jugak macam ade stail gitu kan. *tapi sebenarnye kecik-kecik dulu pon dah nampak duit!* yelaa.. keje doktor kan macam gaji besar :p

Lepas tu naik sekolah menengah. Masa form 1,2,3.. orang tanya saya bile dah besar nak jadi ape pulak. Dan saya jawab lagi nak jadi doktor. Memang minat saya nak jadi doktor sejak dari kecik lagi. Sangat minat. Dan saya nak jadi doktor pakar kanak-kanak. Sebab masa saya Form 2, saya dapat adik bongsu. Kiranya macam baby laa.. Sebab saya terlalu sukakan baby-baby ni, saya decide nak jadi doktor paeds :) Lepas tu, abah cakap nak jadi doktor kene la pandai Sains. Cabaran jugak tu sebab subjek Sains saya tak selalu kantoiiiii je! nak lulus pon payah wa cakap sama luuu! sebab saya ni minat nak jadi doktor sangat-sangat, saya pon study la sebab nak dapat A subjek Sains dalam PMR. dan Alhamdulillah, berjaya jugak dapat A akhirnya :)

Bila dah naik Form 4, minat saya dengan kerjaya doktor ni bertambah-tambah after saya belajar subjek Biology. Memang nekad nak proceed bidang tu la. Tak kira la lama mane pon saya kene study. Kira berbaloi jugak la sebab saya dapat offer sambung bidang medic ni. Tapi parents tak kasi la pulak kan. Maka jadilah saya seorang bakal guru :)

Sekarang ni orang tanya saya, kenapa pilih cikgu? Susah nak terangkan sebenarnya. Saya pon taktau sejak bila saya jatuh cinta dengan bidang ni. Mungkin sebab bidang ni tak jauh beza ngan doktor kot. Keje dengan orang ramai, kene bercakap, bersosial dan whatsoever la. Dannnnn, yang paling penting, saya jatuh cinta dengan bidang ni sejak saya bertemu dengan murid-murid pendidikan khas. InsyaAllah mereka bakal jadi sumber rezeki saya :)

1. Saya jadi cikgu sebab saya sukakan budak-budak. Kan saya cakap sebelum ni, saya memang suka budak-budak dan atas sebab tu saya nak jadi doktor pediatrik :)

2. Saya jadi cikgu sebab saya taknak sia-siakan ilmu saya. Kalau saya ajar orang, at least saya ilmu saya tetap berkembang walaupun saya dah takde nanti. Takdela ilmu saya untuk saya je kannnn..

3. Saya jadi cikgu sebab saham akhirat. Anak-anak murid saya yang saya ajar akan terus-menerus guna ilmu yang saya ajar. Dan kalau anak murid saya ajarkan kat orang lain, saya tetap dapat pahala. Trust me, ilmu adalah saham yang takkan rugi :D

4. Saya jadi cikgu sebab saya nak mereka-mereka jadi lebih pandai. Satu kepuasan bagi seorang guru tengok anak-anak murid diorang pandai buat ape yang diorang ajar walaupon ajar basuh tangan je :')

5. Saya jadi cikgu sebab saya sayangkan kanak-kanak OKU. Sebab tu jugaklah saya cuba pilih bidang ni walaupun saya takde pengalaman langsung tentang OKU ni. Dan orang cakap, kanak-kanak OKU ni istimewa. Mereka bakal penghuni syurga. Kalau kite baik dengan diorang, insyaAllah diorang akan doakan yang baik-baik untuk kite. Sape taknak doa dari bakal penghuni syurga kan? :)

Kalau ikotkan nak list memang banyak lagi. Tapi cukupla setakat ni. Sejak saya duduk dalam bidang ni, saya  jadi lebih sabar. Kalau dulu, macam tak yakin je nak jadi cikgu sebab kurang sabar. Pantang ade salah sikit, nak merajuk la, nak marah la, cepat je naik angin.. Tapi sekarang, nak jadi cikgu mane boleh garang-garang, marah-marah. 



