Saturday, May 5, 2012

a little thing called LOVE

assalamualaikum wbt..

dan selamat malam..


lamanya tak menjenguk ke sini. malam ni baru la ade masa sikit nk update pon. but it will be just a short entry i think. not in mood sangat. bile dah takde mood, idea pon tak bape nak keluar la.

hari ni aku nak sembang pasal love. love ? sebenarnye, aku agak tak suka nak sembang pasal ni. rase geli macam mane tak tau. meremang semacam je. tapi sebenarnya, love atau dalam bahasa Melayu nye Cinta ni bukanlah untuk lelaki dan perempuan je, tapi jugak merangkumi cinta antara Pencipta dan hamba, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat dan banyak lagi la. tapi aku nak sembang pasal cinta antara kaum adam dan hawa. senang citer, cinta antara laki dan perempuan. dah tau geli, citer jugak =.='

fitrah la kan bercinta antara lelaki dan perempuan. memang fitrah manusia dicipta untuk mencintai dan dicintai. tapi yang tak jadi fitrahnya, bila terlalu taksub dengan cinta itu sendiri sampaikan lupa untuk cinta kepada Allah dan diri kita sendiri.

ustazah aku cakap 'kalau kita cinta seseorang tu, jangan bagi 100% dan simpan sikit rasa cinta tu untuk diri kita dan yang paling penting jangan melebihi cinta kita kepada Allah'  sebab bila kita ada sikit rasa cinta untuk diri kita, kita takkan buat benda yang boleh memudaratkan diri kita, dan bila kita cinta kepada Allah, kita takkan buat benda yang Allah larang. 


sekarang ni baru aku terfikir, ada betulnya jugak cakap ustazah aku. kalau kita serahkan cinta kita 100% kat  orang tu, takde la perasaan cinta untuk diri kita sendiri. diri sendiri pon kena la sayang jugak. kalau tak, bila frust-frust nanti mula la nak bunuh diri, telan racun, mogok takmau makan. last-last diri sendiri jugak yang merana.

fitrah jugak dalam bercinta tak semestinya berakhir dengan indah. tak semua happy ending. kadang-kadang kita merancang nak macam ni,macam tu, tup-tup jadi macam lain. yela, kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan semua. mungkin kita dah plan nanti dah kerja, nak beli rumah, lepastu nak kawen dengan orang ni (yang kita couple sekarang ni) tapi mungkin tak semudah tu jalan hidup kita. mungkin kita putus dengan orang tu kat tengah-tengah jalan. tapi ingatlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. mungkin Allah nak temukan kita dengan orang yang lebih baik, sebab tu kita takde jodoh dengan yang sekarang. sape tahu kan ? dengan izin Allah, semuanya boleh jadi :)

sebab tu kalau kita clash ke jangan salahkan sesape. tu sume ujian dari Allah. sentiasa la berfikiran positif. fikir la ' Aku putus dengan dia mungkin sebab dia tak layak untuk aku' atau ' Allah sedang menyiapkan seseorang yang lebih baik untuk aku' ataupun paling tak ' dia bukan jodoh aku'. insyaAllah, tak rugi kita bersangka baik kat Allah. pahala lagi ada la.

aku pon pernah terputus di tengah jalan. almost 3 years jugak berhubung. tapi sangat jarang jumpa dan kebetulan pulak orang tu memang di utara jugak. berhubung dengan telefon je. bayangkan la almost 3 years kitorang berkawan, dan selama tu macam-macam dah dirancang. tapi putus macam tu je. sebab ? orang ketiga. tapi tak boleh nak salahkan orang ketiga tu sebab mungkin dah tertulis takde jodoh antara kami. sape kita nak persoalkan ? kita bukan sape-sape. takde hak langsung nak persoalkan sebab apa takde jodoh sedangkan dah 3 tahun kami berkawan. sejujurnya, dulu memang aku tak boleh nak terima, hari-hari sunyi je, sepi. rasa lonely. selalu menangis je plus duduk jauh dengan family pulak. takde yang nak support. kawan-kawan je yang bagi semangat. tapi lama lepas tu, aku terfikir takde makna pon aku nak menangis bagai, bukan dia sorang je lelaki kat dunia ni. lagi satu, aku menagis ke, meraung ke bukan dia dengar. yang sakitnye, aku jugak. lepas tu, sikit-sikit aku pulih balik. memang bukan senang nak lupa, tapi why not kalau cuba. tak salah kan. lepas cuba dan cuba dan cuba lagi, jadilah aku yang sekarang. cuba untuk jadi tabah walaupun kat dalam ni masih rapuh. sangat rapuh. tipula kalau dah tak sayang. sayang tu ada sampai sekarang saat entry ni ditaip.

sekarang ni pun tengah cuba untuk jadi tabah. tabah macam dulu. aku dah pernah dikecewakan. so, sekarang ni bila dikecewakan lagi, insyaAllah dapat tanggung walaupun kepala aku sangat berserabut. orang yang pernah aku suka dah pun jadi tunangan orang. pedih. sangat pedih. sakit dada aku. kepala aku pun sakit sebab air mata taknak henti-henti keluar sampai aku duk menulis sekarang. *demm* lemahnya aku sebab lelaki.

aku cuba terima hakikat yang dia dah jadi tunang orang. aku cuba. minggu lepas dah selamat dia jadi tunang orang. Alhamdulillah, aku gembira untuk dia walaupun hati aku sakit. pedih. tapi aku terkilan sebab dia tak cakap dengan aku sedangkan kitorang pon ade duk sms. sebelum ni memang kitorang duk sms, call walaupun aku anggap dia macam abang angkat aku je. duk mengayat bagai la. tipula kalau aku tak ada sikit pon perasaan suka. aku ni pun perempuan normal. ada hati. ada perasaan. ada rasa suka dan dihargai bila orang duk mengayat macam-macam.

tapi yang aku tak dapat terima dia dah ada orang lain masa dia tengah propose aku. apa tujuan dia ? nak main-mainkan aku ? pedih ni hanya Allah yang tahu. pedih kena tipu lagi pedih dari kena pisau. apa tujuan dia kalau tak main-mainkan aku ? agaknya aku ni memang layak untuk dipermainkan je. agaknya dia suka, puas kalau dapat main-mainkan aku. typical guy, memang tau nak kecewakan orang je ! kenapa tipu aku ? sedih. pedih. sebak sangat dada aku ingatkan ni sume. exam just around the corner. memang takde langsung perasaan kesian dia kat aku mungkin. aku tak kisah kalau dia nak tunang ke kawen ke, memang aku dah tak kisah semua tu. tapi tolong jangan perbodohkan aku. tolong jangan tipu aku. aku rasa macam aku ni bodoh gila. rasa macam maruah aku dipijak-pijak.

almost 3 am tapi mata still refused untuk tido. nasib baik esok cuti. sakit kepala yang amat sebab air mata taknak berhenti. dah bape kali sapu dah. tapi nak jugak keluar. degil. tapi kadang-kala air mata tu perlu kalau nak hilangkan stress. agak stress kebelakangan ni dan kesannye, kepala berdenyut-denyut. mintak rehat mungkin. oke la, till then peeps. have a nice day, ya !



p/s :: dah panjang pulak entry ni. ingat nak citer sikit je tadi. tapi TERpanjang pulak. maaf kalau entry ni agak annoying, sekadar meluahkan perasaan dan berkongsi rasa sedih :')

Friday, March 30, 2012

minggu praktikum..

assalamualaikum wbt dan selamat petang...

hepy friday ! yeahh ~ i like friday.. sangat-sangat suka ! sebab jumaat boleh rehat-rehat. boleh tidur-tidur. and see, jumaat jugak aku boleh la melawat blog-blog ni.

