Wednesday, February 29, 2012

entry 29 February..excited ! excited !

assalamualaikum wbt dan selamat malam..



hello peeps ! hepy 29 February..

bukan senang nak dapat jumpa 29 Februari ni. 4 tahun sekali je. dan jika dipanjangkan umur kita akan jumpa 29 Februari ni tahun 2016 pulak. insyaAllah. lambat lagi tu. mungkin aku dah kawen dah pun tahun 2016 tu. mungkin.

dan sebab lambat nak jumpa 29 Februari ni la aku duk pulun jugak taip entry ni walaupun mata dah mengantuk tahap gaban dah ni. tahap bila baring je terus boleh terlelap. gigih sungguh aku duk taip entry ni walaupun bantal duk panggil-panggil suruh landing. novel pun duk merayu-rayu suruh baca. tapi aku cekalkan jugak hati, kuatkan semangat nak menaip entry merapu-meraban ni.sebab ape ? macam aku cakap tadi la. bukan senang nak jumpa tarikh 29 Februari. so, aku nak jugak la mencatat kat blog ni pada tarikh 29 Februari. punya la pulun duk log in tadi sebab line blogspot ni tak berapa elok pulak. dah dapat log in tu rasa macam nak berjoget-joget kesukaan.tak pun bersenam seni bagi meraikan kejayaan sebab dah dapat log in. oke, sangat gila.

dalam pada masa sangat mengantuk ni, tengah menaip pun rasa nak terlelap. ingat nak berhenti menaip jap, tidur, pastu sambung balik taip. tapi tak jadi sebab 29 Februari hanya tinggal beberapa minit je lagi. takut tak sempat nak post pulak nanti. tak pun terlajak sampai pagi esok. tamo tamo ! nak post 29 Februari jugak. rasa rugi kalau tak abadikan catatan aku pada tarikh ni. hahaha. ayat sangat takleh blah!

sebenarnya, takde yang special pun tarikh 29 Februari ni untuk aku. bukan birthday aku. jauh sekali hari tanggal tali pusat aku. cuma aku rasa tertarik sebab datang setiap 4 tahun. tu la yang special. lagi 4 tahun pulak baru aku boleh update blog pada tarikh 29 Februari. tak macam tarikh-tarikh lain. datang setiap tahun. tu aje yang excitednye.

masa duk taip-taip kat blog ni, duk tengok-tengok jam kat bawah ni. takut dah terlebih pukul 12. kalau dah lebih dah tak jadi 29 Februari dah. dah jadi 1 Mac pulak. tak syok la. cekal gila hati aku nak post entry ni on time. kalau assignment taknak pulak hantar on time. selalu duk mintak tangguh-tangguh je dari lecturer. lepas esok, esok. pastu esok pulak. last-last khamis baru hantar. tapi ikut lecturer la. kalau yang angin semacam memang tak berani la. masing-masing macam kena gam gajah kat mulut. senyap ! nak mintak pegi toilet pun takut, apatah lagi nak tangguh tarikh hantar assignment. tapi setakat ni takde la yang macam tu.

oke la. setakat ni dulu entry untuk 29 Februari ni. duk kerling-kerling jam kat bawah ni takut terlebih pulak. nite, peeps ! have a nice day.. and happy 29 February !


p/s :: hepy birthday to those who was born on 29 February ! selamat menyambut birthday dengan kek 4 tingkat. dan make sure kek tu tahan sampai 29 February 2016 ! kahkahkah (gelak jahat)

Sunday, February 26, 2012

pasangan hidup.. soulmatekah ?

