Friday, February 24, 2012

adik.. be strong okeh !

assalamualaikum wbt dan hepy weekend..

but not too 'weekend' for me. too much works to be finished. nasib la. student ipg memang camni. relax tu relax jugak. time assignment datang, macam terus-menerus. ingatkan dah praktikum ni, takdela banyak kerja sangat. rupenye double plak ! alahaiii =.='

just now, i've got message from my sister. bagitau yang my lil brother warded again.untuk kali ke berapa pon taktau dah. kesiannye dia. tapi kesian lagi aku yang duk jauh ni. langsung takde peluang nak ade kat sisi dia time dia sakit. teringin sangat nak tengok keadaan dia. rasa macam nak menangis ingatkan dia. miss him damn muchhhh ! saye nak balikkkk.....ouh time ! go faster pleaseeee..

doctor diagnosed he have aplastic anemia. ketiga-tiga sel darah dia kurang and he need blood replacement almost every 2 weeks. kadang-kadang darah yang diberi tu bertahan sampai seminggu lebih je. tak sampai pon 2 minggu. and sebab nak masukkan darah tu la, he need to be warded. hospital tu dah macam tempat dia. bila balik cuti je, kadang-kadang aku yang take over jaga dia kat hospital. selalu sangat dia menangis bila nak kena amek darah. and that time, aku la yang biasenye calm his down. biasala, nak buat blood test. selalu la kena amek darah. nak tengok kadar platelet,darah merah, darah putih, hb dan macam-macam laa. tak sanggup nak dengar dia nangis, coz i love him very much. dari dia kecik aku tengok dia membesar. sangat sihat. takde sakit ape pon. tapi bila dah doctor suspected dia leukimia hari tu, rasa macam.... taktau nak cakap. dalam hati duk berkata ya Allah.. keciknye dah kena tanggung sakit ni. leukimia @ kanser darah ! nanti cemane dengan sekolah dia, masa depan dia. tambah pulak dia satu-satunye adik lelaki aku. tapi nasib baik bila dah buat test, bukan leukimia. just aplastic anemia. so, bukan leukimia, takde la kemo. alhamdulillah..syukur ya Allah !

adik aku tu terlalu kecik nak tanggung sakit ni. aku tau bila nak masukkan ubat je, mesti nangis. pedih katenye. dan memang agak pedih. sekarang ni bimbang jugak sebab doctor cakap ada bleeding sikit dekat dia punye belakang bebola mata sebab kekurangan platelet. dan probability untuk pandangannya kabur tetap ada. tapi tak besar sebab belakang bebola mata dan akan sembuh sendiri. tapi agak memakan masa. tak kisahla, asalkan sembuh je. adik, kuat oke..kaklong sayang adik.. :'(

that's all for now. not in mood. sedih menaip entry ni sampai air mata pon terkeluar *overacting*. aku memang sensitif kalau bab-bab femly ni. rinduuu... tak dapat nak tahan air mata. lagi-lagi kalau jadi macam ni..oke la, doakan adik saya ye. semoga cepat sembuh. till then, have a nice day ! :)




Tuesday, February 21, 2012

i'm so tiredddddd

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

tiredddd ! yeahh.. i'm really really tired lately. penat dengan segala macam benda. itula, inila. haih. nasib la sebab cuma ada 24 jam je sehari.. kalo boleh saya nak lebih dan lebihhhhhhh lagi mase tu.. *saya ? buang tebiat !* and masa lebih tu nak buat ape ? mestila tido yang secukupnya =.=!

tapi memang betulla, sangat penat kebelakangan ni. asyik rasa mengantuk, lapar (erk!) and nak tidow je. malam-malam memang masuk awal la tidow. kalau dulu, pukul 3,4 pagi tak tidow lagi, sekarang ni pukul 1 tu pon dah kira lambat. siang ? kadang-kadang je tidow. class sampai petang mane nak tidownye. tapi ada peluang, buat jugak kerja mulia tu. haha!

