salam Jumaat yang berkat :)
Alhamdulillah akhirnya berada dalam tahun 2013. Dan insyaAllah, tahun ni sy bakal menamatkan pengajian yang dah tak sampai setahun dah. Mudah-mudahan diberikan kemudahan olehNya :)
Walaupun dah hampir 5 tahun duduk kat Kedah ni, perasaan homesick tu masih ade. Bila nak hilang pun taktau la. Mungkin kene angkut femly duk sini sekali baru tak homesick kot. Mungkin suatu hari nanti bile dah diposting sy akan buat macam tu. kihkihkih :)
Mood sekarang masih rindu rumah. Mungkin dengan keadaan yang sunyi kat sini buat sy asyik teringat-ingat rumah. Tapi seriously. Sangat rindu. Makin nak habis belajar makin menjadi-jadi homesick. Tak tertahan nak tanggung sorang-sorang. Tambah-tambah pulak ni tengah hujung minggu. Sume pon keluar la. Tambah la sunyi lagi. Mane la tak menangis rindu kat femly. Sobssss :'(
Masa cuti memang fulltime sy duduk ngan family. Bukak mata je, ade abah ade ma. Bukak mata je, terus nampak adik-adik. Bukak mata je, terus dengar ma berleter. Bukak mata je, terus dengar suara adik-adik duk bergaduh nak itu ini. Sekarang ni, bukak mata je tengok-tengok ada kat umah sewa. Bukak mata je, rase sunyi sepi. Mane tak meleleh air mata. Sy ni taklah sekuat yang orang-orang lain. Sy ni memang anak manja. Tapi tak bermaksud sy tak pandai berdikari. Buktinya, sy boleh survive sorang-sorang kat sini tanpa ada sedara mara. Cuma dengan bantuan kawan-kawan, dan doa dari ma abah sy, sy dapat survive kat sini.
Kalo ikotkan hati yang tak berapa nak rasional ni, nak je beli tiket balik terengganu sekarang ni jugak. Tak tahan rasenye nak tanggung rindu. Nak tanggung sedih. Tapi tak berbaloi la kan. Mintak-mintak nanti cuti CNY nanti sekolah tamil dekat sy praktikum tu bagi cuti sampai seminggu. Memang no doubt sy akan balik! Confirm!
Ni la padahnye kalau cuti lama-lama sangat. Setiap benda yang nak dibuat akan reminds me to my lovely femly. Kalo duk makan kek, ingat kat adik yang suka makan kek. Kalo duk makan nasik, ingat kat ma yang suke masak macam-macam lauk. Sebab most of time masa cuti tu sy spend dengan mereka-mereka. How come sy tak teringat kan?
Datang sini pon dah tak berapa selera nak makan. Tekak macam dah tak boleh terima je masakan orang lain. Eh, mengadelah kau! Selama ni oke pulak kau makan. Tapi seriously, memang macam takde selera je dengan lauk kedai. Baik masak kat umah je lagi sedap walaupun telur goreng. Takpe la, at least boleh kurus sikit nak pakai jubah konvo nanti kan. KAHKAHKAH. Gelak la hoii!
Oke la, ape-ape pon, perjalanan mesti diteruskan. Sesedih mana pon sy, selemah mana pon sy, sy mesti jadi kuat. Kalo tak, sia-sia je la pengorbanan sy selama 4 taon lebih ni. Macam abah sy cakap, 4 taon setengah boleh tahan, ni tinggal setahun je lagi. tahan la sikit. Oke, i'll try! bukan i'll try but i'll do it! insyaAllah :) kamu-kamu doakan sy oke :)
Cukupla dulu setakat ni. Dah macam penat dah menaip. Lama tak menaip tangan pon dah kejung. Oke, till then. Have a nice day! and Happy 2013!
p/s :: azam taon baru nak tukar ganti nama diri. kalo dulu guna 'aku' now guna 'sy'. Lebih sopan kan? *dushhh! penampar sedas* oke la tu, selari dengan pertambahan usia sikit. sikit je okehhh! :p
No comments:
Post a Comment