oke, sedar tak sedar dah dua minggu aku dah berpraktikum di sk sri kulim. tinggal la lagi 2 minggu. penat ya ampunnn ! tersangatla penat. penat dengan buat bbm la ( bahan bantu mengajar ye, bukan blackberry messanger) buat rph la. lagi-lagi untuk student pendidikan khas, mau dipecah-pecahkan pulak kepada grup ikut diorang punye tahap. rph pun amek mase sejam lebih nak fikir. kena variasikan cara supaya diorang tak bosan and nak tarik perhatian. tapi bila dah siap rph, dah siap mengajar diorang, nak-nak pulak objektif tercapai. fuhh ~ rasa suka sangat. gembira yang tak terkata. rasa macam puas hati yang memang tak boleh nak ungkap dengan kata-kata.

aku mengajar kelas pendidikan khas. sape cakap senang ? meh nak cili mulut ! orang selalu cakap, senang, boleh balik awal, tak payah susah-susah sebab diorang tak amek periksa, diorang tak pandai pon takpe tak jejas ape pon. tapi bagi aku, jadi cikgu pendidikan khas ni memang mencabar. memang la diorang tak amek periksa, tapi susahnye kot lain. nak bentuk diorang supaya jadi berdisiplin. nak bentuk tingkah laku diorang bukan senang sebab diorang ni tak sama macam budak-budak lain. oleh itu, kesabaran yang tinggi amatla diperlukan. *ayat esei*

sepanjang 2 minggu aku berpraktikum kat sane, aku dapat tengok apa yang cikgu-cikgu kat sane buat nak disiplinkan budak-budak tu. secara tak langsung jugak, dah macam-macam la aku belajar. orang cakap "ala, jadi cikgu pk senang, dahla dapat elaun, ade pembantu pulak tu" tapi makcik-makcik sekalian, tahukah anda yang jadi cikgu pk ni memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi ? yelaa, mana  nak kejar budak-budak lari lagi, nak kena tahan kalau diorang buat perangai lagi, buatnya kalau dikacau orang lainnye lagi. memang betul-betul menguji kesabaran laa. sangat !

tapi budak-budak pk ni memang special. tersangat special. tengok muka diorang kadang-kadang jadi tenang. *ada jugak yang tak* dengar diorang cakap 'terima kasih cikgu' pon dah cukup buat hati ni berbunge-bunge. dengar diorang sebut name kita pon rase dah suke sangat-sangat. baru je 2 minggu aku mengajar kat sane. tapi dah teringat-ingat kat budak-budak tu. rasa tak sabar nak jadi  cikgu betul-betul pon ade. aku pernah la mengajar sorang budak ni.dia ada masalah pertuturan. kategori slow learner kalau tak silap aku.

aku : syawal, amek tanah liat ni buat panjang-panjang macam ular.

lepastu, dia pun amek la.. buat panjang-panjang tapi tak cukup panjang macam ular pon.

aku : syawal, syawal buat ape tu ? kenape tak panjang macam ular ? tengok cikgu buat, panjang macam ular. tapi syawal punye macam ulat je. macam ulat gonggok.

syawal : igu, awal nye acam ulat. awal uat ulat ngongok.

aku : ape syawal ? syawal sebut ape ? =.=! *aku pon tengah blur, ingat dia sebut bongok*

syawal : igu, awal uat ulat ngongok *muka tak bersalah*

aku : syawal, ape syawal ? syawal buat ape ? *aku dah dapat tangkap saje je nak dengar dia sebut lagi*

syawal : ulat ngongok ! *muka tak bersalah lagi*

aku : ulat gonggok la syawal.. =.='

hahahahahaha. memang terus terlepas gelak durjana aku. tak tahan nak gelak. duk tahan-tahan tapi tergelak jugak. tapi cover-cover la jugak sikit. sebab bilik guru kat dalam tu. hadoii la ~ syawal, syawal. memang buat cikgu gelak kaw-kaw punye ! hahahahaha. aku ni pon satu, pantang ade benda lawak, terus gelak tak ingat dunia. gelak kalahkan anak-anak murid. memang takde bakat nak jadi cikgu lagi kot.

