Friday, October 14, 2011

you are my SUPERMAN !

 

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

 

rajin pulak aku update blog kebelakangan ni. sampai tiap-tiap hari nak update. biasanya sebulan sekali pon belum tentu. biasala, kalau boring plus tak tau nak buat ape plus hati berbunga-bunga, beranting-ranting, berbatang-batang baru sebok nak update belog buruk ni. kalau sedih pon still aku update ape ! tak pecaye tengok la entry-entry aku sebelom ni. bersepah cerita sedih !

 

mood sekarang ni tak sabar nak balik kampung ! hoyeahhh ! bukan kampung sementara aku kat Johor tapi kampung asal aku la. kat Terengganu. tak sabar nak jumpa nenek aku, tak sabar nak bergaduh dengan Tok Ngah aku, tak  sabar nak makan keropok lekor original made in Terengganu, and tak sabar nak jumpa…. jumpa…jumpa.. err.. oke, kucing nenek aku ! * ceh ! bila masa pulak aku bestfriend dengan kucing*

 

oke, tipu ! tak. sebenarnya bukan kucing nenek aku. tak sabar nak jumpa kawan aku. sebab dia dah janji nak belanja aku makan mcD puas-puas. kalo tak jangan harap la aku nak jumpa !  lagipun dia ada cakap nak belanja aku kalau aku lulus lesen kereta tanpa mengulang ! and hoyeaahh ! I did it ! so, sekarang la masa untuk menagih kasih sayang, eh tak, menagih janji. aku ni bukan jenis orang yang mudah lupa pada janji lagi-lagi yang orang janji dengan aku. bukan apa. aku tolong dia tak buat dosa. jap gi kang cakap dia ni mungkir janji. so, taknak bagi dia mungkir janji, aku tuntut la.. yedokkk ??

 

dia cakap nak belanja je sebenarnya. takde pulak mention kat mcD ke ape ke. kalo ikutkan kat tepi jalan pon buleh. tapi sebab aku ada problem semalam and dia macam nak baikkan mood aku terus mention nak belanja kat mcD and yang buat aku suka lagi, aku buleh amek banyak mana makanan aku nak.. syok kan ?? aku nak tapau banyak-banyak ah nanti. agak-agak buleh buat stok makanan 2 hari. untungla nenek aku, buleh rasa BIG MAC nanti. walaupun takde gigi, hentam aje la wan ! biar kering wallet dia ! sape suruh janji nak belanja aku. kan aku dah tuntut ! tapi satu yang aku tak puas hati pasal dia ni dia. abis masalah aku, mood aku pun dah oke, terus menghilang ! nak tunggu contact aku pulak tunggu aku ada problem lagi la. yang ni memang aku geram gila! tak tinggal jejak langsung. takkan nak suruh aku cari kot. aku ni perempuan. harga diri kena jaga beb ! haish ! memang macam superman sebijik ! lepas tolong orang terus hilang. cuma superman tu orang tak kenal and yang ni aku kenal.

 

tapi cemana pon, aku memang berterima kasih banyak-banyak la kat superman ni sebab buat aku tak sabar-sabar nak balik Terengganu makan mcD banyak-banyak. kalo macam ni la, problem selalu pon takpe. aku rela ! haha.. THANKS YA SUPERMAN ! u cheer up my day ! dan kesannya, tengoklah aku duk merapu apa sekarang ni. oke, dah penat merapu ! see u then ! LUV  YA !

 

Superman-Returns.1.600

he is not my SUPERMAN

 

 

 

p/s :: abaikan ayat yang bersepah-sepah dan tak tersusun tu.. ni la kesannya kalau hati berbunga-bunga sangat !

Thursday, October 13, 2011

ye ! aku memang orang yang tak reti bertanggungjawab

assalamualaikum dan selamat malam..

 

aku taktau nak start macam mana nk tulis kat blog ni. lama tak menulis macam janggal pulak rasa. plus, aku memang takde mood nak mengarang ke ape ke sekarang ni. pendek kata, memang aku rasa semua yang aku buat tak kena. tapi disebabkan dah takde tempat lain aku nak luah perasaan, aku rasa better aku tulis dekat sini je la. bukan aku nak suruh orang tau masalah aku tapi aku rasa lega sikit bila dapat cerita masalah aku. walaupun dekat blog je.

kepala aku pening dari petang tadi lagi. aku taktau la sebab ape boleh jadi pening macam ni. berdenyut-denyut sebelah kiri ni haa. mungkin jugak sebab minum nescafe tadi. tapi nak cakap aku ni migrain memang tak la. dulu-dulu ada la. tapi tak mustahil jadi balik kan ?  dengan fikir macam-macam lagi. fikir apa pon taktau la aku. tambah pulak bila aku dah tiga kali mimpi benda yang sama macam aku cerita hari tu. serabut gila ! nak pecah kepala aku !