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

hepy Sunday everyone !

but.... i hate Sunday. yeahh ! such a very busy day. class dari 8 am to 5 pm. dah macam office hour. rasa macam nak amek mc setiap kali ahad. haha. tapi impossible la kan ? cakap boleh la.

tiba-tiba rasa nak menaip pasal pasangan hidup malam ni. tah dari mana datangnya mood taktau la aku. ni pun main taip je. tunggang-langgang pon dah tak kisah. so, maaf la kalau entry ni agak merepek-merapu-meraban dengan ayat tak tersusun ya. maaf.

pasangan hidup. apa tu pasangan hidup ? atau orang putih sebut soulmate. bagi aku la kan, pasangan hidup ni adalah orang yang akan bersama-sama kita dalam susah dan senang, yang selalu berada di samping kita, mampu bagi semangat ketika kita lemah, dan yang sewaktu dengannya la. pendek kata, yang akan bersama-sama kita seumur hidup. dan yang penting HALAL.

ramai yang tanya pasal pasangan hidup aku. bila nak kawen. cehhh ! ramai la sangat. padahal sorang je pon. ayat kira nak bajet hot je. hahahahadoiiii ~

bukannye taknak cari. nak je. ade jugak keinginan tu memandangkan umur pun dah masuk 20-an ni. tambah-tambah lagi tahun depan dah tahun akhir dan maknanya aku akan posting. tapi perasaan takut tu tetap ada. takut tak dapat bagi komitmen la, takut pisang berbuah dua kali la, takut tak dapat sambung master la. oke, yang ni memang takleh blah. takut tak dapat nak sambung master ? apekahhh ??

oke, sebenarnya bukan aku taknak*berapa kali nak ulang laaa*. tapi aku rasa macam tanggungjawab aku banyak lagi. yela, aku ni anak sulung. jap gi aku kawen awal, abis sume adik-adik aku mengikut. oke, mengarut ! takdela, aku rasa macam tanggungjawab aku kat family lagi besar. ingat nak tanggung adik-adik dulu, pastu nak sambung master. dah ada kewangan kukuh baru boleh kawen. kalau tak, cemane nak pegi honeymoon kat Korea. yedokkk ?

lagi satu, aku ni sangat-sangat-sangat takut dengan masa silam sebab aku pernah terluka. bukan sebab kena pisau, tapi dilukai oleh seseorang yang aku ingat sampai sekarang. maaf, bukan dendam tapi susah nak lupa. sakit wooo ! lagi sakit dari kena pisau kau tau ! tapi insyaAllah, aku dah maafkan cuma take time to forget walaupun dah bertahun-tahun tetap tak lupa jugak. haih. kuat jugak ingatan aku ni bab-bab macam tu.

aku ni agak childish. sangat tak matang. mak aku la cakap. umur dah 20 lebih dah tapi perangai macam jugak budak-budak kecik. kalah adik aku yang form 3. suka merajuk la, berebut-rebut la dengan adik-adik, bertempik sana-sini. tak padan ngan anak sulung. cemane nak jadi bini orang. memasak pon merangkak-rangkak. kalau mak aku takde alamatnya ikan goreng jadi ikan bakar la. haha. mak aku pesan tak boleh kawen selagi tak pandai masak. tapi kalau dah pandai masak maggi dah boleh kawen kot.

mak aku cakap aku ni memilih. elehhhh, aku yang memilih ke mak aku yang memilih. nak cover la tuuu. mak aku cakap aku ni memilih sangat. nak yang kaya la, rumah besar la, kerja sedap la. tapi sebenarnya tak pon. mak aku tu yang nak kerja terjamin la, macam ni la, macam tu la. macam beliau pule yang nak kawen. kahkahkah. aku terima je seadanya. tapi kalau dapat yang rumah besar, kerja sedap, bonus la tu. rezeki jangan ditolak !

mak aku pun cakap, aku ni pemalu, sombong. mak aku cakap. tapi aku rasa tak pon ! haha ! kalau la mak aku tau aku kat sini bukan main lagi ramahnye, mesti terkejut la. mane ade malu-malu. sombong ? aku tak pasti la. mungkin ade benarnye la. sebenarnye aku ni sangat-sangat-sangat talkative. tapi dengan orang yang aku rapat la. tapi kalau orang tegur, aku jawab. takde nak tarik muka ke ape ke. jawab dengan muka yang semanis boleh sampai semut pon boleh terpikat. tapi kalau bab ngurat-mengurat, ayat-mengayat ni memang aku tak pandai. sangat tak pandai. nak sweet-sweet sangat pon memang aku fail ! geli dowh ! jap gi kalau aku buat sweet sangat kang, mau sawan anak orang 24 jam. tak dia yang sawan, aku yang sawan. nak practice kat lembu pun, takot lembu tu mati. nak practice mengayat kuda pon, takot kuda lari tak balik-balik.