tapi  seriously kerja memang banyak and macam takkan habis. tapi berjalan jugak kadang-kadang. pantang ada masa free. hujung minggu contohnye. kekadang je melekat kat umah. tu pon bukan buat keje. berlayar dari blog ke blog. habis-habis sangat tidow. qadha tidow yang tak cukup tu. tambah pulak sakit-sakit badan ni terutamanya kaki, bertambah-tambah penatnye. sekarang ni duk rase mencucuk-cucuk kat pinggang, taktau la pasal ape. nak tidow malam pon tak lena sebab sakit macam ade benda cucuk kat tulang belakang bahagian bawah *kemain lagi detailnye* lagi-lagi time sejuk, rasa macam ngilu oww ! nak beralih masa tidow pon sakit. selalu terjaga sebab tu. memang tak pernah rasa macam ni. takot jugak kalau ade pape, tapi tak amek ubat pon. sakit biasa je kot sebab banyak sangat buat aktiviti. kot.

oke la..itu je kot dulu setakat malam ni. mata meminta untuk dipejam. perlu dapatkan tidow yang cukup untuk awet muda. eh tak. untuk mengharungi class full untuk esok. 8am-7pm. waaaaaa :'(  be strong ! oke, dats all.. till then. good night and have a nice day !

Saturday, February 4, 2012

ku pinang kau dengan Bismillah ~

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

how your weekend ya peeps ?

hujung minggu aku macam biase aje even elaun baru je masuk. just like hujung minggu-hujung minggu sebelum ni. duk rumah dan online. tidow dan makan tu kerja sampingan. tak berjalan, tak habis duit. yedokk ? eventhough sangat-sangat bosan. haih.

sekarang dalam mood untuk nak selalu update blog. entah ape mimpinye taktau la tiba-tiba berubah jadi rajin. rajin update blog yang tak mendatangkan sebarang faedah mahupun keuntungan ni la. bukan rajin buat assignment. assignment sikit pon tak sentuh lagi. tengok tajuk pon tak. ouh ! the very very lazyyyyy me ! adoiii~ parahhhhh =.='

oke, back to our topic, tadi tengah duk godam-godam facebook ade la kawan-kawan facebook duk share pasal lagu ni. lagu ungu ft rossa- ku pinang kau dengan bismillah. aku tau lagu ni dah agak lama. cuma aku je yang agak ketinggalan zaman sikit baru nak dengar. sebenarnye aku dah dengar lama dah lagu ni tapi entah mengapa ( skema siott ! )baru hari ni aku perasan yang lirik lagu tu ada maksud yang sangat-sangat mendalam. baru aku perasan lepas aku hayati betul-betul lirik lagu tu ( tak boleh tahan la ayat aku ni ) sweet pon ade jugak ! haha *gatal* oke, layan video ni dulu.. kat bawah ni sekali dengan lirik lagunye..



lirik  :::

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

alahaiii syahdunyeeee la hai lagu ni. so suwittt la. kalau la bakal asben aku nyanyi lagu ni kat aku, memang tak tidow malam dah la wa cakap sama luu *berangan* memang tiap-tiap hari la saye suruh awak nyanyi sampai  suara awak jadi macam Ramli Sarip. tu pon kalau suara awak sedap. kalau suara tak sedap pun takpe, saye terima seadanya. saye kan baik. cuma jangan nyanyi je la awak ye :p 
oke, cukup la setakat hari ni. sekarang ni misi untuk mencari calon bakal suami pulak. eh tak. misi untuk tengok drama korea. aku baru je beli cerita HEARTSTRING. alaa, yang cerita baru tu la. Park Shin Hye dengan Jung Yong Hwa CNBLUE berlakon tu la. kalau tak tau, sila dapatkan khidmat GOOGLE. Yong Hwa Oppa, here I come ! adios amigos ! nite peeps :)



Friday, February 3, 2012

pemilik tulang rusukku..

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

dah lama tak menulis tiba-tiba malam ni rase macam nak menulis. yela kan, dah lame blog ni terbiar kosong. tah ape angin malam ni rase nak tulis pasal pemilik tulang rusukku ataupun dalam bahasa mudahnye 'jodoh'. since umur aku pon semakin bertambah, aku rase dah sesuai la aku cakap pasal ni. sebenarnye, aku pun taktau  apa motif entry ni ditulis.

