Ellooop bloggyku cyg...
Hm..nk mbebel ap lak arini yer...suke ati la nk bebel ap pom!ak punyer blog,ak punyer suke la!!kn??ececece...hahaha..aceli sgt pnat la after amek gmbar utk p’grakn asas...but lega la jgk sbb dh abis bhgian tu utk wt esaimen PJ tu...tp still xlega spenuhnye sbb gmbr 2 lum dtunjukkn lg...nt msti ade kne ubah tu,,ubah ni...huhuhu..alahai,,ssh nyer nk bjaya,,kn??Mmg la ssh ssh nk bjaye..kn ad org ckp ‘bkn sng nk sng,,n bkn ssh nk ssh’..dlu ak salu dgr cikgu ak ckp cm2..tp smakin ari smakin lupe lak..hihihi..besela..ingatan jgka pendek la kte org (aplikasi dr subjek murid dan alam belajar)..hihihi..
Aceli,,skg ni tgh mghitung hari nk blek kg which is Kuala Terengganu t’cinta..dh lame rsenyer tggalkn kg halaman nih..ala..bru sbuln lebih..hahaha..nsib baek xg Indon aritu..law x,,msti nanges2 nk blek..rupenyer ma ngn abah lbih taw prngai ak,,sbb 2 la xbg ak g aritu even lam ati ni mberontak sgt2 nk g..dpt kt Kedah ni pom rse cm jauh sgt dh..xleh blek sbulan cm staon xleh blek..hahahaha...ak ank mnje ke??mybe ye n mybe jgk x...ma ngn abah pom ckp cm2..myb sbb ak ank first kot kn?org ckp anak first ni mnja...yeke?hm..xtaw la..lu pk la snirik..hehhehe..k la..tibe2 lak dpt idea nk bebel arini..aceli,,mnusia ni dilahrkn dgn unsur2 t’tentu...n sifat2 dye 2,,b’kaitan dgn ape unsur yg dye bwk..nk taw x???check dis out,,k....
· Anak pertama – resmi tanah
· Anak kedua – resmi air
· Anak ketiga – resmi api
· Anak keempat – resmi angin
Anak seterusnya ia kembali bermula kepada resmi tanah dan berturutan
· Anak kelima – resmi tanah
· Anak keenam – resmi air
· Anak ketujuh – resmi api
· Anak kelapan – resmi angin
· Anak kesembilan – resmi tanah
· Anak kesepuluh – resmi air
Dan demikianlah turutan seterusnya.
Ok...korg dh taw kn korg ni unsur ape kn...skg ni jom kiter tgk sifat unsur2 tu plak k...
1. Resmi tanah – adalah seorang yang mantap pendirian, boleh menerima dan memberi pendapat kepada orang lain. Umpama sifat keadaan tanah itu sendiri, boleh dicucuktanam, boleh dipijak, tempat tinggal diatasnya, tempat tinggal makhluk didalamnya. Tanah juga mampu memberi kehidupan kepada tumbuhan. Tetapi harus diingat tanah ada bermacam jenis, tanah pasir, tanah hitam, tanah liat, tanah lekit, tanah gambut, tanah lumpur.
Tanah pada anak pertama dan kelima berbeza sifatnya. Sifat tanah pada anak kelima dikenali tanah mencerut yang mana mempunyai perasaan iri, kedekut dan mementingkan diri. Tetapi apabila membawa kepada resmi tanah anak kesembilan, sifatnya hampir serupa kepada resmi tanah anak pertama. Anak ketigabelas pula sifatnya hampir serupa kepada resmi anak kelima. Ianya berselang seli. Oleh itu boleh dikatakan anak ketujuhbelas resmi tanahnya serupa dengan anak pertama dan kesembilan.
Kita dapat menilai sikap dan karakter orang dari resmi tanah itu berdasarkan sifat tanah itu. Kalau resmi tanah yg dibawanya adalah baik, maka pembawaan sikap akan memberi manfaat kepada mereka disekelilingnya. Orang resmi tanah juga boleh dikategorikan orang yang bagus untuk diberikan tanggungjawab untuk dijalankan dan kemampuan mencapai matlamat yang agak baik.

