Friday, October 26, 2012

salam aidiladha dari perantauan :p

assalamualaikum wbt.. dan selamat malam..

sebelum tu, gelakkan dulu tajuk entry ni. Kahkahkah :D Perantauan la sangat~ bajet oversea =.='


finally ~ berakhir jugak sume ke'busy'an ni. haih. baru dapat bernafas dengan lega. lepas satu, satu projek yang datang. macam tak nak habis. but finally, dekat-dekat habis sem ni baru dapat rehat sikit. but final exam is just around the corner. phewww ~ 29 October to 05 November.. lepas tu enjoy dekat 2 bulan! hoyeahhhhhhhhhhhhhhhh~

lupekan pasal final exam sementara :) dan seperti yang diketahui umum, esok *erkk ! esok ke?* dah masuk 10 Zulhijjah yang mana merupakan hari kebesaran umat Islam di seluruh dunia. Esok raye ! weeeeeeeeee~ tapi tak excited pon sebab tak balik kampung. raya di perantauan saje tahun ni T_T dan berseorangan. double T_T ahhh~ never mind. macam tak bese pulak sebab ni dah masuk tahun kedua raye kat sini. akcely, tak kisah sangat nak beraye kat mane-mane pon. tapi kalo boleh taknak sorang diri je sedih kan? tapi takpe.. maybe ni pengorbanan aku yang tak pulang beraye *positive sehabis mungkin*. orang cakap ''alaaaa, take it easy la", "sabar ye", "buat pengorbanan sekali sekala". tapi..tapi.. tahukah korang-korang sume yang cakap tu tak serupe bikin?? tahu ke takk ?! *emo ni!* cube la korang kat tempat aku. boleh sabar ke? dah la kat fesbuk berlambak orang duk cakap kat satu dunia dah sampai kampung, tak sabar nak beraya ngan femly. haishh ~ kalo duduk dekat aku, nak je sepuk kat dahi bagi benjol.

sedih tahuuuu tak beraya kat sini. dengan takde makanannye, takde femly nye.. kosong! rasa macam sadis gila. orang takkan faham ape yang orang macam aku ni rasa. rindu dengan femly, alone, homesick. sume tu memang aku tak suke. tapi yang aku tak suka tu la selalu je jadi kat aku. bila dah ade simptom-simptom tu akibatnye bengkak la mata. deymm! aku bukan suka nangis-nangis ni. tak macho. tapi raye kali ni betul-betul memang aku sebak. tak tahan weyh. jatuh menitik-nitik air mata aku. malam raye dengar takbir tu dah berderai-derai air mata aku teringat kat ma abah aku.

insyaAllah.. cuba ikhlaskan hati. dah nasib nak buat macam mane. terima la seadanya. bukan senang tau nak beraye sorang-sorang. dengar takbir, sebak.. tengok cite, sebak.. duduk sorang-sorang, sebak.. habis tu, time bile nye tak sebak? tido ? tengok la sekarang. dekat pukul 5 pon tak tido lagi. pon sebak jugak. so, terima dengan redha je la. sebak-sebak pon kene lalui jugak. moge-moge dengan pengorbanan yang aku lakukan ni, aku dapat sesuatu yang lebih baik. insyaAllah :)

esok nak call abah aku. tapi confirm tengah cakap tu berjuraian air mata jatuh. tak tahan rindu weyh~ tadi pon duk mesej ngan adik aku pon basah bantal yang aku baring. hahahaha. abah aku cakap, aku ni manja sangat kalah adik aku nombor 3. alaaa~ duk bawah ketiak ma abah aku lagi bolehlaaa cakap.. cuba try test hantar pegi jauh sket tengokkkk ~ sape lagi kental. kihkihkih :D tapi aku rasa tu bukan la manja. tapi kasih sayang yang begitu menebal untuk femly aku :p (pandai betul aku putar belit ayat)

oke la. cukup la aku merapu-rapu kat sini. cepat pulak aku menaip ni. bese satu entry tu sampai sejam menaip cari idea. ke aku yang tak sabar nak tunggu pagi tu yang rasa masa tu lambat sangat berlalu? hihi :D tak sabar nak tunggu pagi sebab aku nak tidur. ngantuk tu memang la ngantuk tapi aku ni memang spesies yang tak berani nak tido sorang-sorang. atau kata lainnya, penakut! sebab tu aku sanggup berjaga. InsyaAllah, hajat di hati nak pegi solat raye esok. tapi tengok keadaan la dulu macam mane. segan jugak nak pegi sorang-sorang. tambah pulak tak tau pintu masuk masjid belah mana. bukan tak pernah pegi masjid oke! aku pegi masjid lain. masjid dekat umah sewa aku ni tak penah pegi lagi.