oke la. aku rasa cukup la setakat ni dulu aku tulis. rasa macam dah panjang sangat je mengarut. nak kena cari timing betul nak update blog. sekarang ni sangat busy mengalahkan menteri. update pon jarang-jarang aje la. oke, happy reading and have a nice day ! :)

Friday, March 2, 2012

sedih+serabut+terasa = tension !!

assalamualaikum wbt dan selamat petang..

dan hepy friday to all...

but not a very good friday for me. yelaa, dah lepas kena marah nak good ape lagi. sedih, terasa. rasa macam taknak balik kampung je minggu depan. dah hilang semua excited bile dah kena marah. oke, mesti nak cakap aku anak manja, kena marah sikit pon dah nak merajuk bagai kan ? cakapla.cakapla. tapi hanya aku je yang tau perkara sebenar. dan aku rasa memang salah aku pon. ye, salah aku.

haih. tak tau macam mana nak mula. serabut betul kepala otak ni. rumah sewa kat Kulim tak dapat-dapat lagi. boleh harapkan kawan-kawan je tolong cari. nak pegi sendiri takut jugak kalau area Kulim ni. kawan aku dah pernah kena ragut kat situ. scary ! memang tak berdaya nak cari. kalau kat internet tu memang dah habis tempat dah bukak. mudah.my pon tak mudah sangat sebenarnya. tiba-tiba aku rasa penting jugak kalau dapat kenal dengan orang Kedah time-time ni. senang kerja aku nak cari rumah sewa. pastu kalau dapat posting kat negeri lain pulak, cari orang negeri lain pulak. jenuh nak tukar partner. macam tukar baju. sepupu aku ada kat area sana. cakap nak tolong cari rumah. last-last ajak duduk rumah dia. bukan taknak, tapi jauh. susah nak berulang dari sekolah aku. haih. susahnya nak praktikum ni.

sebenarnye, takde mood sangat nak update blog ni. terasa pon belum habis lagi. sedih. tiba-tiba rasa hati ni makin lama, makin mengecil. ye, aku kecik hati sebenarnya. terasa ngan abah aku, adik aku. tapi nak mengadu kat sape. aku takde sape-sape. selama ni, ada masalah, memang mengadu terus dengan parents aku. tapi kalau dah terasa dengan parents nak mengadu kat sape lagi. ade adik pun takleh harap !lagi double triple dia buat kita terasa. honestly, aku ni bukan anak manja sangat. tapi sangat sensitif. antara adik-beradik aku, aku yang paling sensitif. paling cepat terasa. tapi terasa aku bersebab !

haih. memang takde idea nak tulis kat blog time sedih + serabut macam ni. dah sejam lebih dah duduk berteleku kat sini. dah taip, backspace balik. macam-macam tak kena. i think i better stop here. duduk fikir lama-lama pun idea taknak keluar jugak.oke peeps, have a nice day !

Wednesday, February 29, 2012

entry 29 February..excited ! excited !

assalamualaikum wbt dan selamat malam..



hello peeps ! hepy 29 February..

bukan senang nak dapat jumpa 29 Februari ni. 4 tahun sekali je. dan jika dipanjangkan umur kita akan jumpa 29 Februari ni tahun 2016 pulak. insyaAllah. lambat lagi tu. mungkin aku dah kawen dah pun tahun 2016 tu. mungkin.

