assalamualaikum wbt dan selamat malam..
dah lama tak menulis tiba-tiba malam ni rase macam nak menulis. yela kan, dah lame blog ni terbiar kosong. tah ape angin malam ni rase nak tulis pasal pemilik tulang rusukku ataupun dalam bahasa mudahnye 'jodoh'. since umur aku pon semakin bertambah, aku rase dah sesuai la aku cakap pasal ni. sebenarnye, aku pun taktau apa motif entry ni ditulis.
kalau cakap pasal jodoh ni, memang banyak sangat point-point yang akan keluar. tapi jodoh adalah rahsia Allah. itu yang pasti :) sejak dari kita kat alam roh lagi, Allah dah tetapkan rezeki, jodoh, ajal di Luh Mahfuz. jadi tak payah la nak susah hati pasal jodoh kita kalau masih belum bertemu yang sesuai. andainya Allah telah menciptakan seseorang untuk kita, insyaAllah akan bertemu la kita dengannya walaupun tanpa dicari. namun mungkin hati kita sering bertanya 'sape jodoh kita...orang yang selalu dengan kitakah..segakkah..orang berada ke tak..orang dekat ke jauh..'macam-macam persoalan yang selalu muncul tapi hanya Allah yang dapat menjawab segala persoalan tersebut kerana Dia yang maha mengetahui segalanya.
dalam mencari cinta kita, mesti macam-macam orang yang dah kita jumpa kan ? yang macam-macam perangai dan kerenah. mungkin kita dah tetapkan nak pasangan yang macam ni, macam tu tapi kadang-kadang tak semua yang kita nak kita dapat. perlu ingat, dalam mencari pasangan tak perlu yang sempurna. cukuplah seseorang yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya. yang akan buat kita ingat kepada Allah S.W.T kerana Dia lah cinta sejati kita.
sesiapa pun ada hak untuk tetapkan ciri-ciri pasangan yang mereka mahukan. tak terkecuali jugak aku.*senyum* siapa pun nakkan pasangan yang beriman, kuat pegangan agama, segak, kemas, tak cerewet, mampu terima diri seadanya, macam ni, macam tu.. namun, tak semua yang diharapkan akan menjadi kenyataan. apabila Allah tetapkan bahawa dia akan menjadi pasangan kita, Allah akan terbitkan rasa sayang dalam hati kita.
tak perlu risau jika pemilik rusuk yang dinanti masih belum tiba. kerana janji Allah itu pasti. PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK. hanya perlu persiapkan diri untuk menanti kehadirannya. supaya dapat menjaga kehormatannya kelak, menemaninya dikala dia bersendirian, menenangkannya dikala dia resah, menguatkannya dikala dia lemah, membahagiakannya di dunia dan akhirat,setia disisinya dikala susah dan senang, menjaga makan dan pakainya, dan mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya.insyaAllah :)

2 comments:
yeahhh stuju dgn anda :) jodoh ohh jodoh
ye.. jodoh ohh jodoh.. bilela nak sampai niiii... hahaha :D
Post a Comment