okehhh.. last but not least :


"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

~semoga setiap pengorbanan yang dilakukan memberi makna yang besar dalam hidup kita~

"Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam kesabaran melihatkan keteguhan iman dan keikhlasan hati anaknya Nabi Ismail, di situlah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan" :)



p/s :: masa taip entry ni pon berderai-derai gak air mata jatuh. haish~ tak macho dan tak kental langsung :(


Saturday, July 14, 2012

14 Julai 2008- i am a special education's teacher-to-be :)

assalamualaikum wbt dan selamat petang :)


ehem ! ehem ! haish.. lame tak menulis jadi janggal pulak nak cerita kat sini. Ni la padahnye kalo rajin sangat update blog. *tangan ke bahu mata ke atas*

thanks your teacher if you can read this :)
*gambar curi dari google*


Alhamdulillah hari ni 14 Julai 2012 genap la 4 tahun aku menetap di Kedah. diam tak diam rupenye lame jugak la aku duk kat Kedah ni. tapi sorry to say la, aku ni tak minat cakap Kedah. bagi aku kasar. bagi orang lain tak la kot. aku tengok diorang oke je cakap. biase je. tapi bagi aku tak biasa. HAHA

teringat masa mula-mula dapat tawaran datang Kedah ni dulu. menangis-nangis taknak pegi. dua kali beb aku dapat tawaran lanjutkan pelajaran kat Kedah ni. DUA kali ! haaa ~ amek kau. siap caps kan lagi. memang berjodoh sungguh aku ngan Kedah ni. asal jangan berjodoh ngan orang Kedah sudah ~

oke, first tawaran tu masa aku dapat tawaran pegi Kolej Matrikulasi Kedah kat Changlun tu. aku taknak. tolak mentah-mentah. sebab ? alasan aku bagi kat ma abah aku sangat tak logik. aku cakap taknak sebab jauh sangat. nanti susah nak balek. lepas tu, tak lama dapat tawaran masuk sini la pulak. IPG Kampus Darulaman. Kedah jugak ! tu pon taknak pegi jugak. duk bagi macam-macam alasan kat ma ngan abah aku. kemain lagi taknak pegi sana. cakap jauh, susah nak balik kg, nanti takde tiket nak balek raye cemane, takot homesick laaa.. padahal bukan jauh sangat pon.

tapi sebenarnye, aku duk tunggu offer letter dari Universitas Padjadjaran ke Gadjah Mada tah lupe dah tapi kat Indonesia la sebab nak pegi buat medic kat sane. nak jadi dokter la kononnye. mase tu takde la alasan jauh ke, susah nak balik ke, homesick ke padahal kalo dibandingkan Indon dengan Kedah tu jauh beza gilaaaa ! itu yang buat endah tak endah je dapat offer masuk IPG ni.. masa tu dalam fikiran, alaaa~ cekgu je pon.. HAHAHA!gile berlagak mase tu! zaman tak matured lagi ~


sobs~ emo tiap kali tengok stetoskop :'(
*gambar curi dari google lagi*


lepas duk tunggu-tunggu tu sampai la jugak offer letter tu. tapi bukannya pegi Indon terus. kena buat persediaan setahun dulu kat KL. ape nama tempat tu pon aku tak ingat dah. dalam hati ni memang nak pegi sangat sangat! duk bayang dah bestnye dapat belajar medic. dapat bergaya pakai labcoat. dapat gantung stetoskop kat leher. alaa ~ stylo nye.. sebab aku ni memang minat nak jadi doktor sejak kecik. mase tu memang lupe terus dapat tawaran masuk IPG nih. memang tak pandang ah wa cakap sama luuu !

punye la eksaited, last-last abah aku cakap ::