dan sebab lambat nak jumpa 29 Februari ni la aku duk pulun jugak taip entry ni walaupun mata dah mengantuk tahap gaban dah ni. tahap bila baring je terus boleh terlelap. gigih sungguh aku duk taip entry ni walaupun bantal duk panggil-panggil suruh landing. novel pun duk merayu-rayu suruh baca. tapi aku cekalkan jugak hati, kuatkan semangat nak menaip entry merapu-meraban ni.sebab ape ? macam aku cakap tadi la. bukan senang nak jumpa tarikh 29 Februari. so, aku nak jugak la mencatat kat blog ni pada tarikh 29 Februari. punya la pulun duk log in tadi sebab line blogspot ni tak berapa elok pulak. dah dapat log in tu rasa macam nak berjoget-joget kesukaan.tak pun bersenam seni bagi meraikan kejayaan sebab dah dapat log in. oke, sangat gila.

dalam pada masa sangat mengantuk ni, tengah menaip pun rasa nak terlelap. ingat nak berhenti menaip jap, tidur, pastu sambung balik taip. tapi tak jadi sebab 29 Februari hanya tinggal beberapa minit je lagi. takut tak sempat nak post pulak nanti. tak pun terlajak sampai pagi esok. tamo tamo ! nak post 29 Februari jugak. rasa rugi kalau tak abadikan catatan aku pada tarikh ni. hahaha. ayat sangat takleh blah!

sebenarnya, takde yang special pun tarikh 29 Februari ni untuk aku. bukan birthday aku. jauh sekali hari tanggal tali pusat aku. cuma aku rasa tertarik sebab datang setiap 4 tahun. tu la yang special. lagi 4 tahun pulak baru aku boleh update blog pada tarikh 29 Februari. tak macam tarikh-tarikh lain. datang setiap tahun. tu aje yang excitednye.

masa duk taip-taip kat blog ni, duk tengok-tengok jam kat bawah ni. takut dah terlebih pukul 12. kalau dah lebih dah tak jadi 29 Februari dah. dah jadi 1 Mac pulak. tak syok la. cekal gila hati aku nak post entry ni on time. kalau assignment taknak pulak hantar on time. selalu duk mintak tangguh-tangguh je dari lecturer. lepas esok, esok. pastu esok pulak. last-last khamis baru hantar. tapi ikut lecturer la. kalau yang angin semacam memang tak berani la. masing-masing macam kena gam gajah kat mulut. senyap ! nak mintak pegi toilet pun takut, apatah lagi nak tangguh tarikh hantar assignment. tapi setakat ni takde la yang macam tu.

oke la. setakat ni dulu entry untuk 29 Februari ni. duk kerling-kerling jam kat bawah ni takut terlebih pulak. nite, peeps ! have a nice day.. and happy 29 February !


p/s :: hepy birthday to those who was born on 29 February ! selamat menyambut birthday dengan kek 4 tingkat. dan make sure kek tu tahan sampai 29 February 2016 ! kahkahkah (gelak jahat)

Sunday, February 26, 2012

pasangan hidup.. soulmatekah ?

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

hepy Sunday everyone !

but.... i hate Sunday. yeahh ! such a very busy day. class dari 8 am to 5 pm. dah macam office hour. rasa macam nak amek mc setiap kali ahad. haha. tapi impossible la kan ? cakap boleh la.

tiba-tiba rasa nak menaip pasal pasangan hidup malam ni. tah dari mana datangnya mood taktau la aku. ni pun main taip je. tunggang-langgang pon dah tak kisah. so, maaf la kalau entry ni agak merepek-merapu-meraban dengan ayat tak tersusun ya. maaf.

pasangan hidup. apa tu pasangan hidup ? atau orang putih sebut soulmate. bagi aku la kan, pasangan hidup ni adalah orang yang akan bersama-sama kita dalam susah dan senang, yang selalu berada di samping kita, mampu bagi semangat ketika kita lemah, dan yang sewaktu dengannya la. pendek kata, yang akan bersama-sama kita seumur hidup. dan yang penting HALAL.