2. Resmi air – Orang dari resmi air boleh dikategorikan mereka yang mempunyai fleksibiliti dan adakalanya tidak tetap pendirian. Orang resmi air kebiasaannya lembut hati dan menyejukkan. Setiap mereka ini juga membawa resmi air yang berbeza bergantung kepada jenis air apa yg menjadi resmi mereka. lace w:st="on"Ada lace berbagai jenis air seperti hujan, mata air, lautan, sungai sebagai air yang menyucikan. lace w:st="on"Ada lace juga yang yang tercemar, yang bersih tetapi tidak boleh menyucikan dan air yang lain. Walaubagaimanapun air tetap mempunyai persamaan iaitu sifat fizikal dan semulajadinya.
Orang resmi air dapat dilihat mempunyai persamaan dengan sifat air itu sendiri yang fleksibel, boleh menyejukkan, boleh dipanaskan, boleh bergelora, boleh menyuburkan tanah, boleh membanjirkan, boleh melembutkan yang keras. Resmi air juga mempunyai kelebihan dalam menerima dan memberi pendapat. Seketul batu boleh berada didalam segelas air, air boleh berada dalam sebuah gelas. Mereka juga boleh menjadi orang yang sukar diramal akan kemampuannya dan mungkin mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan.
3. Resmi api – Api adalah sesuatu yang panas. Satu sifat yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh hadir atau zahir dalam keadaan yang jelas seperti api yang marak menyala atau tersembunyi seperti api membakar sekam yang mana hanya mampu kita mencium asapnya. Api bersifat membakar dan memusnahkan. Namun api juga mempunyai sifat yang memberikan cahaya dan menjelaskan pandangan. Sifat panas api boleh menyakitkan tetapi adakalanya menghangatkan keadaan menghilangkan kesejukan. Boleh dikatakan orang resmi api boleh menceriakan suasana dengan semangatnya tetapi adakalanya boleh menjadi kebencian orang.
Api juga sering dikaitkan dengan sifat panas baran atau beremosi. Api boleh dimarakkan dari angin yg bertiup dan minyak yang dituangkan. Ia boleh marak dalam sekelip mata. Ia juga boleh dipadamkan dalam sekelip mata sekiranya cukup air untuk disiramkan, tapi kalau terlalu besar dan marak, air yang sedikit tidak cukup untuk meredakan. Orang resmi api mungkin banyak boleh membuat orang lain memendam dan makan hati tetapi banyak boleh merungkai kekusutan apabila ia lantang bersuara dan bercahaya.
4. Resmi angin – Angin dikaitkan dengan sifatnya yang tidak dapat diduga dan dilihat. Orang resmi angin juga boleh dikaitkan dengan orang yang tidak tetap emosi (moody). Angin yang perlahan biasanya menyamankan tetapi angin yang kuat boleh membawa kemusnahan. Sifatnya yang tidak boleh dilihat dan sukar diagak kemana arah tujuannya boleh juga dikaitkan tentang pendirian yang berubah-ubah.
Sungguhpun begitu angin berkelebihan untuk berada dimana-mana. Ia boleh bertiup jauh menjelajahi ruang tempat dan waktu. Orang dari resmi ini boleh dikaitkan dengan kelebihan bermusafir dan fleksibel untuk berada dalam kebanyakan tempat dan situasi. Mereka juga boleh menempatkan dan menyesuaikan diri dengan berada dengan kelompok lain
Ok..dh dpt mksud dr unsur korg??hm..ok..skg ni kiter tgk psgn yg ssuai untk korg..dr unsur apekah si dye??hihihi..;)Dari keempat-empat resmi ini, ada yang terdapat pertembungan dan ada yang terdapat keserasian. Ini dapat dilihat dari sifat-sifat elemen tersebut yang berinteraksi antara satu sama lain.
Tanah vs air – keduanya adalah resmi yang mempunyai sifat fizikal mantap, penuh dan boleh memenuhi serta dipenuhi. Air mampu menyuburkan tanah dikaitkan dengan memberi rezeki yang baik. Tanah dikaitkan sesuatu yang padat dank eras tetapi air mampu melembutkan tanah. Baik air yang sentiasa mengalir dan tidak tetap, ia mampu bertakung berdindingkan tanah seperti kolam dan lautan. Ia mampu mengalir mengikut acuan tanah seperti sungai. Ia juga mampu berada dan berlindung didalam tanah serta mengalir sebagai mata air.

Tanah vs api – satu pertembungan resmi yang kurang keserasian. Api itu sendiri yang panas mampu membuat tanah menjadi lebih keras apabila dibakar. Tetapi api yang menyala marak diatas tanah adakala membuat tanah memendam rasa. Ini jelas dilihat bila api marak, kita tidak dapat melihat ia membakar tanah dalam diam sehingga hitam dan hangus.
Tanah vs angin – sebagaimana wujudnya alam semesta yang mana ruang kosong dipenuhi angin dan berada ia di atas tanah. Angin tidak mudah menyanggah tanah. Sekuat mana angin menjadi rebut, amat kurang tanah dapat dirosakkan. Angin hanya dapat bermain diluaran dan tidak seperti air yang mampu meresapi tanah. Tetapi berbanding angin dan tanah, angin lebih mudah bergerak dan tidak begitu statik. Ia mampu menjangkau lebih jauh dan cepat daripada tanah.
Tanah vs tanah – resmi yang sama dari fizikalnya Cuma jenis tanah berbeza akan membezakan refleksinya. Keduanya adalah mantap dan penuh. Ia mungkin tidak menampakkan banyak perubahan berlaku dan mengambil masa yang panjang sekiranya ingin dilihatkan perubahan untuk berlaku.