oke, cukup la kot sampai sini. adoiiii ~ ape yang aku tulis ni !! nak tulis pasal umum je. ni yang tertulis pasal aku ni ape kes ?? hahaha.. dahla tajuk macam tu. bantai aje laaa ! oke, till then peeps. gudnite and have a nice day ! :)


Friday, February 24, 2012

adik.. be strong okeh !

assalamualaikum wbt dan hepy weekend..

but not too 'weekend' for me. too much works to be finished. nasib la. student ipg memang camni. relax tu relax jugak. time assignment datang, macam terus-menerus. ingatkan dah praktikum ni, takdela banyak kerja sangat. rupenye double plak ! alahaiii =.='

just now, i've got message from my sister. bagitau yang my lil brother warded again.untuk kali ke berapa pon taktau dah. kesiannye dia. tapi kesian lagi aku yang duk jauh ni. langsung takde peluang nak ade kat sisi dia time dia sakit. teringin sangat nak tengok keadaan dia. rasa macam nak menangis ingatkan dia. miss him damn muchhhh ! saye nak balikkkk.....ouh time ! go faster pleaseeee..

doctor diagnosed he have aplastic anemia. ketiga-tiga sel darah dia kurang and he need blood replacement almost every 2 weeks. kadang-kadang darah yang diberi tu bertahan sampai seminggu lebih je. tak sampai pon 2 minggu. and sebab nak masukkan darah tu la, he need to be warded. hospital tu dah macam tempat dia. bila balik cuti je, kadang-kadang aku yang take over jaga dia kat hospital. selalu sangat dia menangis bila nak kena amek darah. and that time, aku la yang biasenye calm his down. biasala, nak buat blood test. selalu la kena amek darah. nak tengok kadar platelet,darah merah, darah putih, hb dan macam-macam laa. tak sanggup nak dengar dia nangis, coz i love him very much. dari dia kecik aku tengok dia membesar. sangat sihat. takde sakit ape pon. tapi bila dah doctor suspected dia leukimia hari tu, rasa macam.... taktau nak cakap. dalam hati duk berkata ya Allah.. keciknye dah kena tanggung sakit ni. leukimia @ kanser darah ! nanti cemane dengan sekolah dia, masa depan dia. tambah pulak dia satu-satunye adik lelaki aku. tapi nasib baik bila dah buat test, bukan leukimia. just aplastic anemia. so, bukan leukimia, takde la kemo. alhamdulillah..syukur ya Allah !

adik aku tu terlalu kecik nak tanggung sakit ni. aku tau bila nak masukkan ubat je, mesti nangis. pedih katenye. dan memang agak pedih. sekarang ni bimbang jugak sebab doctor cakap ada bleeding sikit dekat dia punye belakang bebola mata sebab kekurangan platelet. dan probability untuk pandangannya kabur tetap ada. tapi tak besar sebab belakang bebola mata dan akan sembuh sendiri. tapi agak memakan masa. tak kisahla, asalkan sembuh je. adik, kuat oke..kaklong sayang adik.. :'(

that's all for now. not in mood. sedih menaip entry ni sampai air mata pon terkeluar *overacting*. aku memang sensitif kalau bab-bab femly ni. rinduuu... tak dapat nak tahan air mata. lagi-lagi kalau jadi macam ni..oke la, doakan adik saya ye. semoga cepat sembuh. till then, have a nice day ! :)




Tuesday, February 21, 2012

i'm so tiredddddd

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

tiredddd ! yeahh.. i'm really really tired lately. penat dengan segala macam benda. itula, inila. haih. nasib la sebab cuma ada 24 jam je sehari.. kalo boleh saya nak lebih dan lebihhhhhhh lagi mase tu.. *saya ? buang tebiat !* and masa lebih tu nak buat ape ? mestila tido yang secukupnya =.=!

