ehem ! ehem ! haish.. lame tak menulis jadi janggal pulak nak cerita kat sini. Ni la padahnye kalo rajin sangat update blog. *tangan ke bahu mata ke atas*
thanks your teacher if you can read this :)
*gambar curi dari google*
Alhamdulillah hari ni 14 Julai 2012 genap la 4 tahun aku menetap di Kedah. diam tak diam rupenye lame jugak la aku duk kat Kedah ni. tapi sorry to say la, aku ni tak minat cakap Kedah. bagi aku kasar. bagi orang lain tak la kot. aku tengok diorang oke je cakap. biase je. tapi bagi aku tak biasa. HAHA
teringat masa mula-mula dapat tawaran datang Kedah ni dulu. menangis-nangis taknak pegi. dua kali beb aku dapat tawaran lanjutkan pelajaran kat Kedah ni. DUA kali ! haaa ~ amek kau. siap caps kan lagi. memang berjodoh sungguh aku ngan Kedah ni. asal jangan berjodoh ngan orang Kedah sudah ~
oke, first tawaran tu masa aku dapat tawaran pegi Kolej Matrikulasi Kedah kat Changlun tu. aku taknak. tolak mentah-mentah. sebab ? alasan aku bagi kat ma abah aku sangat tak logik. aku cakap taknak sebab jauh sangat. nanti susah nak balek. lepas tu, tak lama dapat tawaran masuk sini la pulak. IPG Kampus Darulaman. Kedah jugak ! tu pon taknak pegi jugak. duk bagi macam-macam alasan kat ma ngan abah aku. kemain lagi taknak pegi sana. cakap jauh, susah nak balik kg, nanti takde tiket nak balek raye cemane, takot homesick laaa.. padahal bukan jauh sangat pon.
tapi sebenarnye, aku duk tunggu offer letter dari Universitas Padjadjaran ke Gadjah Mada tah lupe dah tapi kat Indonesia la sebab nak pegi buat medic kat sane. nak jadi dokter la kononnye. mase tu takde la alasan jauh ke, susah nak balik ke, homesick ke padahal kalo dibandingkan Indon dengan Kedah tu jauh beza gilaaaa ! itu yang buat endah tak endah je dapat offer masuk IPG ni.. masa tu dalam fikiran, alaaa~ cekgu je pon.. HAHAHA!gile berlagak mase tu! zaman tak matured lagi ~
sobs~ emo tiap kali tengok stetoskop :'(
*gambar curi dari google lagi*
punye la eksaited, last-last abah aku cakap ::
"along tak payah pegi la sampai ke Indonesia sane, jauh sangat. sampai luar negeri"
huwaaaaaaaa :'( nak menangis aku masa tu. dahla disokong oleh ma a.k.a orang kuat abah lak tu. memang gelap terus la harapan aku nak jadi doktor. tak dapat restu. macam-macam alasan aku bagi kat ma ngan abah nak yakinkan diorang yang aku ni boleh pegi sane. survive diri sendiri kat sane. tapi macam-macam alasan jugak la ma ngan abah aku kasi balik kat aku =..='
"alaaa.. lagi dekat kedah tu pon taknak pegi, nikan pulak Indon"
"jauh sangat.. nanti kalo ade ape-ape kan susah"
"tak kesian ke kat ma ngan abah kalo along pegi sane ? hari-hari duk risaukan along"
"abah lebih suka along ni jadi cikgu, lagi manis kalo perempuan ni jadi cikgu"
lepas aku cakap-cakap diorang tak layan, ade je nak dibidasnye balik, aku pon ikut je la cakap ma abah aku. orang cakap keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah. so, walaupun aku ni memang minat tahap gila dah dengan kerjaya doktor ni, aku ikut jugak cakap diorang. tapi memberontak jugak la kejap. mogok ! HAHAHA.. lepas fikir-fikir balik yang cakap diorang tu betul, aku cuba ikhlaskan hati. yelaaa, aku ni masih ade mak ngan ayah, kalo tak ikut cakap diorang nak ikut cakap sape lagi. lagi satu, mesti ma ngan abah aku nak yang terbaik untuk aku dan diorang buat semua ni mesti untuk kebaikan aku jugak kan.. takde mak ayah yang nak bagi anak diorang menderita. yedokk ? takpe laa.. redha je. tak boleh jadi doktor dapat cari bakal suami doktor pon takpe. ehhh ? HAHA.. sweet ape! :p
