assalamualaikum wbt dan selamat malam..
hello peeps ! hepy 29 February..
bukan senang nak dapat jumpa 29 Februari ni. 4 tahun sekali je. dan jika dipanjangkan umur kita akan jumpa 29 Februari ni tahun 2016 pulak. insyaAllah. lambat lagi tu. mungkin aku dah kawen dah pun tahun 2016 tu. mungkin.
dan sebab lambat nak jumpa 29 Februari ni la aku duk pulun jugak taip entry ni walaupun mata dah mengantuk tahap gaban dah ni. tahap bila baring je terus boleh terlelap. gigih sungguh aku duk taip entry ni walaupun bantal duk panggil-panggil suruh landing. novel pun duk merayu-rayu suruh baca. tapi aku cekalkan jugak hati, kuatkan semangat nak menaip entry merapu-meraban ni.sebab ape ? macam aku cakap tadi la. bukan senang nak jumpa tarikh 29 Februari. so, aku nak jugak la mencatat kat blog ni pada tarikh 29 Februari. punya la pulun duk log in tadi sebab line blogspot ni tak berapa elok pulak. dah dapat log in tu rasa macam nak berjoget-joget kesukaan.tak pun bersenam seni bagi meraikan kejayaan sebab dah dapat log in. oke, sangat gila.
dalam pada masa sangat mengantuk ni, tengah menaip pun rasa nak terlelap. ingat nak berhenti menaip jap, tidur, pastu sambung balik taip. tapi tak jadi sebab 29 Februari hanya tinggal beberapa minit je lagi. takut tak sempat nak post pulak nanti. tak pun terlajak sampai pagi esok. tamo tamo ! nak post 29 Februari jugak. rasa rugi kalau tak abadikan catatan aku pada tarikh ni. hahaha. ayat sangat takleh blah!
sebenarnya, takde yang special pun tarikh 29 Februari ni untuk aku. bukan birthday aku. jauh sekali hari tanggal tali pusat aku. cuma aku rasa tertarik sebab datang setiap 4 tahun. tu la yang special. lagi 4 tahun pulak baru aku boleh update blog pada tarikh 29 Februari. tak macam tarikh-tarikh lain. datang setiap tahun. tu aje yang excitednye.
masa duk taip-taip kat blog ni, duk tengok-tengok jam kat bawah ni. takut dah terlebih pukul 12. kalau dah lebih dah tak jadi 29 Februari dah. dah jadi 1 Mac pulak. tak syok la. cekal gila hati aku nak post entry ni on time. kalau assignment taknak pulak hantar on time. selalu duk mintak tangguh-tangguh je dari lecturer. lepas esok, esok. pastu esok pulak. last-last khamis baru hantar. tapi ikut lecturer la. kalau yang angin semacam memang tak berani la. masing-masing macam kena gam gajah kat mulut. senyap ! nak mintak pegi toilet pun takut, apatah lagi nak tangguh tarikh hantar assignment. tapi setakat ni takde la yang macam tu.
oke la. setakat ni dulu entry untuk 29 Februari ni. duk kerling-kerling jam kat bawah ni takut terlebih pulak. nite, peeps ! have a nice day.. and happy 29 February !
p/s :: hepy birthday to those who was born on 29 February ! selamat menyambut birthday dengan kek 4 tingkat. dan make sure kek tu tahan sampai 29 February 2016 ! kahkahkah (gelak jahat)

No comments:
Post a Comment