pastu, aku pun perasan jugak yang aku mudah sangat terasa dua tiga hari ni. pantang ada yang tak kena, mula la terasa. hati oh hati, kenapa la mudah sangat kau mengecik ? adik aku cakap sikit pon dah nak terasa. padahal sebelom ni gurau la macam mana pon takde la nk terasa ni. kalo terasa pon kejap je la. pastu oke la. tapi sekarang ni sampai boleh menitik air mata ni. padahal bukan hal besar sangat pon. murah sangat air mata aku ni.

then, hari ni. ada la sorang hamba Allah tu. aku taktau apa salah aku kat dia tiba-tiba je mengata aku. oke fine, aku tau dia bergurau tapi gurauan dia tu mempersendakan aku. macam mana nak tahan ? depan muka aku dia cakap. cara dia cakap tu nak cakap macam aku ni tak bertanggungjawab dengan kerja yang diberi. aku taktau nak cakap macam mana tapi seriusly aku terasa sangat-sangat. aku rasa macam aku ni orang tak bertanggungjawab dengan amanah, dan aku rasa tak dihargai. aku tak mintak pon untuk dihargai. memang tak mintak. tapi at least tunjuk la timbang rasa tu sikit. aku pon ada kerja aku. aku tak  dikecualikan pun untuk buat kerja-kerja lain. kerja sama banyak je. mau tak tidur malam aku kalo nak siapkan kerja tu perfect macam yang kau nak. kalau tak puas hati kenapa tak bagitau awal-awal ? kenapa akhir-akhir sem ni baru nak bagitau? kan senang.  tak payah aku nak habiskan kredit aku tanya tu tanya ni. tak payah aku nak tahan telinga nak kena marah, kena tengking dengan pensyarah. aku pun terkedu masa aku kena marah tu. ayah aku pun tak tengking aku macam tu. tapi ada aku marah balik kat kau ?? ada ? aku tanggung sorang-sorang jugak. walaupun hari tu aku cuti, tapi aku tak ungkit apa-apa pun. sebab apa ? sebab aku rasa tu memang tanggungjawab aku. and kau boleh pulak nak cakap aku ni tak bertanggungjawab. tanggungjawab macam mana lagi yang kau nak ? please la.. show some respect to others. kau bukan budak kecik yang nak kena ajar buat tu buat ni. aku bukan nak ungkit semua yang aku dah buat tapi bila perangai kau macam ni aku rasa macam sia-sia je apa yang aku buat selama ni. macam tak berbaloi je rasa. sakit hati aku ni tahu tak ?? SAKIT !!!

kalo boleh aku nak buat kerja ni dengan ikhlas. taknak la ungkit-ungkit ni. tak syok kalo buat kerja tak ikhlas ni. lagipun pahala pun tak dapat kalo buat kerja tak ikhlas. takpe la. ni mungkin dugaan untuk aku. apa yang aku boleh buat cuma bersabar je. takkan nak pegi pukul pulak kan? apa aku dapat setakat pukul kau ? lagi susah aku ada la. tapi lepas ni jangan suruh aku pegang apa-apa jawatan kalau rasa aku tak layak. maklum la kan. aku ni memang TAK BERTANGGUNGJAWAB..

 

p/s :: NOBODY PERFECT !

Tuesday, October 11, 2011

mimpi.. petanda atau mainan tidur?

 

assalamualaikum dan selamat malam menjelang pagi..

 

hari tu aku ade cakap kan nak cerita macam-macam kat sini sebab dah lama aku tak menaip. So, hari ni aku ade cerita sikit untuk ditulis kat sini. hurm..aku sendiri pon tak tau nak mula dari mana. Dah lupa dah cara menaip kat blog *over*

oke la. senang-senang cerita macam ni la. hari tu aku tertidur sebelum asar. tidur punye tidur sampai dekat pukul 6 kalo tak silap. tapi aku ade mimpi pelik sangat. tak tau ape maksudnye. tapi yang aku tau memang bukan maksud baik la. dan mimpi tu jugak la buat aku tak senang hati sampai sekarang. ceritanya macam ni… dalam mimpi tu ade banyak part.

first skali aku mimpi adik lelaki aku. masa tu aku dekat rumah. abah ajak semayang sama-sama. aku pun pergi la panggil adik aku tu nak ajak dia semayang skali. bila aku pergi dekat dia nak panggil, mata dia bulat pandang aku. tubuh dia meleding ke belakang sambil renung aku tajam. aku cakap kat abah aku adik aku kena rasuk. abah aku suruh pegang dia. aku pun pegang la. bila aku pegang tangan dia, dia pegang tangan aku kuat. kuku dia tajam. sampai aku boleh rasa dia cengkam aku. sebab bila aku bangun, tangan aku macam sakit. tapi kat dalam mimpi aku tu, sampai tersiat-siat isi lengan aku dia cengkam. tapi aku tetap gak pegang dia taknak lepas. darah jangan cakap la. sampai lenjun lengan baju aku. tapi yang aku pelik walaupun sakit, kenape aku tak lepas. aku baca ayat kursi kat adik aku tu. masa aku baca tu macam betul. aku dengar suara aku baca ayat tu. aku sedar aku baca tu tapi aku still terbaring lagi. pelik kan?