kalau cakap pasal jodoh ni, memang banyak sangat point-point yang akan keluar. tapi jodoh adalah rahsia Allah. itu yang pasti :) sejak dari kita kat alam roh lagi, Allah dah tetapkan rezeki, jodoh, ajal di Luh Mahfuz. jadi tak payah la nak susah hati pasal jodoh kita kalau masih belum bertemu yang sesuai. andainya Allah telah menciptakan seseorang untuk kita, insyaAllah akan bertemu la kita dengannya walaupun tanpa dicari. namun mungkin hati kita sering bertanya 'sape jodoh kita...orang yang selalu dengan kitakah..segakkah..orang berada ke tak..orang dekat ke jauh..'macam-macam persoalan yang selalu muncul tapi hanya Allah yang dapat menjawab segala persoalan tersebut kerana Dia yang maha mengetahui segalanya.

dalam mencari cinta kita, mesti macam-macam orang yang dah kita jumpa kan ? yang macam-macam perangai dan kerenah. mungkin kita dah tetapkan nak pasangan yang macam ni, macam tu tapi kadang-kadang tak semua yang kita nak kita dapat. perlu ingat, dalam mencari pasangan tak perlu yang sempurna. cukuplah seseorang yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya. yang akan buat kita ingat kepada Allah S.W.T kerana Dia lah cinta sejati kita.

sesiapa pun ada hak untuk tetapkan ciri-ciri pasangan yang mereka mahukan. tak terkecuali jugak aku.*senyum* siapa pun nakkan pasangan yang beriman, kuat pegangan agama, segak, kemas, tak cerewet, mampu terima diri seadanya, macam ni, macam tu.. namun, tak semua yang diharapkan akan menjadi kenyataan. apabila Allah tetapkan bahawa dia akan menjadi pasangan kita, Allah akan terbitkan rasa sayang dalam hati kita.

tak perlu risau jika pemilik rusuk yang dinanti masih belum tiba. kerana janji Allah itu pasti. PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK. hanya perlu persiapkan diri untuk menanti kehadirannya. supaya dapat menjaga kehormatannya kelak, menemaninya dikala dia bersendirian, menenangkannya dikala dia resah, menguatkannya dikala dia lemah, membahagiakannya di dunia dan akhirat,setia disisinya dikala susah dan senang, menjaga makan dan pakainya, dan mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya.insyaAllah :)





Monday, January 16, 2012

cinta terhalang? sebab ?

assalamualaikum wbt dan selamat malam..


sekarang ni, ikot tajuk yang aku tulis tu ade something yang aku nak share. mesti la pasal cinta terhalang atau orang panggil jugak cinta tak kesampaian mungkin. cinta terhalang ni adalah cinta yang dihalang oleh mak ayah kita la. takkan jiran sebelah rumah nak larang pulak kan.  sekarang ni aku tak tau wujud ke tak lagi cinta macam ni. tapi aku rasa wujud lagi kot. kot.

akcely, dalam bab-bab cinta ni, aku rase tak perlu la nak tergopoh-gapah. just make it slow and smooth. kene fikir elok-elok dulu, then baru boleh nak buat keputusan. ni tak, mak ayah tak bagi terus bantah. dan atas pengalaman aku jugak, aku rasa ade macam-macam sebab terjadinya cinta terhalang oleh mak ayah ni..

**********

## PEKERJAAN ##









first of all, mesti mak-mak dan ayah-ayah korang akan tengok ape pekerjaan pasangan korang. especially untuk perempuan la kan. of course mak-mak dan ayah-ayah (especially mak la) akan tengok apa kerja bakal suami korang. mak ngan ayah mana nak bagi anak diorang hidup susah. yedokk ? takkan ade mak ayah yang nak bagi anak diorang kawen dengan orang yang takde keje. kalo keje pilot, doktor, arkitek, engineer kebarangkalian untuk ditolak tu tipis la.

yang lelaki pulak, aku taktau la kalo-kalo ade jugak mak or ayah korang yang akan pilih bakal menantu perempuan yang ade keje jugak. tapi maybe jugak. nak setaraf dengan lelaki tu la kot.

## LATAR BELAKANG ##






latar belakang ni termasukla keturunan, latar belakang keluarga, and sebagai-sebagainye la. memang mak dan ayah kita akan tengok latar belakang orang ni dulu sebelum diterima jadik menantu. diorang tengok la keturunan baik-baik ke tak, latar belakang keluarga pasangan korang tu macam mana dan untuk mak ayah yang pentingkan agama, mestila diorang nak anak diorang kawen dengan orang yang kuat pendirian agama. takkan ada mak ayah nak suruh anak diorang kawen dengan ketua mafia. takkan ada. kalau ketua mafia la pasangan korang, dahla ketua mafia, taktau asal-usul, semayang pun on off je, perangai pun kalahkan cimpanzi,*contoh aje, jangan terasa * kebarangkalian untuk terjadinya cinta terhalang memang tinggi.