ramai yang tanya pasal pasangan hidup aku. bila nak kawen. cehhh ! ramai la sangat. padahal sorang je pon. ayat kira nak bajet hot je. hahahahadoiiii ~

bukannye taknak cari. nak je. ade jugak keinginan tu memandangkan umur pun dah masuk 20-an ni. tambah-tambah lagi tahun depan dah tahun akhir dan maknanya aku akan posting. tapi perasaan takut tu tetap ada. takut tak dapat bagi komitmen la, takut pisang berbuah dua kali la, takut tak dapat sambung master la. oke, yang ni memang takleh blah. takut tak dapat nak sambung master ? apekahhh ??

oke, sebenarnya bukan aku taknak*berapa kali nak ulang laaa*. tapi aku rasa macam tanggungjawab aku banyak lagi. yela, aku ni anak sulung. jap gi aku kawen awal, abis sume adik-adik aku mengikut. oke, mengarut ! takdela, aku rasa macam tanggungjawab aku kat family lagi besar. ingat nak tanggung adik-adik dulu, pastu nak sambung master. dah ada kewangan kukuh baru boleh kawen. kalau tak, cemane nak pegi honeymoon kat Korea. yedokkk ?

lagi satu, aku ni sangat-sangat-sangat takut dengan masa silam sebab aku pernah terluka. bukan sebab kena pisau, tapi dilukai oleh seseorang yang aku ingat sampai sekarang. maaf, bukan dendam tapi susah nak lupa. sakit wooo ! lagi sakit dari kena pisau kau tau ! tapi insyaAllah, aku dah maafkan cuma take time to forget walaupun dah bertahun-tahun tetap tak lupa jugak. haih. kuat jugak ingatan aku ni bab-bab macam tu.

aku ni agak childish. sangat tak matang. mak aku la cakap. umur dah 20 lebih dah tapi perangai macam jugak budak-budak kecik. kalah adik aku yang form 3. suka merajuk la, berebut-rebut la dengan adik-adik, bertempik sana-sini. tak padan ngan anak sulung. cemane nak jadi bini orang. memasak pon merangkak-rangkak. kalau mak aku takde alamatnya ikan goreng jadi ikan bakar la. haha. mak aku pesan tak boleh kawen selagi tak pandai masak. tapi kalau dah pandai masak maggi dah boleh kawen kot.

mak aku cakap aku ni memilih. elehhhh, aku yang memilih ke mak aku yang memilih. nak cover la tuuu. mak aku cakap aku ni memilih sangat. nak yang kaya la, rumah besar la, kerja sedap la. tapi sebenarnya tak pon. mak aku tu yang nak kerja terjamin la, macam ni la, macam tu la. macam beliau pule yang nak kawen. kahkahkah. aku terima je seadanya. tapi kalau dapat yang rumah besar, kerja sedap, bonus la tu. rezeki jangan ditolak !

mak aku pun cakap, aku ni pemalu, sombong. mak aku cakap. tapi aku rasa tak pon ! haha ! kalau la mak aku tau aku kat sini bukan main lagi ramahnye, mesti terkejut la. mane ade malu-malu. sombong ? aku tak pasti la. mungkin ade benarnye la. sebenarnye aku ni sangat-sangat-sangat talkative. tapi dengan orang yang aku rapat la. tapi kalau orang tegur, aku jawab. takde nak tarik muka ke ape ke. jawab dengan muka yang semanis boleh sampai semut pon boleh terpikat. tapi kalau bab ngurat-mengurat, ayat-mengayat ni memang aku tak pandai. sangat tak pandai. nak sweet-sweet sangat pon memang aku fail ! geli dowh ! jap gi kalau aku buat sweet sangat kang, mau sawan anak orang 24 jam. tak dia yang sawan, aku yang sawan. nak practice kat lembu pun, takot lembu tu mati. nak practice mengayat kuda pon, takot kuda lari tak balik-balik.

oke, cukup la kot sampai sini. adoiiii ~ ape yang aku tulis ni !! nak tulis pasal umum je. ni yang tertulis pasal aku ni ape kes ?? hahaha.. dahla tajuk macam tu. bantai aje laaa ! oke, till then peeps. gudnite and have a nice day ! :)