lepas tu part kedua pulak, aku mimpi ada orang bagi aku makan dan minum. ada tiga orangtak silap aku. aku pun tak pasti tapi yang pasti lebih dari sorang la. diorang hidangkan makanan ngan minuman kat atas meja tapi aku sorang je yang duduk kat situ. aku jenguk kat mangkuk tu. tengok-tengok diorang hidang macam-macam benda kotor dan tajam kat aku. yang aku ingat ada otak, kuku, rambut, paku, darah, kaca dan macam-macam la. aku taknak makan benda-benda tu tapi diorang paksa jugak. mak ngan abah aku pon ade masa tu tapi tak dapat tolong aku. ada orang cakap kalo mimpi diberi makanan-makanan kotor tu ada kaitan dengan sihir. aku pon tak tau sejauh mana kebenarannya. lepas aku taknak tu, diorang paksa aku minum air dalam cawan tu pulak. air tu air panas ! aku taknak, tapi diorang paksa. air tu mengelegak gila-gila yang macam baru masak tu. diorang suruh aku minum air macam tu tapi aku taknak. aku lari sekuat yang boleh. diorang kejar jugak aku sambil bawak makanan kotor tu. diorang nak sumbat dalam mulut aku. tapi tak boleh. aku elak jugak camne pon. last-last aku baca ayat kursi lagi. tapi tak berjaya jugak. makin laju diorang kejar aku. diorang macam makin kuat. sekali lagi aku dengar suara aku baca ayat kursi tu. macam real. pastu aku sedar. tapi mimpi tu macam betul. macam-macam aku rasa. penat, takut, sampai berpeluh-peluh.

aku tak tau kenapa aku boleh mimpi macam ni. tapi hati aku kuat mengatakan yang memang ada kaitan dengan sihir.  tak taulah sebab ape. tapi tak taula betul ke tak. aku assume je. harap-harap tak la.. okela.. sampai kat sini dulu.. till then :)

 

p/s :: sape-sape yang ade terbaca entry ni yang tau pasal mimpi ni tolong explain ye.

Sunday, October 9, 2011

belog baru !

 

assalamualaikum dan selamat pagi..

 

ape khabar sumenye ye ?? lama kan belog ni dibiarkan.. tuannye sebok.. banyak lagi tugas penting yang perlu diselesaikan… lagipon aku rase macam tak perlu sangat la kot nak cerita semuanya kat dalam ni.. ni bukan diari aku.. ye dokk?? oke la.. ni hanyalah short entry sebab nak menunjuk belog baru ni haa ! baru ke ?? baru di touch up oke.. sekarang ni mata dah mengantuk.. lain kali pulak ceritanya ye.. banyak benda nak diluahkan kat sini sebenarnye.. banyak sangat since dah lama dah tak luah perasaan kat belog setia ni.. next time aku akan cerita semuanya kat sini.. mungkin esok, mungkin lusa.. tapi bukan sekarang.. sebab not in mood and aku pon tak tau kenape.. oke la peeps ! see u ya !

Monday, August 29, 2011

short entry ;)

assalamualaikum wbt dan selamat pagi

 

hari ni for the first time lepas sahur aku tak tidur.. semangat berkobar-kobar nak update belog ni.. maklumla kan, lame gile dah tak update.. bukan sebab tak ade mase oke ! sebab tu dah lapuk dah.. aku tak update sebab malas.. mase pon ade sikit-sikit je.. camne nak update.. nak tidur lagi, makan lagi.. so, keje mengupdate belog ni dah jadi last dah dalam senarai tugas aku ni haaa...

 

aku menaip ni bukan nak cerita pasal tu sebenarnye..saje je nak mengupdate sebab dah lapuk sangat dah blog ni.. kalo la blog ni umah dah buleh jadi reput dah sume kayu-kayu tu..

 

oke, hari ini dah hari last puasa.. esok dah nak sambut hari raya.. akhir sekali, ni la tujuan aku update belog sebenarnye..aku nak ucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI’ ‘MAAF ZAHIR DAN BATIN’ kat sume reader yang baca blog ni.. semoga kita sume dah berjaya topup pahala pada Ramadhan tahun ni dan sempat jumpe Ramadhan yang akan datang..

 

p/s :: mood nak beraye je ni.. esaimen dah beratur berderet-deret mintak disiapkan.. bile nak buat pon tak tau.. haishh !