## ADA PILIHAN LEBIH BAIK ##






point ni serius pengaruh novel dan drama. mak dan ayah kita tak restu hubungan kita sebab ada pilihan yang lagi baik untuk kita. and wut should we do ? try to discuss with them. mak ayah ada sebab kenapa mereka tak restu hubungan kita. and maybe pilihan mak ayah kita lebih baik dari yang kita pilih. maybe yang kita pilih tu kepala senget, hidung kemek. atau mungkin jugak kaki botol, kaki perempuan, kaki pukul, kaki bangku *erk, boleh eh ?* dan pilihan mak ayah kita jauh lebih baik daripada tu. terima aje la. takkan nak lari tinggalkan mak ayah pasal lelaki ? lelaki tu baru je kita kenal. mak ayah kita dah kenal berpuluh tahun. try untuk pujuk diorang. kalo tak jalan, terima aje la. mane la tau pilihan mak ayah kita tu hensem kalahkan edward cullen. dahla hensem, educated, keje lawyer dan yang paling penting beragama dan bertanggungjawab. tak ke rugi kalau korang tolak ?

## UMUR ##

oke, point yang last, umur pasangan korang. untuk yang lelaki, memang sangat-sangat penting la. kalo mak ayah korang sangat ambil kira umur pasangan korang, jangan salahkan mereka cakap umur hanya pada angka la, ape la. umur ni sangatlah penting okay ! tapi kalau setakat yang perempuan tu tua setahun dua oke lagi la. maksudnye kat sini if umur pasangan korang tu terlalu tua untuk korang. oke, just imagine if korang kawen dengan perempuan yang agak berumur. kebarangkalian untuk perempuan tu mengandung sangatlah tipis and kalau ade pun, memang berisiko and membahayakan nyawa perempuan tu. then, mak ayah korang confirm la nak cucu kan ? dah jadi masalah. so, dengar aje la cakap orang tua korang sebab mereka tu lebih berpengalaman dan lebih tahu. dan sudah tentu mereka nak yang terbaik untuk anak-anak diorang.

untuk perempuan pulak, maybe ade jugak case di mana mak ayah terlalu ambil kira pasal umur pasangan korang. mestila kan. takkan ade mak ayah nak bagi anak dia kawen dengan datuk yang dah bercucu. anak bukan main lagi muda bergetah tup tup kawen dengan datuk cucu sepuluh. tapi ade jugak mak ayah yang tak bagi anak-anak diorang kawen dengan lelaki yang umur 10 tahun ++  lagi tua dari anak dia. tapi itu mungkin untuk kebaikan anak dia jugak. kalau lelaki tu dah keje,dah ada kedudukan kewangan yang kukuh, confirm la lelaki tu nak kawen cepat-cepat sebab umur pun dah makin meningkat and memang dah patut kawen pun. yang perempuan pulak tengah belajar lagi masa tu and masih tak sesuai lagi nak kawen sebab baru pandai urus diri je pun, urus benda lain tak pandai lagi. confirm la mak ayah halang sebab anak dia mesti la kena pandai urus rumah tangga dulu baru boleh kawen. plus, mungkin sebab takut tak boleh fokus study and pelajaran terganggu. mungkin. and on my own opinion, aku rase takde la salah pun kalau nak bercinta dengan lelaki yang lebih tua. lagi tua lagi matang. ye tak ? and if lelaki tu ajak kawen, kawen aje la. aku rase dia pun faham kalu kita tengah belajar and takde masa lagi nak belajar pasal ilmu-ilmu rumah tangga ni. lepas grad je belajar la cara-cara nak urus rumah tangga. kawen pun just nak menghalalkan hubungan je. hati pun makin senang and bahagia. silap-silap haribulan boleh dapat pointer lagi tinggi ! *emo*



**********

oke, aku rasa tu je la untuk setakat hari ni. sebenarnye idea banyak lagi nak tulis tapi disebabkan kesuntukan masa plus malas, aku rasa cukup la dulu kot. nanti ada masa atau terlebih rajin aku tulis lagi.