Air vs api – air bukanlah calang lawan bagi api. Sungguhpun sifat fizikal air itu lembut dan sejuk, ia adalah kelemahan bagi api. Air mampu memadamkan api dan menyejukkan kepanasan. Baiknya disini, air mampu mengawal permasalahan api dan menenangkannya. Namun tidak bermaksud api tidak boleh menyusahkan air. Api mampu memanaskan air, cuma ia akan mengambil masa. Tetapi ia mampu membuat air mendidih dan mengambil masa untuk air sejuk kembali. Walaubagaimanapun, air yang panas masih mampu memadamkan api dalam sekelip mata. Dilihat air lebih mendominasi api.
Air vs angin – satu pertembungan resmi yang membawa permasalahan. Angin selalunya membuat air bergelora dan tidak tenang. Sekiranya angin makin kuat bertiup, ia memungkin air yg tenng menjadi puting beliung yang boleh memusnahkan. Dapat dilihat sendiri kemampuan angin merubah air menjadi lebih ganas dan merbahaya seperti tsunami dan sebagainya. Tidak banyak dapat dilihat akan keserasian dua resmi ini.
Air vs air – keduanya boleh bercampur dan membentuk keserasian. Ia dilihat boleh bercampur dan disebati bersama. Tetapi yang tidak eloknya air yang kotor bercampur air yang bersih akan tetap membawa kekotoran itu bersama. Sudahnya air yg bersih tadi sudah menjadi kotor. Sekiranya air yang bersih itu lebih banyak, maka percampuran ini mungkin tidak mengotorkan campuran yang baru malah menghilang kekotoran yg sedikit dalam percampuran bersih yang lebih besar. Ia dapat dilihat dalam konsep air mutlak yang melebihi 2 kolah tidak akan terjejas sifatnya sucinya jikalau kotoran yg bercampur tidak menjejaskan warna, bau dan rasa.
Api vs angin – dilihat sebagai pertembungan resmi yang tidak serasi. Angin boleh menyemarakkan api. Semakin kuat angin bertiup semakin kuat api marak dan berjangkit. Tidak dapat dilihat dua elemen ini dapat bersatu dengan baik dan memberi faedah bersama.
Api vs api – api bertemu api akan menjadikan keadaan lebih panas. Tetapi dalam konsep lain ia boleh menyemarakkan semangat dan dilihat begitu menonjol bersama. Kehadiran api bersama barangkali boleh menyebabkan orang lain menjadi lebih tertekan atau lebih bersemangat. Tapi dalam sudut lain sekiranya wujud pertembungan dua jenis api yang berlainan maka ia menjadi pertembungan yang melengkapkan. Sekiranya resmi dari api yg ekstrim bertemu resmi api yang membakar dalam senyap, masih lagi mampu keserasian itu dibina.
Angin vs angin – sama seperti pertembungan resmi yang sama, angin bertemu angin juga mempunyai kelebihan. Ia kelihatan serasi kerana dari elemen yang sama dan mampu bercampur dan bergaul. Dua angin mampu menghasilkan ribut yang membawa perubahan atau mungkin kemusnahan. Tetapi lebihnya keduanya mampu bekerjasama. Andaikata terpisah masih mampu lagi hidup seperti biasa.
Dalam melihat keserasian dalam jodoh, pertembungan resmi ini boleh dirujuk untuk melihat kemungkinan situasi perhubungan atau rumahtangga. Anda boleh melihat dari adik beradik dan meneliti keserasian dari resmi pasangan anda. Adakalanya bila anda tahu sifat semulajadi seseorang dari resmi ini, anda tahu bahawa permasalahan sikap pasangan mungkin disebabkan dari resmi kelahirannya sendiri sebagai anak keberapa.

Ok..!dats al for now...korg fkir2 kn la..aceli,,dr sumber yg ddapati,,ade kbnrnnyer jgk la fakta nih...so it’s up to korg la nk cyer ke x...mybe 50-50 kn...??hihihi..ok la...sudh pnat rsenyer mnaip...nt ade mse,,ak taip lg yer...klo ak jmpe yg mnarik2 ker..ok la...out~~daaaaa~~(^__^)
credits to mr google...
comey kn baby ni??kcik2 dh pndai pkai contact lense..
hihihihihi
alahai comeynyer tdow..
thnx to mr google again....:)
i luv baby!!mmmuaahhxx..

.jpg)
No comments:
Post a Comment