Jujur saya cakap, walaupun saya ada masa lebih kurang setengah tahun je lagi nak habiskan pengajian ni, keinginan saya masih lagi nak jadi doktor. Heyy! bukan senang nak buang ape yang kita minat, tau! Walaupun saya dah pon nak jadi cikgu, saya masih lagi tanam niat nak jadi doktor *erkkk! buleh ke gitu?* Bukan maksudnya saya tak minat nak jadi cikgu, tapi keinginan saya lebih kepada nak jadi doktor.  

Ingatkan lepas habis ni nak proceed masters dalam bidang psikologi dan nak berinteraksi dengan orang sakit jiwa pulak. Tengok orang sakit jiwa tu macam nak tau ape ade dalam kepala mereka. Ape yang diorang fikir sebenarnya. Sebab saya ade pengalaman macam tu sebelum ni (bukan saya pernah sakit jiwa tahuuu!). Dia adalah someone that close to me. Saya pon minat jugak bab-bab psikologi ni :) Macam thrill. HAHAHA :p


Till then.
Happy reading and have a nice day!
Again, Happy Teacher's Day to all teachers :)

p/s :: Angan-angan nak sambung sampai masters. Degree pon tak habis lagi dah malas nak study. Duk menghapdet blog je time exam week! so, how???



Sunday, May 5, 2013

orang mengundi, kite study! ;)

assalamualaikum wbt dan selamat hari mengundi :)

your vote is so meaningful to our country, tahu!
so, choose our leader wisely :) #ini kalilah! ehhhh! :p

hari ni banyak sungguh update pasal jari, dakwat, and what so ever yang pasal mengundi-mengundi ini la. tapi yang paling banyaknye pasal jari-jari yang dah disapu dakwat la. yang buat gambar sebelum dan selepas dicuci pon ade. meriah! rasa macam lebih daripada raya pulak tu. setengah orang tak suka. annoying la ape la. alaaa, biarla kat diorang. bukan senang nak tunggu election. 5 taon sekali kottt!



tapi, mengundi tu mengundi punya pasal la. dah habis dah pon. saya je tak mengundi sebab tak cukup umur (kononnye la) dah tua taknak ngaku pulak kan :p so, kita tunggu aje la keputusannya macam mana. tak kisah la yang mana menang, yang mana kalah. all we want is bright future to our generation and our country. dan yang penting tak bermusuhan sebab berbeza fahaman politik. ehh! apela gaduh-gaduh ni? tak matured langsung! tak gitu?

yang mengundi tu satu hal la. yang duk update blog time-time study week dah kenapa? hahaha.. no answer for that question :p sebenarnye dari pagi tadi lagi duk study. (lahhh sangatt!) study 5 minit, lipat baju 20 minit. pastu sambung study pulak 5 minit, online 30 minit. pastu sambung pulak lagi study 5 minit, tengok tv sejam. pastu study pulak 5 minit, online tak tahu bape jam. pastu sambung study 5 minit lagi, masak pulak setengah jam. pastu makan. pastu online facebook dan update blog sampai la sekarang. yang peliknya, 5 minit je boleh fokus? dah macam kanak-kanak autisme dah =_='

i'm always like this!


mungkin disebabkan saya ni ade dua payyyyyyperrr (sila baca ikot slang jozan oke :p) je kot yang menyebabkan saya tersangatlah malas untuk study. alaa, setakat dua payyyyyperrr tu apala sangat kannn? aceyhhh~ cakap gaya orang selalu dapat 4 rata (baca : 4 flat) padahal nak cecah 3.6 pon payah. dah tahu tak pandai taknak pulak study awal-awal. selalu tunggu last minute aje. dan saya tahu kamu-kamu jeles dengan dua payyyyyyperrrr saya kann? taknak mengaku takpe!

dan lagi, mungkin jugak disebabkan subjek-subjek saya ni tak menarik menyebabkan saya jadi malas nak study awal-awal. dua-dua payyyyyyperrr ini subjek killer tahu? walaupun nama aje dua paper, tapi saya rasa macam takde beza dengan lima payyyyperrr sem-sem yang lepas. tapi Alhamdulillah, jadual tak rapat sangat. bukan setakat tak rapat sangat, tapi memang jarak gilaaaaa!



13/5/2013 :: EDU 3107 - BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
22/5/2013 :: PKU 3113 - PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- PENDIDIKAN KHAS

syokkan jadual exam kite? kalau orang yang tengok tu syok, orang yang merasa ni laaaaaaaaagi la syok. syok gila bak hanggg! tu la saya masih di sini bersuka ria mengupdate blog yang langsung tak memberikan apa-apa manfaat dan faedah kepada saya. jarak jauh gila tuuu! sempat sangat nak study ni. tapi tak syok jugak jauh-jauh. kalau dekatkan sikit lagi syok. boleh jugak balik kampung awal lagi ni.

oke la, kamu-kamu-kamu yang baca blog ni, jangan lupa doakan saya berjaya menempuhi study week dan exam week yang akan datang dengan jayanya ye :) dannnn, yang nak exam jugak sama macam saya, all the best okeh! wish all of you good luck ;)

all da best yawww! 


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau bantulah hamba-hambaMu ini berjuang menuntut ilmu. Berikanlah kejayaan kepada kami. Hanya kepada Engkau la tempat kami berlindung dan memohon pertolongan. Sesungguhnya, Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami. Aaminnnn.
dah doa jangan malas study pulak ye ^^ jom study!
usaha + doa + tawakal :)

Till then, and have a nice day! ^_^


p/s :: macam mana ye tak nak bagi malas study awal-awal? any tips can help? ;)

Friday, May 3, 2013

kenapa nak kena fikir orang lain jugak!

assalamualaikum.... and good evening...


buntu sebenarnya nak tulis ape. kepala kosong je ni. ini pun dah masuk study week sebenarnye, tapi biasa la. orang malas mana study awal-awal ni. heh~ memandangkan hanya dua paper, so mood bersenang-lenang pon datang la menjelma. i guess, mesti ramai yang cakap ' whattttt?? DUA PAPER ONLY?', kenapa sikit sangat paper?', bukan sepatutnya tahun akhir banyak ke paper?' and my answer is yes, it is. ONLY TWO PAYYYPERRRS for this semester. heaven kannn? sila la jealous! ahaksss~

dannnnn... sebab dua paper tu la, saya berada di sini bersenang-lenang mengupdate blog semasa orang lain balik kampung untuk mengundi. sedih bak hanggg! sunyi tahuuuu! saya tak pernah rasa sunyi macam ni. lagi-lagi dengan cuaca mendung, hujan pulak tak segan langsung nak turun. nak sembang tapi tak tau nak sembang dengan apa. dinding mungkin boleh. huwaaaaaaaaa~ dah macam psycho dah rasanye...

dah dapat green light dari abah dah sebenarnya nak balik kampung time study week ni. lama kottt weii! 13 May ni 1st payyyperrr! tapiiiii, kenapa tah tiba-tiba rasa berat hati nak balik kampung. insyaAllah boleh je study kalau balik. takde masalah yang tu. mungkin sebab fikir kawan-kawan lain sama kot.

saya ni duk rumah sewa. enam orang sumenye. tiga dah selamat sampai kat kampung dah. tinggal la lagi tiga orang. kalau la saya balik, tinggal la dua orang je kat rumah ni. kesian la diorang berdua je. laaaaaaaagi la sunyi. so, better saya duk sini je kot walaupun hati ni kemain lagi bergegar nak balik! huwaaaaaaa :'(

kadang-kadang saya frust dengan diri saya sendiri. frust sangat! kenapa nak kena fikirkan orang lain sebelum wat keputusan? tak boleh ke saya fikir diri saya dulu? saya pun nak jadi macam orang lain jugak. boleh buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain. kalau saya boleh buat keputusan sendiri tak payah nak rasa bersalah fikirkan orang lain. boleh je blah terus balik kampung. arghhhhh! stressss!




p/s :: no p/s :(