"along tak payah pegi la sampai ke Indonesia sane, jauh sangat. sampai luar negeri"

huwaaaaaaaa :'( nak menangis aku masa tu. dahla disokong oleh ma a.k.a orang kuat abah lak tu. memang gelap terus la harapan aku nak jadi doktor. tak dapat restu. macam-macam alasan aku bagi kat ma ngan abah nak yakinkan diorang yang aku ni boleh pegi sane. survive diri sendiri kat sane. tapi macam-macam alasan jugak la ma ngan abah aku kasi balik kat aku =..='

"alaaa.. lagi dekat kedah tu pon taknak pegi, nikan pulak Indon"
"jauh sangat.. nanti kalo ade ape-ape kan susah"
"tak kesian ke kat ma ngan abah kalo along pegi sane ? hari-hari duk risaukan along"
"abah lebih suka along ni jadi cikgu, lagi manis kalo perempuan ni jadi cikgu"

lepas aku cakap-cakap diorang tak layan, ade je nak dibidasnye balik, aku pon ikut je la cakap ma abah aku. orang cakap keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah. so, walaupun aku ni memang minat tahap gila dah dengan kerjaya doktor ni, aku ikut jugak cakap diorang. tapi memberontak jugak la kejap. mogok ! HAHAHA.. lepas fikir-fikir balik yang cakap diorang tu betul, aku cuba ikhlaskan hati. yelaaa, aku ni masih ade mak ngan ayah, kalo tak ikut cakap diorang nak ikut cakap sape lagi. lagi satu, mesti ma ngan abah aku nak yang terbaik untuk aku dan diorang buat semua ni mesti untuk kebaikan aku jugak kan.. takde mak ayah yang nak bagi anak diorang menderita. yedokk ? takpe laa.. redha je. tak boleh jadi doktor dapat cari bakal suami doktor pon takpe. ehhh ? HAHA.. sweet ape! :p

haaa! sweet kan doctor ngan cikgu? kan aku dah cakap..sesuai je kan *poyo*
*ehh ! gambar curi lagi :p*





last-last IPG di Kedah ni jugak jadi pilihan aku. takpe laa. Kedah pon Kedah laa. nak buat cemane rezeki kat sini. so, aku datang la mendaftar pada 14 JULAI 2008 untuk course PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN bersama-sama ngan femly aku. menangis jugak la seminggu sebab homesick. tu tak duk Indon lagi tu,baru Kedah,berlagak je lebih!kalo Indon mau berbulan-bulan gak la menangis.. bak kata ma.HAHAHA.. whatever laa.. She knows her daughter better :)

macam-macam dah aku lalui sepanjang duk IPG ni 4 tahun. sedih, suka, sakit, takut and macam-macam la. kat sini jugak aku kenal sape sahabat yang setia dengan aku and sape just untuk gunakan aku je. kat sini jugak aku kenal persahabatan yang erat dah macam adik beradik. dan kat sini jugak aku kenal dengan geng 21 souls yang berkongsi hobi yang sama iaitu makan ! walaupun kadang-kadang ade jugak percanggahan pendapat, tapi kalo bab makan sume mesti sebulat suara akan setuju. magic kan ? HAHAHA :D harap-harap kemesraan dan persahabatan ni akan kekal sampai bila-bila walaupun nanti masing-masing dah diposting ke tempat yang jauh antara satu sama lain. it's not about how far we are, it's about how much we care each other :)

credits to google too :)


dan Alhamdulillah, aku telah mula minat dengan bidang aku ni since aku dah jumpa dengan budak-budak  khas masa kat sekolah sebab aku dah jalani praktikal dan pbs (budak maktab mesti tahu) sangat comel dan adorable diorang ni. boleh hilangkan stress dengan tengok budak-budak ni. ajaib kan ? ramai cakap mereka ni budak-budak cacat. tapi sebenarnya tak. mereka ni istimewa. sangat istimewa :)


*credit lagi untuk google images*



tu la sedikit sebanyak ceritanya macam mana aku boleh nak jadi cekgu ni. semuanya sebab ma ngan abah aku. aku buat semua ni sebab diorang la. sebab aku nak jadi yang terbaik untuk diorang. aku nak diorang bangga dengan aku. walaupun aku tak minat pada mulanya, tapi aku teruskan jugak.. alaa ~ minat boleh dipupuk :) yang penting hati kena ikhlas.

oke, till then peeps.. hepy reading and have a nice day :)





p/s :: minggu depan dah jalani praktikum fasa 2 di SK Sungai Korok Lama, Kota Star, Kedah.. harap-harap sume murid-muridnye baik dan cikgu-cikgunye pulak double triple baik. haih, neves pulak aih! mintak-mintak jugak ade cikgu laki bujang+hensem kat sane.. ehhh ? :p


Friday, May 11, 2012

study week yang tak berapa nak study



assalamualaikum wbt..
dan selamat petang serta selamat hari jumaat yang mulia..

8446.shhhhh-quiet-everyone-study-wallpaper
cute lil' einstein


Sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan Mei dah. Bagi student IPG, bulan Mei adalah bulan paling cuak untuk kitorang yang bergelar bakal-bakal cikgu contohnye aku la. Bulan Mei jugak boleh jadi bulan yang paling eksaited bagi perantau-perantau yang belajar di IPG kerana kitorang akan bercuti selama 3 minggu. Contohnye, aku lagi. Masa ni la kitorang perantau-perantau yang duduk jauh dari family akan pulang bercuti ke kampung halaman melepaskan rindu yang membuak-buak di dada. Wahai perantau-perantau di kota, pulanglah ke desa berhari raya..opps ! TERmenyanyi.. maafkan saya !

sebenarnye, dah nak habis dah pun study week ni. dah nak masuk exam week dah pun. tapi entah kenapa kesedaran sivik aku masih kurang untuk menempuh exam yang bakal tiba. study week tak macam study week. study sikit, tido banyak. study sikit, makan banyak (erk !) . study sikit, fesbuk banyak. study sikit, jalan-jalan banyak. macam tu la. study sikit, stop. study sikit, stop. bila nak habis kalo berterusan macam ni.

macam baru-baru ni, time study week baru je nak start, dah pegi lawatan terapi. nak penuhkan proforma katenye. time study week tu duk buat benda alah tu. haish ! nasib baik best, takdela makan sumpah seranah sangat. haha ! kalo tak best, memang pum pam pum pam la mulot aku. buat lawatan time-time macam ni boleh ganggu konsentrasi untuk mood study aku datang, okeh ! mood study aku baru nak datang, dah blah balik. tension aku macam ni. acecece ! tension la sangat….

baru-baru ni pulak, time study week jugak aku pergi berkaraoke melepaskan tension yang bersarang dalam kepala otak. aku pegi ngan 2 orang kawang-kawang aku yang jugak sekepala dengan aku. tapi bukan maksudnya kembar siam. kitorang dah plan benda ni lama tapi baru sekarang on. time study week pulak tu. ouh, kenapakah study week jugak yang dipilih ? time dulu-dulu busy ngan macam-macam. time ni je tahap busy tu kurang.

kitorang sewa satu bilik, melalak puas-puas. dulu-dulu, bilik karaoke kat Jitra Mall kecik macam jamban lama umah tok aku. sekarang dah upgrade weyh ! besar sikit dari jamban baru umah tok aku. kerusi pon best. lagu pon baru-baru jugak. ingat nak nyanyi lagu ai, ai lop yu like a lop song, bebi ! tapi takde la pulak. frust la jugak sikit. last-last ambik lagu jiwang siot. punye la ambik lagu feeling-feeling. sekali feeling tu datang, bergenang air mata aku.. deym ! hilang macho yang selama ni aku kontrol !

lepas tu, ni kisah lawatan time study week lagi. baru je semalam pegi. aku ngan kawan-kawan kelas dan jugak lagi 1 kelas lain pegi lawatan ilmiah ke AIMST University. AIMST ni terletak di Semeling kalo ikotkan alamat kat beg. kalo ikutkan alamat kat kertas keje dekat Bedong. kalo ikot alamat dari kawan-kawan dekat Sungai Petani. haha ! banyak beno tempatnye. tapi aku rasa AIMST ni dekat area Sungai Petani la. lebih kurang macam tu la.

best jugak pegi AIMST ni. bestnye tang makanan la. banyak gila dapat makanan. pagi tu sebelum bertolak dah makan bihun goreng. pastu dapat nasi ayam untuk tengah hari. aku rembat 2 bungkus spare untuk petang sekali. air kotak dapat 3 kotak. air mineral 3 botol. masa dalam bas dapat lagi air kotak 1. tapi kene share. sampai-sampai kat AIMST tu, diorang sediakan makanan lagi. dapat makan bihun goreng, karipap, kuih talam. duk dalam bas makan nasi ayam sebungkus. pastu balik umah petang dekat nak maghrib tu makan lagi nasi ayam sebungkus. pastu kebetulan kawan aku sakit gigi, dia pun rembat 2 bungkus gak nasi ayam, dia bagi la kat aku nasi ayam tu sebungkus. menjadikan jumlah nasi ayam yang aku makan semalam adalah 3 bungkus ! gila kentang la ! mati awal la aku kalo macam ni hari-hari.

tapi aunty yang jaga air masa kat AIMST tu sangat tak patut ! ade ke tanya aku budak sekolah mana. mentang-mentang la sume duk pakai t-shirt sama kena cop budak sekolah. ish, tak patut betol ! tau la sume pakai baju sama, ade yang pakai sport shoes ngan track, yang pakai slack ngan kasut hitam, tapi jangan la cop kami budak sekolah. kami pun malu tau nak pakai macam ni. tapi apakan daya, kami terpaksa ! lagi menambahkan keyakinan aunty tu yang kami ni budak sekolah mesti sebab perangai kami yang seperti kanak-kanak terencat dan ditambah pula dengan muka kami yang ala-ala babyface *erk !* (muntah hijau)

pegi AIMST ni bukan setakat best kat makanan je. tengok tempat diorang pon rasa best. ade swimming pool, gym, court badminton, court skuash, trek larian pon best. lembut taraf olimpik, beb ! kat tempat aku keras, permukaan dia tar wa cakap sama lu ! jatuh bergolek sakit woo ! kalo aku duk sana, memang tiap-tiap hari laa aku jogging. kalau nak jumpa aku, kena cari aku kat trek la. maklumla, atlet nak kena praktis selalu. :p

tapi ade yang tak best jugak. tempat ni penuh dengan Indian dan Chinese. susah jugak la nak cari calon suami kalo duk kat sini. kecuali la kalau nak muallaf. aku yang pegi pun tak dapat nak cuci-cuci mata tengok bakal-bakal doktor ngan pharmacist Melayu yang kacak bergaya. memang tak jumpa Melayu wa cakap sama luuu ! agak frust di situ. aku ni memang suka tengok doktor. lagi-lagi kalo doktor tu pakai kot dia sambil gantung stetoskop kat leher.. fuhh ~ yang tak hensem pon boleh jadi hensem kalah aaron aziz.. hiks !  kalau ade doktor Melayu boleh la jugak main kenyit-kenyit mata. untung-untung dapat la doktor sorang. doktor + cikgu cool what ! tapi hampeh. harapan cuma tinggal harapan. sobs ! *lap hingus*

Portrait of a handsome doctor talking with his patient for the annual check-up
 nampak tak betapa hensem + cool + caring + kacak + bergayanya seorang doktor yang pakai kot sambil gantung stetoskop kat leher ? nampak tak ? nampak takkk ? *ouh, melting* 


lepas bawak kitorang pegi tengok kemudahan sukan, diorang bawak pegi muzium anatomi. alaa, yang ade mayat awet-awet tu. mula-mula tak berapa yakin nak masuk. takut la jugak. walaupun dulu ada keinginan jugak nak jadi doktor, tapi nafsu tu dah hilang sikit demi sikit bila dah nak jadi cikgu ni. tapi kuatkan hati jugak masuk dalam sambil-sambil tutup mata sikit-sikit. sekali masuk, haaaa ! amek kau ! takde ape pon yang menakutkan sangat. biasa je. organ-organ duk dalam botol larutan formalin kot. tak jadi tutup mata. tengok la satu persatu organ manusia yang live.

lawatan ni kejap je sebenarnye. pusing-pusing pastu habis. takde formal talk ke ape ke. biasa je. yang jadi lama kitorang ajak pak cik bas tu pegi jalan-jalan. yela, bukan senang nak dapat datang sungai petani free. lecturer pon sporting, dia oke je. pak cik bass tu pulak ikot je kitorang nak pegi mana. last-last pegi Central Point. shopping complex la. disebabkan duit claim elaun praktikum tak masuk lagi, hanya mampu cuci mata je la. tengok-tengok je. yang berkenan tu, simpan dalam hati. takpe, terapi untuk kawal nafsu belanja. lepas sume setel, kitorang pun balik la Jitra. masing-masing tido dalam bas sebab penat berjalan. tak penat sangat pun sebenarnye. dalam pukul 3 kitorang sampai la Jitra ni.

