Sunday, May 5, 2013

orang mengundi, kite study! ;)

assalamualaikum wbt dan selamat hari mengundi :)

your vote is so meaningful to our country, tahu!
so, choose our leader wisely :) #ini kalilah! ehhhh! :p

hari ni banyak sungguh update pasal jari, dakwat, and what so ever yang pasal mengundi-mengundi ini la. tapi yang paling banyaknye pasal jari-jari yang dah disapu dakwat la. yang buat gambar sebelum dan selepas dicuci pon ade. meriah! rasa macam lebih daripada raya pulak tu. setengah orang tak suka. annoying la ape la. alaaa, biarla kat diorang. bukan senang nak tunggu election. 5 taon sekali kottt!



tapi, mengundi tu mengundi punya pasal la. dah habis dah pon. saya je tak mengundi sebab tak cukup umur (kononnye la) dah tua taknak ngaku pulak kan :p so, kita tunggu aje la keputusannya macam mana. tak kisah la yang mana menang, yang mana kalah. all we want is bright future to our generation and our country. dan yang penting tak bermusuhan sebab berbeza fahaman politik. ehh! apela gaduh-gaduh ni? tak matured langsung! tak gitu?

yang mengundi tu satu hal la. yang duk update blog time-time study week dah kenapa? hahaha.. no answer for that question :p sebenarnye dari pagi tadi lagi duk study. (lahhh sangatt!) study 5 minit, lipat baju 20 minit. pastu sambung study pulak 5 minit, online 30 minit. pastu sambung pulak lagi study 5 minit, tengok tv sejam. pastu study pulak 5 minit, online tak tahu bape jam. pastu sambung study 5 minit lagi, masak pulak setengah jam. pastu makan. pastu online facebook dan update blog sampai la sekarang. yang peliknya, 5 minit je boleh fokus? dah macam kanak-kanak autisme dah =_='

i'm always like this!


mungkin disebabkan saya ni ade dua payyyyyyperrr (sila baca ikot slang jozan oke :p) je kot yang menyebabkan saya tersangatlah malas untuk study. alaa, setakat dua payyyyyperrr tu apala sangat kannn? aceyhhh~ cakap gaya orang selalu dapat 4 rata (baca : 4 flat) padahal nak cecah 3.6 pon payah. dah tahu tak pandai taknak pulak study awal-awal. selalu tunggu last minute aje. dan saya tahu kamu-kamu jeles dengan dua payyyyyyperrrr saya kann? taknak mengaku takpe!

dan lagi, mungkin jugak disebabkan subjek-subjek saya ni tak menarik menyebabkan saya jadi malas nak study awal-awal. dua-dua payyyyyyperrr ini subjek killer tahu? walaupun nama aje dua paper, tapi saya rasa macam takde beza dengan lima payyyyperrr sem-sem yang lepas. tapi Alhamdulillah, jadual tak rapat sangat. bukan setakat tak rapat sangat, tapi memang jarak gilaaaaa!



13/5/2013 :: EDU 3107 - BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
22/5/2013 :: PKU 3113 - PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- PENDIDIKAN KHAS

syokkan jadual exam kite? kalau orang yang tengok tu syok, orang yang merasa ni laaaaaaaaagi la syok. syok gila bak hanggg! tu la saya masih di sini bersuka ria mengupdate blog yang langsung tak memberikan apa-apa manfaat dan faedah kepada saya. jarak jauh gila tuuu! sempat sangat nak study ni. tapi tak syok jugak jauh-jauh. kalau dekatkan sikit lagi syok. boleh jugak balik kampung awal lagi ni.

oke la, kamu-kamu-kamu yang baca blog ni, jangan lupa doakan saya berjaya menempuhi study week dan exam week yang akan datang dengan jayanya ye :) dannnn, yang nak exam jugak sama macam saya, all the best okeh! wish all of you good luck ;)

all da best yawww! 


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau bantulah hamba-hambaMu ini berjuang menuntut ilmu. Berikanlah kejayaan kepada kami. Hanya kepada Engkau la tempat kami berlindung dan memohon pertolongan. Sesungguhnya, Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami. Aaminnnn.
dah doa jangan malas study pulak ye ^^ jom study!
usaha + doa + tawakal :)

Till then, and have a nice day! ^_^


p/s :: macam mana ye tak nak bagi malas study awal-awal? any tips can help? ;)

3 comments:

Latifahzainal said...

haha..akak pun mcm situasi dlm pic ats tu dulu.selalu nak exam malam tulah baru nak pulun stdy smpai tak tidur.huhu..gd luck exam ek

Lieza Nordin said...

hahhah..... mmg kebykkn peljr ska buat cm tu.. tapi still rmai y leh score tnggi2.. ahhahah.. xD y pntg fokus ktika lam kelas..insyaAllah ^_^ jgn lupa ulngkaji ^_^

m!ss a!nuL said...

hahahahaha.. yg tak elok tu la ramai org buat :p