assalamualaikum wbt dan selamat awal pagi..
Malam ni tetibe pulak nak menjengah dan menaip di blog ini. Rindu untuk menaip assignment mungkin. Mungkin. Oke, only a few weeks more at home. Selepas itu, kembali menuntut ilmu di negeri Kedah Darul Aman. Dan kembali bergelumang dengan assignments, tutorial, dan segala macam amali dan Gerko yang entah pape. Dan tambahan untuk semester 5, PRAKTIKUM. Dan akhir sem, study untuk final. As usual. Lepas itu, cuti lagi. Dan macam tu la ulangannye sampai la aku grad lagi 2 tahun.
Sebenarnye, baru je selesai menonton. Bukan menonton wayang tengah-tengah malam macam ni. Hanya di pawagam kecik atau lebih dikenali sebagai laptop. Cerita Twilight- breaking dawn (part one). Nak tengok kat pawagam tapi masa tak mengizinkan. Tau-tau je la. Duduk kat Kedah aje yang boleh rasa sedikit kebebasan. Dekat rumah kebebasan tersekat oleh housewife tersohor di abad ini yakni, mak aku. Takpe la, beliau sayang aku *bangga*. And aku rasa, Breaking Dawn ni takde la sedap sangat pun. Takde la rase macam karipap sardin kat gerai Pak Hasan tepi rumah Pak Long nenek kawan aku *sila gelak ! aku buat lawak ni* . Oke, fine. Tak lawak pun. Maksud aku tadi tahap kesedapan cerita tu tak macam Twilight yang sebelum-sebelum ni. Rugi kalau beli tiket wayang. Nasib baik aku tengok DVD je. Tapi ni pendapat aku je la. Kalau korang lebih suka tengok kat panggung pun takpe. Tak salah. Aku pun tak marah.
Oke, aku taknak pun cerita pasal Twilight ni. Let bygone be bygone la kan. Dah tengok tu, simpan aje la kan. Sandarkan pada kenangan ( cewahh ! ayat kira nak glemer aje ) Aku taktau ape motif entry ni ditulis sebenarnye. Nak memenuhi masa lapang aku je mungkin. Ye la, dah mata tak boleh nak lelap, nak chatting pun sape je kan tak tidow lagi time-time macam ni. Nak mesej orang lagi la. Gila ape nak mesej orang pagi-pagi buta macam ni. Macam dah lapar maki gayenye ! Orang siap nak bangun solat Subuh dah tapi aku tak reti nak tidow. Esok mula la membuta tak ingat ! *ayat mak aku* Tapi nak buat macam mana kan, dah mata ni taknak tidow. Nak dipaksa pun tak kena jugak. And pada saat ayat ini ditulis, tajuk untuk entry ni pun tengah duk fikir lagi. Aku memang tulis entry dulu baru tajuk. Baru rasa macam tak terikat sangat. Amacam ? Stylo tak ?
Aku stop kat sini dulu la. Makin banyak aku tulis, makin merapu pulak jadinya. And makin biol kepala otak aku baca apa yang aku tulis. Kalau aku pun tak faham apa yang aku tulis, orang lain apatah lagi. Aku rasa kalau monyet kat hutan baca apa yang aku tulis, kebarangkalian untuk dapat penyakit Monyet Gila tinggi jugak peratusnya. Oke, I will stop here ! Till then ! Bye ! *amek kau ! speakinggggggggg siot ! *
P/s :: Aku baru tulis tajuk. Macam mane tajuk entry aku ?Ade berani nak lawan ? Ade gaya sasterawan negara tak ? Ke sasterawan Zoo Negara je yang layak ?
No comments:
Post a Comment