oke.. tu la serba sikit tentang perjalanan study week aku. amacam ? ade ciri-ciri calon 4flat tak ? mestila tak! study week pun tak macam study week. mood untuk exam pun tak datang-datang. kalo datang pon, kejap je. sesaat kau datang, sesaat kau hilang.. eh ! maaf kak Melah. oke, nak sambung study. nak jugak ! kena paksa jugak walaupun dalam hati nak menjerit.. arghhhhh ! taknak masuk exam selagi ilmu tak penuh di dada.

study_hard__by_nghichan

oke, till then..wish me luck !
happy reading and have a nice day ! :)

p/s :: kira hari nak balik rumah lagi best dari kira hari nak exam + baca notes.. hoyeahh ! hoyeahh !

Saturday, May 5, 2012

redha itu ikhlas :)

assalamualaikum wbt dan selamat petang...

dan selamat berhujung minggu jugee !




Alhamdulillah, hari ini ternyata lebih baik dari semalam. kalau semalam emosional-emosional, hari ni dah jauh lebih oke. betulla cakap orang, kadang-kadang dengan menangis boleh buatkan kita rasa lebih baik. dan terbukti memang betul setelah dibuat ujikaji ke atas diri aku sendiri. haha

kalau semalam rasa nak marah, rasa sedih, hari ni aku dah mampu bergelak ketawa dengan nyaringnya seperti diri aku sebelum ni. ye, aku yang periang, happy-go-lucky,dan yang sentiasa senyum. aku suka tersenyum dan gelak. tu trademark aku. tapi selalu senyum, selalu gelak tu tak bermakna aku selalu happy takde masalah. pernah dengar orang cakap ' a fake smile can hide million of tears' ? macam tu la aku. kadang-kadang buat-buat hepy. sebab aku tak nak orang susah sebab masalah aku.

sebenarnye, aku pun selalu berhadapan dengan masalah. sama je macam orang lain. cuma ikut tahap serius mana masalah tu. kalau tak berkaitan dengan emosi aku, sekejap je aku dah boleh tersenyum. boleh gelak ketawa dan bersuka ria. tapi sebenarnya, aku prefer untuk aku simpan sendiri masalah aku. kalau boleh, aku taknak orang tahu. bukan sombong ! tapi aku tak suka bebankan orang lain sebab masalah aku. tapi tu sume tak pernah jadi kat aku. macam mana sekalipun aku sorokkan benda tu, kawan aku mesti dapat tau jugak. alahh, dah kawan lama dengan aku. memang dah masak la perangai aku ni macam mane.

tapi hari ni dan seterus-seterusnya, insyaAllah aku akan cuba jadi kuat. yang semalam, semalam punya hal. hari ni, hari ni punya hal la. aku dah takmo ingat dah yang pasal semalam. what a stupid me ! aku rasa aku la paling bodoh sebab menangis sampai sakit kepala semalam. last-last aku jugak yang sakit. dia tak rasa ape pon. *tonyoh kepale sendiri*

but i think, sleep is the best therapy. semalam aku tak dapat tido. banyak benda yang buat aku fikir. last aku tengok jam pukul 4.12 pagi. tapi mata pulak cerah semacam je. nak taknak pejam jugak. nak jugak tido. sampai pukul berapa aku terlelap pon aku tak ingat. sedar-sedar dah pagi. bila aku bangun tu, hati aku rasa tenang sangat. bila aku ingat balik apa yang jadi semalam, aku dah tak rasa apa. geram tidak, marah tidak, cuma sedih tu ada la. tapi takde la sampai nak menangis macam semalam.Alhamdulillah.. tenang, damai sangat. macam takde ape yang berlaku pon.