haaa! sweet kan doctor ngan cikgu? kan aku dah cakap..sesuai je kan *poyo*
*ehh ! gambar curi lagi :p*
last-last IPG di Kedah ni jugak jadi pilihan aku. takpe laa. Kedah pon Kedah laa. nak buat cemane rezeki kat sini. so, aku datang la mendaftar pada 14 JULAI 2008 untuk course PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN bersama-sama ngan femly aku. menangis jugak la seminggu sebab homesick. tu tak duk Indon lagi tu,baru Kedah,berlagak je lebih!kalo Indon mau berbulan-bulan gak la menangis.. bak kata ma.HAHAHA.. whatever laa.. She knows her daughter better :)
macam-macam dah aku lalui sepanjang duk IPG ni 4 tahun. sedih, suka, sakit, takut and macam-macam la. kat sini jugak aku kenal sape sahabat yang setia dengan aku and sape just untuk gunakan aku je. kat sini jugak aku kenal persahabatan yang erat dah macam adik beradik. dan kat sini jugak aku kenal dengan geng 21 souls yang berkongsi hobi yang sama iaitu makan ! walaupun kadang-kadang ade jugak percanggahan pendapat, tapi kalo bab makan sume mesti sebulat suara akan setuju. magic kan ? HAHAHA :D harap-harap kemesraan dan persahabatan ni akan kekal sampai bila-bila walaupun nanti masing-masing dah diposting ke tempat yang jauh antara satu sama lain. it's not about how far we are, it's about how much we care each other :)
credits to google too :)
dan Alhamdulillah, aku telah mula minat dengan bidang aku ni since aku dah jumpa dengan budak-budak khas masa kat sekolah sebab aku dah jalani praktikal dan pbs (budak maktab mesti tahu) sangat comel dan adorable diorang ni. boleh hilangkan stress dengan tengok budak-budak ni. ajaib kan ? ramai cakap mereka ni budak-budak cacat. tapi sebenarnya tak. mereka ni istimewa. sangat istimewa :)
*credit lagi untuk google images*
tu la sedikit sebanyak ceritanya macam mana aku boleh nak jadi cekgu ni. semuanya sebab ma ngan abah aku. aku buat semua ni sebab diorang la. sebab aku nak jadi yang terbaik untuk diorang. aku nak diorang bangga dengan aku. walaupun aku tak minat pada mulanya, tapi aku teruskan jugak.. alaa ~ minat boleh dipupuk :) yang penting hati kena ikhlas.
oke, till then peeps.. hepy reading and have a nice day :)
p/s :: minggu depan dah jalani praktikum fasa 2 di SK Sungai Korok Lama, Kota Star, Kedah.. harap-harap sume murid-muridnye baik dan cikgu-cikgunye pulak double triple baik. haih, neves pulak aih! mintak-mintak jugak ade cikgu laki bujang+hensem kat sane.. ehhh ? :p





2 comments:
Seronok je baca post ni ^__^
Dah Allah tentukan itu kerja kita, pusing-pusing tu jugak lah yang kita dapat ..
Semoga sukses selalu :)
@zati novelis :: a'ah.. itulaa.. dah ditetapkan tu rezeki kite, mcm mane pusing pon kot tu jugak laaa ~ tp alhamdulillah.. dah mula rasa seronok dgn bidang nih :) aminnn.. tenkiu yaaa sis ! u too :)
Post a Comment