tapi memang betulla, sangat penat kebelakangan ni. asyik rasa mengantuk, lapar (erk!) and nak tidow je. malam-malam memang masuk awal la tidow. kalau dulu, pukul 3,4 pagi tak tidow lagi, sekarang ni pukul 1 tu pon dah kira lambat. siang ? kadang-kadang je tidow. class sampai petang mane nak tidownye. tapi ada peluang, buat jugak kerja mulia tu. haha!

tapi  seriously kerja memang banyak and macam takkan habis. tapi berjalan jugak kadang-kadang. pantang ada masa free. hujung minggu contohnye. kekadang je melekat kat umah. tu pon bukan buat keje. berlayar dari blog ke blog. habis-habis sangat tidow. qadha tidow yang tak cukup tu. tambah pulak sakit-sakit badan ni terutamanya kaki, bertambah-tambah penatnye. sekarang ni duk rase mencucuk-cucuk kat pinggang, taktau la pasal ape. nak tidow malam pon tak lena sebab sakit macam ade benda cucuk kat tulang belakang bahagian bawah *kemain lagi detailnye* lagi-lagi time sejuk, rasa macam ngilu oww ! nak beralih masa tidow pon sakit. selalu terjaga sebab tu. memang tak pernah rasa macam ni. takot jugak kalau ade pape, tapi tak amek ubat pon. sakit biasa je kot sebab banyak sangat buat aktiviti. kot.

oke la..itu je kot dulu setakat malam ni. mata meminta untuk dipejam. perlu dapatkan tidow yang cukup untuk awet muda. eh tak. untuk mengharungi class full untuk esok. 8am-7pm. waaaaaa :'(  be strong ! oke, dats all.. till then. good night and have a nice day !

Saturday, February 4, 2012

ku pinang kau dengan Bismillah ~

assalamualaikum wbt dan selamat malam..

how your weekend ya peeps ?

hujung minggu aku macam biase aje even elaun baru je masuk. just like hujung minggu-hujung minggu sebelum ni. duk rumah dan online. tidow dan makan tu kerja sampingan. tak berjalan, tak habis duit. yedokk ? eventhough sangat-sangat bosan. haih.

sekarang dalam mood untuk nak selalu update blog. entah ape mimpinye taktau la tiba-tiba berubah jadi rajin. rajin update blog yang tak mendatangkan sebarang faedah mahupun keuntungan ni la. bukan rajin buat assignment. assignment sikit pon tak sentuh lagi. tengok tajuk pon tak. ouh ! the very very lazyyyyy me ! adoiii~ parahhhhh =.='

oke, back to our topic, tadi tengah duk godam-godam facebook ade la kawan-kawan facebook duk share pasal lagu ni. lagu ungu ft rossa- ku pinang kau dengan bismillah. aku tau lagu ni dah agak lama. cuma aku je yang agak ketinggalan zaman sikit baru nak dengar. sebenarnye aku dah dengar lama dah lagu ni tapi entah mengapa ( skema siott ! )baru hari ni aku perasan yang lirik lagu tu ada maksud yang sangat-sangat mendalam. baru aku perasan lepas aku hayati betul-betul lirik lagu tu ( tak boleh tahan la ayat aku ni ) sweet pon ade jugak ! haha *gatal* oke, layan video ni dulu.. kat bawah ni sekali dengan lirik lagunye..



lirik  :::

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

alahaiii syahdunyeeee la hai lagu ni. so suwittt la. kalau la bakal asben aku nyanyi lagu ni kat aku, memang tak tidow malam dah la wa cakap sama luu *berangan* memang tiap-tiap hari la saye suruh awak nyanyi sampai  suara awak jadi macam Ramli Sarip. tu pon kalau suara awak sedap. kalau suara tak sedap pun takpe, saye terima seadanya. saye kan baik. cuma jangan nyanyi je la awak ye :p 
oke, cukup la setakat hari ni. sekarang ni misi untuk mencari calon bakal suami pulak. eh tak. misi untuk tengok drama korea. aku baru je beli cerita HEARTSTRING. alaa, yang cerita baru tu la. Park Shin Hye dengan Jung Yong Hwa CNBLUE berlakon tu la. kalau tak tau, sila dapatkan khidmat GOOGLE. Yong Hwa Oppa, here I come ! adios amigos ! nite peeps :)