aku harap dapat jadi kuat untuk hari selepas-selepas ni. kita tak tau hari-hari mendatang kita macam mana. kalau hari ni pon kita dah rebah, macam mana kita nak hadapi kalau ada dugaan lagi hebat akan datang nanti? so, dengan dugaan-dugaan kecik ni la kita mampu jadi kuat untuk hadapi dugaan-dugaan yang akan datang yang kita tak tau lagi macam mana. apa bentuknya. jadi, jangan lemah untuk hadapi dugaan. sebab dugaan akan menguatkan kita. insyaAllah. #peringatan untuk diri sendiri jugak#

ingatlah, Allah sedang menguji kita apabila didatangkan dugaan untuk kita. dan apabila kita selalu diuji, tandanya Allah tidak pernah melupakan kita. dan itu bermakna Allah sayangkan kita. jadi, jangan mengeluh dan terima dengan redha kerana setiap apa yang berlaku adalah atas izinNya.


"kadang-kadang Allah hilangkan mentari kita,
kemudian Dia datangkan guruh dan kilat,
puas kita menangis, menunggu dan mencari mana mentari kita,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah :)"


DI SEBALIK KESUSAHAN PASTI ADA BAHAGIA YANG MENANTI :)

sekadar berkongsi pendapat dan rasa.
till then,hepy reading and have a nice day !

p/s :: time study week ni memang homesick tahap gaban ! huwaaaa ~

a little thing called LOVE

assalamualaikum wbt..

dan selamat malam..


lamanya tak menjenguk ke sini. malam ni baru la ade masa sikit nk update pon. but it will be just a short entry i think. not in mood sangat. bile dah takde mood, idea pon tak bape nak keluar la.

hari ni aku nak sembang pasal love. love ? sebenarnye, aku agak tak suka nak sembang pasal ni. rase geli macam mane tak tau. meremang semacam je. tapi sebenarnya, love atau dalam bahasa Melayu nye Cinta ni bukanlah untuk lelaki dan perempuan je, tapi jugak merangkumi cinta antara Pencipta dan hamba, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat dan banyak lagi la. tapi aku nak sembang pasal cinta antara kaum adam dan hawa. senang citer, cinta antara laki dan perempuan. dah tau geli, citer jugak =.='

fitrah la kan bercinta antara lelaki dan perempuan. memang fitrah manusia dicipta untuk mencintai dan dicintai. tapi yang tak jadi fitrahnya, bila terlalu taksub dengan cinta itu sendiri sampaikan lupa untuk cinta kepada Allah dan diri kita sendiri.

ustazah aku cakap 'kalau kita cinta seseorang tu, jangan bagi 100% dan simpan sikit rasa cinta tu untuk diri kita dan yang paling penting jangan melebihi cinta kita kepada Allah'  sebab bila kita ada sikit rasa cinta untuk diri kita, kita takkan buat benda yang boleh memudaratkan diri kita, dan bila kita cinta kepada Allah, kita takkan buat benda yang Allah larang. 


sekarang ni baru aku terfikir, ada betulnya jugak cakap ustazah aku. kalau kita serahkan cinta kita 100% kat  orang tu, takde la perasaan cinta untuk diri kita sendiri. diri sendiri pon kena la sayang jugak. kalau tak, bila frust-frust nanti mula la nak bunuh diri, telan racun, mogok takmau makan. last-last diri sendiri jugak yang merana.

fitrah jugak dalam bercinta tak semestinya berakhir dengan indah. tak semua happy ending. kadang-kadang kita merancang nak macam ni,macam tu, tup-tup jadi macam lain. yela, kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan semua. mungkin kita dah plan nanti dah kerja, nak beli rumah, lepastu nak kawen dengan orang ni (yang kita couple sekarang ni) tapi mungkin tak semudah tu jalan hidup kita. mungkin kita putus dengan orang tu kat tengah-tengah jalan. tapi ingatlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. mungkin Allah nak temukan kita dengan orang yang lebih baik, sebab tu kita takde jodoh dengan yang sekarang. sape tahu kan ? dengan izin Allah, semuanya boleh jadi :)

sebab tu kalau kita clash ke jangan salahkan sesape. tu sume ujian dari Allah. sentiasa la berfikiran positif. fikir la ' Aku putus dengan dia mungkin sebab dia tak layak untuk aku' atau ' Allah sedang menyiapkan seseorang yang lebih baik untuk aku' ataupun paling tak ' dia bukan jodoh aku'. insyaAllah, tak rugi kita bersangka baik kat Allah. pahala lagi ada la.

aku pon pernah terputus di tengah jalan. almost 3 years jugak berhubung. tapi sangat jarang jumpa dan kebetulan pulak orang tu memang di utara jugak. berhubung dengan telefon je. bayangkan la almost 3 years kitorang berkawan, dan selama tu macam-macam dah dirancang. tapi putus macam tu je. sebab ? orang ketiga. tapi tak boleh nak salahkan orang ketiga tu sebab mungkin dah tertulis takde jodoh antara kami. sape kita nak persoalkan ? kita bukan sape-sape. takde hak langsung nak persoalkan sebab apa takde jodoh sedangkan dah 3 tahun kami berkawan. sejujurnya, dulu memang aku tak boleh nak terima, hari-hari sunyi je, sepi. rasa lonely. selalu menangis je plus duduk jauh dengan family pulak. takde yang nak support. kawan-kawan je yang bagi semangat. tapi lama lepas tu, aku terfikir takde makna pon aku nak menangis bagai, bukan dia sorang je lelaki kat dunia ni. lagi satu, aku menagis ke, meraung ke bukan dia dengar. yang sakitnye, aku jugak. lepas tu, sikit-sikit aku pulih balik. memang bukan senang nak lupa, tapi why not kalau cuba. tak salah kan. lepas cuba dan cuba dan cuba lagi, jadilah aku yang sekarang. cuba untuk jadi tabah walaupun kat dalam ni masih rapuh. sangat rapuh. tipula kalau dah tak sayang. sayang tu ada sampai sekarang saat entry ni ditaip.

sekarang ni pun tengah cuba untuk jadi tabah. tabah macam dulu. aku dah pernah dikecewakan. so, sekarang ni bila dikecewakan lagi, insyaAllah dapat tanggung walaupun kepala aku sangat berserabut. orang yang pernah aku suka dah pun jadi tunangan orang. pedih. sangat pedih. sakit dada aku. kepala aku pun sakit sebab air mata taknak henti-henti keluar sampai aku duk menulis sekarang. *demm* lemahnya aku sebab lelaki.

aku cuba terima hakikat yang dia dah jadi tunang orang. aku cuba. minggu lepas dah selamat dia jadi tunang orang. Alhamdulillah, aku gembira untuk dia walaupun hati aku sakit. pedih. tapi aku terkilan sebab dia tak cakap dengan aku sedangkan kitorang pon ade duk sms. sebelum ni memang kitorang duk sms, call walaupun aku anggap dia macam abang angkat aku je. duk mengayat bagai la. tipula kalau aku tak ada sikit pon perasaan suka. aku ni pun perempuan normal. ada hati. ada perasaan. ada rasa suka dan dihargai bila orang duk mengayat macam-macam.

tapi yang aku tak dapat terima dia dah ada orang lain masa dia tengah propose aku. apa tujuan dia ? nak main-mainkan aku ? pedih ni hanya Allah yang tahu. pedih kena tipu lagi pedih dari kena pisau. apa tujuan dia kalau tak main-mainkan aku ? agaknya aku ni memang layak untuk dipermainkan je. agaknya dia suka, puas kalau dapat main-mainkan aku. typical guy, memang tau nak kecewakan orang je ! kenapa tipu aku ? sedih. pedih. sebak sangat dada aku ingatkan ni sume. exam just around the corner. memang takde langsung perasaan kesian dia kat aku mungkin. aku tak kisah kalau dia nak tunang ke kawen ke, memang aku dah tak kisah semua tu. tapi tolong jangan perbodohkan aku. tolong jangan tipu aku. aku rasa macam aku ni bodoh gila. rasa macam maruah aku dipijak-pijak.

almost 3 am tapi mata still refused untuk tido. nasib baik esok cuti. sakit kepala yang amat sebab air mata taknak berhenti. dah bape kali sapu dah. tapi nak jugak keluar. degil. tapi kadang-kala air mata tu perlu kalau nak hilangkan stress. agak stress kebelakangan ni dan kesannye, kepala berdenyut-denyut. mintak rehat mungkin. oke la, till then peeps. have a nice day, ya !



p/s :: dah panjang pulak entry ni. ingat nak citer sikit je tadi. tapi TERpanjang pulak. maaf kalau entry ni agak annoying, sekadar meluahkan perasaan dan berkongsi rasa sedih :')