Saturday, October 29, 2011

home sweet home !

assalamualaikum wbt dan salam lewat malam menjelang pagi..

 

tiba-tiba malam ni rasa nak update blog memandangkan dah lama aku tinggalkan blog ni. yela kan, dah cuti seminggu plus duduk kat kampung pulak tu mestilah habiskan masa dengan family aje kan. normal la bagi perantau macam aku ni. dan aku pasti korang-korang jugak macam tu. sekarang ni, mata pun susah semacam aje nak lelap. dan kesudahannya, benda yang langsung tak mendatangkan faedah ape pun kat aku ni jugak aku buat. demm !

mood aku sekarang ni masih lagi dalam mood bercuti. nak cerita memang takkan habis ah mood cuti aku sampai bila-bila. exam tak fikir, nak balik kedah pun tak fikir. macam heaven gila duk kat rumah. tak payah fikir apa pun. bangun pagi, siapkan diri. sampai masa makan, aku makan. tak payah nak keluar duet ape pon, dapat makan yang sedap-sedap lagi. tak macam kat kedah, nak makan kena keluar beli, keluar duet lagi. makanan bukan sedap sangat pun. tak beli kang kebulur pulak. nak masak sendiri ? kirim salam ah. confirm fail ! dan sebab ni jugak la aku selalu kene bebel dengan mak aku. tapi takpe. macam masuk telinga kanan, kuar kot lubang hidung. penat bebel mak aku stop la. tapi bebelan mak aku tu la buat aku tak sunyi duk kat rumah. dan benda-benda kecik macam ni la buat aku homesick yang teramat sangat. demm sekali lagi !

tapi walaupun aku ni mood bercuti ke, kuliah ke, aku still kena balek kedah ahad ni. tu pon sebab tiket aku takde jumaat ngan sabtu, dats why la aku balek ahad. kalau tak jumaat tu aku dah say goodbye dah.  tiket petang pulak tu. sabor aje la. 5.30 petang sampai 6.00 pagi jugak nak buleh aku balek kedah. jauh woo ! sengal badan aku naek bas yang super duper lama. tapi yang naek bas tu aku tak kisah sangat sengal-sengal, yang aku kisah aku taknak balek lagi ! dengan terjejaknye kaki aku kat bumi kedah, bermula lagi la life aku sebagai student. yang busy dengan final exam. after 3 weeks, baru aku balek ke Johor lagi. takpe, sikit je lagi *pujuk diri sendiri* walaupun tak lama, tapi aku dah dapat rasa dah tension masa exam week nanti. yang tu aku tak sanggup. tapi yang tu jugak la aku kena tempuh. haish ! teringin gila nak grad awal-awal. tapi nanti aku balik kedah takde la bosan mana pun. sebab aku ada kawan yang boleh share macam-macam. cerita memang takkan habis. dan dia jugak la kawan aku yang paling baik dan tahan dengan segala perangai aku yang kadang-kadang sensitif terlebih. *aja, sila belanje aku*  :p

oke la, dah penat merepek dan merapu. and blog ni akan dibiarkan sampai aku habis exam kot.. KOT.. wish me luck in my final ya ! nite peeps !

 

 

p/s :: cakap taknak update masa exam, nanti ade je yang update sebab malas nak study :D

No comments: